Wednesday, May 13, 2009

MOTIVASI 2




Contoh perniagaan yang mudah dan senang untuk di'gembala'

  • Penternakan cacing tanah

  • Menghasilkan baja VERMIKOMPOS

  • Perniagaan minuman ringan (KOPI SARANG BURUNG)

  • Menanam cendawan (kawan saya jual dalam masa 2 jam di Pasar Tani Kuala Terengganu)

  • Menternak burung puyuh (cuba singgah kedai sebelah kiri selepas trafic light Fikri, Kemaman)

  • Buka salon kecantikan (banyak benda boleh dijual kat salon. Saya pun dah lama berangan nak gunting rambut kat salon, tapi saya takut bini saya marah...)

  • Kedai percetakan (walaupun terdapat berpuluh kedai percetakan di Kemaman dan Dungun, tapi saya lebih suka berurusan di Kuantan. Adalah sebab-sebabnya...)

  • Penternakan kambing (betapa susahnya saya nak dapatkan bekalan tahi kambing untuk bagi makan cacing kesayangan saya. Fikirkan...)

  • Kedai dobi (kawan saya buka Dayana Loundry, depan SMK Chukai, Kemaman. Kawan satu kursus kat PMINT & arwah MeCD)

  • Makanan ringan (beli secara pukal dan packing dalam bentuk bungkusan kecil. Kalau tak boleh jual, bawak sini biar saya tolong makan)

  • Ikan keli (jual benih lebih untung dari jual ikan yang dah besar. Time harga ikan merudum, kerajaan buat derkkkk jer)

  • Restoran (saya boleh tumpang sangkut Kopi Sarang Burung kat situ)

  • Tanam sayur (buat ladang, jangan tanam dua tiga batas nanti disodok babi oopss... khinzir, langsung tak boleh makan kedarah)

  • Kedai roti dan kek (berikan saya satu contoh kedai Melayu di Kemaman)

  • Baja organik (buat kajian banyak-banyak tentang teknologi EM. Jangan harapkan sangat kat kerajaan, menteri kata lain, timbalan menteri kata lain. Pegawai pertanian yang ada Phd pun ramai tapi sayang nak turunkan ilmu sebab bila pencen nanti dia orang nak bukak bisnes sendiri !)

  • Katering @ Catering (Mana satu betul?. Kalau nak cuba bisnes ni kalau kabel setakat sebesar kepala lutut, baik tak payah la...)

  • Perniagaan Koperasi (Dengar cerita Cik Zul Imbasan Nilai nak buka koperasi terbesar di Kemaman. Nak tau nama koperasi, tanya dia sendiri. Saya takut nak tanya...)

  • Perniagaan apa lagi yer...?

  • MLM (saya dah bersumpah tak nak join. Aku tak rela digoda...)




Jika anda ada idea lain, mari kita sama-sama semakkan blog ini. Tak kira sama ada idea anda logik ke tak logik, mari kita sama-sama bincang. Contoh-contoh perniagaan di atas pada asalnya semua tak logik. Masa saya mula-mula nak bela cacing dulu pun macam-macam kena sumpah seranah. Nasib baik tak muntah kedarah jer... Ahh... Persetankan mereka!!!
  • Nabi Muhammad saw dulu pun pernah dilempar tahi. Kapal Nabi Nuh as dulu pun, ingat tak? Penuh dengan tahi, akhirnya tahi itu jugalah jadi ubat mata.

  • Sebenarnya tak kan ada orang senang untuk melihat anda ingin senang.






.

MOTIVASI




Adakah anda berminat untuk memulakan perniagaan sendiri?

Apa yang perlu dibuat?

  • Fikir keseluruhan perjalanan bisnes yang akan anda ceburi

  • Fikir sekali lagi agar anda tidak terjun ke 'lubang' secara semberono

  • Fikir, kaji dan nilai sama ada rancangan perniagaan anda betul-betul boleh buat duit atau sekadar menyejukkan telinga sahaja

  • Fikir, kaji dan nilai sama ada anda boleh menjadi seorang pakar dalam bidang yang akan diceburi

  • Fikir bagaimana untuk menyusun perjalanan bisnes anda

  • Fikir dan nilai rancangan bisnes anda secara waras, berwawasan, kritikal dan praktikal

  • Fikir apa kekuatan dan kelemahan persaing dan bakal persaing anda

  • Fikir bagaimana untuk menentukan strategi terbaik untuk 'memusnahkan' persaing anda

  • Fikir apa bentuk misi dan visi perniagaan anda bagi memudahkan anda membuat keputusan yang betul dan mengambil tindakan yang tepat di masa hadapan

  • Fikir juga bagaimana anda akan berhadapan dengan penolakkan dan kritikan yang memedihkan telinga

  • Kritikan ini biasanya datang dari orang yang anda kenali dan sangat rapat dengan mereka seperti ahli keluarga, jiran dan sahabat anda

  • Berserah diri kepada Allah



.