Saturday, November 8, 2008
Giant Kemaman bila nak start?
Giant gagal beroperasi di Mesra Mall, yang dibuka awal bulan lepas, lebih sebulan selepas gagal mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), didakwa akibat campur tangan Datuk Ahmad Said.
Sumber-sumber pasar raya itu dan MPK memberitahu Malaysiakini minggu lepas, ia bercadang membuka premis barunya di Mesra Mall di Jalan Kemaman-Dungun sejak 24 September tetapi gagal mendapat lesen.

Sumber di pihak berkuasa tempatan itu berkata, masalah lesen Giant itu "berkaitan dengan Datuk Ahmad", yang juga wakil rakyat Kijal.
Usaha Malaysiakini banyak kali sejak Selasa minggu lepas gagal mendapatkan reaksi menteri besar berkenaan.
Bercakap kepada sebuah akhbar harian selepas pulang dari luar negara Khamis lepas, Ahmad dilaporkan bersedia memberi penjelasan mengenai perkara itu ketika bertemu media selepas mesyuarat mingguan exco hari ini.
Sumber pasar raya terkenal itu mendakwa ia telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk menjalankan operasinya termasuk mendapat pengiktirafan keselamatan daripada jabatan bomba dan mengikuti garis panduan pengubahsuaian bangunan MPK.
Pasar raya itu sekarang, tambah sumber Giant, ia hanya menunggu lesen untuk memulakan operasinya.
Ditanya jika MPK terus enggan memberikan lesen tersebut, sumber itu berkata "tunggu sahajalah."
Mesra Mall, yang dibangunkan oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd di atas tanah seluas 12 hektar dan diurus oleh Suria KLCC Sdn Bhd, telah dirasmikan oleh exco pembangunan luar bandar, usahawan dan koperasi Datuk Mohamed Awang Tera pada 10 Oktober lepas.
Difahamkan Giant merupakan penyewa utama kompleks membeli-belah yang diberikan jolokan "mutiara timur anda."
Menurut pelan lantai Mesra Mall, Giant ditempatkan di penghujung kanan dan kiri bahagian depan kompleks itu.
MESTI BACA
Mayat Hidup

Tubuh Ariel Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup | ||
|
Baja Taik Babi

PADANG TERAP: Cukup mengejutkan apabila sebuah ladang betik seluas kira-kira 250 hektar di Kampung Bukit, Naka, dekat sini, dipercayai menggunakan baja daripada najis babi bagi menambahkan kesuburan pokok selain meningkatkan kualiti buah berkenaan sebelum dipasarkan kepada orang ramai.
Difahamkan, setiap hari bekalan najis seberat tiga tan akan dihantar ke ladang berkenaan dan dipercayai dibekalkan penternak haiwan itu yang berpusat di Kulim dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Kedudukan ladang terbabit yang tersembunyi jauh dalam kawasan ladang getah dan kelapa sawit menyukarkan perbuatan itu dihidu pihak berkuasa serta penduduk setempat.
"Saya tidak pasti sama ada dakwaannya benar ataupun tidak tetapi setahu saya ladang ini berada di bawah kawasan ladang tebu yang dimiliki sebuah syarikat," katanya ketika ditemui Kampung Sungai Kap, dekat sini, semalam.
Menurutnya, najis berkenaan dibeli secara pukal dan difahamkan satu tan hanya boleh diperoleh pada harga serendah RM350.
"Kalau hendak dibandingkan dengan harga baja campuran asli lain seperti baja tahi ayam ia lebih murah berkali ganda manakala kualitinya lebih baik," katanya.
Peniaga barangan runcit, Shampi Aiwan, 28, berkata penduduk di kawasan itu sememangnya tahu lori mengangkut najis babi itu sering ke ladang betik berkenaan kerana laluan kampung mereka digunakan setiap hari.
"Bagaimanapun, kami semua mula berang selepas najis berkenaan jatuh di sepanjang jalan sejak kelmarin menyebabkan bau busuk yang amat meloyakan.
"Kedua-dua anak saya demam selepas menghidu bau berkenaan manakala pelanggan juga tidak mahu masuk ke kedai saya menyebabkan kerugian ratusan ringgit," katanya.
Menurutnya, berdasarkan pemerhatian, najis berkenaan sememangnya najis babi dan mereka mendakwa membawa bekalan itu ke ladang betik di kawasan berkenaan untuk dijadikan baja.
"Akibat tidak tahan dengan bau najis babi ini, saya menghubungi pihak Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) bagi menyelesaikan masalah ini," katanya.
Tinjauan wartawan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati najis itu jatuh di sepanjang laluan termasuk di hadapan rumah dan masjid di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan kemarahan penduduk.
Sementara itu, Pembantu Penguasa Majlis Daerah Padang Terap (MDPT), Zahari Che Omar, berkata hasil pemeriksaan mengenai tumpahan najis babi di jalan raya itu membawa kepada penemuan sebuah ladang dipercayai menggunakan najis berkenaan sebagai baja.
"Kami akan melakukan siasatan lanjut dan sampel najis itu akan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Padang Terap untuk diuji, namun kami mengesyaki ia sememangnya najis babi berdasarkan bau dan warna najis yang ditemui di ladang ini," katanya.