Friday, November 28, 2008

Bela cacing??? Boleh kaya ke??? - 8

Projek Rumah Cacing di bawah kendalian Dr Hasnah Md Jais dari Pusat Pengajian Biologi itu mendapat galakan dari banyak pihak termasuk Naib Canselornya, Profesor Datuk Dzulkifli Abdul Razak, Unit Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D), para penyelidik dan enam pelajar dari Pusat Pengajian Biologi.

Menurut Dr Hasnah, projek penternakan cacing Eisenia Foetida memberi satu revolusi baru dalam bidang penternakan dan pertanian.

Bela cacing??? Boleh kaya ke??? - 7

Di negara kita, antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang serius menjalankan penyelidikan mengenai cacing ialah Universiti Sains Malaysia (USM).

Dalam websitenya ada menyatakan, USM kini dah ada RUMAH CACING (Worm Farm House) sendiri bagi menternak cacing spesies Eisenia Foetida secara komersial sejak 2004.

Bela cacing??? Boleh kaya ke??? - 6

Kajian menunjukkan lebih dari 30 jenis nutrien terdalam dalam tubuh cacing. Malah tumbuh-tumbuhan yang diberikan vermicompost dan vermicast, amat subur dan tidak memerlukan racun serangga. Hebat bukan?

Bela cacing??? Boleh kaya ke??? - 5

Perangkaan menunjukkan China sebagai negara pengguna TERBESAR, memerlukan lebih 500 tan cacing tanah sebulan bagi tujuan perubatan dan kosmetik. Jepun pula memerlukan satu tan seminggu bagi tujuan yang sama.

Bela cacing??? Boleh kaya ke??? - 4

Terdapat kira-kira 1800 spesies cacing di dunia ini, namun yang paling popular ialah Lumbricuss Rubellus, Eisenea Foetida, Pherionyx Excavatus dan yang paling top sekarang ini ialah African Night Crawler.

Di Amerika Syarikat, Filipina, Jepun, China, Taiwan serta beberapa negara Eropah, cacing telah banyak digunakan sebagai bahan untuk membuat ubat, kosmetik, pengurai sampah bahkan sebagai makanan eksotik.

Bela cacing??? Boleh kaya ke??? - 3

Kini fungsi cacing yang dikatakan kaya dengan protien, 20 jenis enzim dan asid amino, dikembangkan lagi dalam bidang kosmetik dan perubatan.

Kesannya, harga cacing kini menjadi semakin meningkat di pasaran dan permintaannya yang tinggi juga mendorong pelbagai pihak menternaknya secara berskala kecil atau secara komersial.

Bela cacing??? Boleh kaya ke??? - 2

Teknologi pertanian semakin pesat menghasilkan penemuan kegunaan cacing yang dulu dilebelkan sebagai JIJIK dan selalunya hanya digunakan oleh pemancing sebagai umpan, manakala petani pula menggunakannya untuk menghasilkan baja kompos bagi m dan tanamaenggembur dan menyuburkan tanah.

Kajian oleh salah sebuah universiti tempatan mendapati selain dari penghasilan baja organik, air basuhan cacing (vermitea) juga berpotensi menjadi penyubur sayur-sayuran jenis berdaun dan pokok-pokok hiasan.

Bela cacing??? Boleh kaya ke??? - 1

Kebelakangan ini bidang pertanian semakin menarik untuk diceburi lebih-lebih lagi dengan hasrat kerajaan menjadikan sektor ini sebagai pemacu ekonomi negara.

Antara perniagaan membabitkan pertanian yang semakin diperkatakan umum ialah PENTERNAKAN CACING kerana menjanjikan pendapatan yang lumayan berbanding modal yang dikeluarkan.

ADAKAH KITA PERNAH TERSALAH PILIH PERNIAGAAN?

Kehidupan kita penuh dengan pilihan malah untuk makan pun kita perlu memilih itu dan ini. Begitu juga dengan salah satu pilihan yang perlu dibuat iaitu kerjaya @ bisnes.

Untuk memilih kerjaya atau bisnes yang sesuai adalah satu keperluan kerana jika kita berada dalam situasi yang tidak memberikan kebaikan untuk kita, tentu sukar untuk kita berjaya dalam hidup.

SYUKUR

Kita patut bersyukur kerana hari ini kita masih bangun sendiri dan bukan orang lain yang mengejutkan kita. Kita mandi sendiri dan bukan orang lain yang memandikan kita. Kita pilih dan pakai baju sendiri dan bukan orang lain yang pilih dan pakaikan untuk kita kerana kalau dia yang memilih dan memakaikannya sudah tentulah bajunya dari kain yang berwarna putih. Kita berjalan sendiri keluar dari rumah dan bukan orang lain yang membawa kita keluar dari rumah. Kita boleh membaca sendiri dan bukan orang lain yang bacakan untuk kita. Oleh itu bersyukurlah kerana ALLAH masih memanjangkan umur kita. SYUKUR ALHAMDULILLAH.