Thursday, November 20, 2008

LARANGAN DALAM ETIKA PERNIAGAAN ISLAM 7

Larangan mengurangkan sukatan, timbangan atau kualiti yang merupakan antara bentuk penipuan. Allah memandang berat terhadap hal ini seperti ayat berikut:

'Dan sempurnakan segala sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya' - Al-An'am 152

'Kecelakaan besar kepada orang-orang yang curang (dalam timbang,sukatan dan kualiti). Iaitu mereka yang apabila mereka menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan sebaliknya apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangkannya. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya)?. Hari yang berdirinya manusia untuk mengadap Tuhan sekelian alam' - Al-Mutaffin 1-6

Satu surah khas seperti di atas diperuntukkan di dalam Al-Quran untuk diinsafi.

LARANGAN DALAM ETIKA PERNIAGAAN ISLAM 6

Orang yang memonopoli sesuatu barang dilaknat:

Walaupun kebebasan diberi untuk beri untuk berjual beli, Islam mengutuk peniaga yang memonopoli dan menyorok barang-barang keperluan rakyat untuk menaikkan harganya kerana mencari keuntungan semata-mata.

Hadis Rasulullah saw;

'Barang siapa yang memonopoli barang makanan selama 40 malam, maka terlepaslah ia dari Allah dan Allah terlepas daripadanya' - riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Al-Bazzar'

'Tidak memonopoli kecuali orang yang bersalah' - riwayat Muslim

LARANGAN DALAM ETIKA PERNIAGAAN ISLAM 5

Larangan menghambat orang-orang dari desa di luar kota dan membeli barang-barang mereka sebelum sampai ke pasar (sebelum mereka mengetahui harga sebenar)

Hadis Rasulullah saw;

'Ibn Abbas berkata bahawa Rasulullah telah bersabda; Jangan kamu menghambat orang-orang yang akan ke pasar di tengah jalan sebelum mereka sampai ke sana' - Bukhari dan Muslim

LARANGAN DALAM ETIKA PERNIAGAAN ISLAM 4

Larangan membeli barang yang sudah dibeli oleh orang lain yang masih dalam masa khiar (tempoh bertenang?).

Hadis Rasulullah saw;

'Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah telah bersabda; Jangan menjual seseorang akan sesuatu barang yang sudah dibeli oleh orang lain' - Bukhari dan Muslim.

LARANGAN DALAM ETIKA PERNIAGAAN ISLAM 3

Larangan menjual buah-buahan di atas pokok yang masih putik kerana kemungkinan mencetuskan perbalahan.

Hadis Rasullullah saw;
'Ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah melarang menjual buah-buahan sehingga ternyata masaknya' - Bukhari dan Muslim

LARANGAN DALAM ETIKA PERNIAGAAN ISLAM 2

Larangan menjual burung-burung yang berterbangan di udara atau ikan yang masih didalam air atau sebarang benda yang mengandungi makna penipuan. (mungkin termasuk skim cepat kaya...!)

LARANGAN DALAM ETIKA PERNIAGAAN ISLAM 1

Haram menjual benda haram - benda-benda untuk tujuan maksiat atau mendatangkan keburukkan seperti babi, arak, dadah, patung dan sebagainya.

Hadis Rasulullah saw:

'Sesungguhnya Allah dan RasulNya melarang menjual, arak, babi dan patung-patung; selepas itu Baginda bersabda; Sesungguhnya apabila Allah mengharamkan sesuatu maka diharamkan harganya' - riwayat Ahmad dan Abu Daud

RUKUN JUAL BELI - Lafaz

  • Perkataan ijab dan kabul
  • Hadis Rasulullah saw:
    'Sesungguhnya jual beli itu sah jika suka sama suka' - riwayat Ibnu Hibban

RUKUN JUAL BELI - Wang dan benda

  • Suci - benda-benda najis tidak sah dijual
  • Ada manfaatnya
  • Barang dapat diserahkan - tidak sah menjual ikan di dalam kolam, burung di angkasa
  • Barang itu milik penjual
  • Barang jelas diketahui sifat, kadar dsb

RUKUN JUAL BELI - Penjual dan pembeli

  • Berakal - supaya tidak tertipu; tidak sah orang gila atau bodoh
  • Dengan kemahuan sendiri - tidak dipaksa
  • Tidak membazir - harta orang yang membazir itu di tangan walinya
  • Baligh

KONSEP JUAL BELI

Tukar menukar sesuatu barang dengan barang atau wang mengikut cara-cara yang tertentu (akad)

'Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba' - Al-Baqarah 275


'janganlah kamu memakan harta di antara kamu dengan jalan yang batil (salah) melainkan dengan jalan jual beli yang berdasarkan suka sama suka' - An-Nisa 29

ETIKA USAHAWAN MUSLIM

  • Membanteras sikap malas
  • Melenyapkan perasaan takut
  • Mencari perniagaan yang halal
  • Menghindari sumber yang haram
  • Mensyukuri hasil yang diperolehi
  • Memperkembangkan modal dan keuntungan
  • Menjauhkan sifat tamak dan hasad
  • Tidak boros dan tidak bakhil
  • Mengeluarkan zakat dan bersedekah
  • Amanah
  • Sentiasa berdoa
  • Bertawakkal
  • Sabar

Duit Maya