Tuesday, January 6, 2009

PALESTIN


PALESTIN :

RINTIHAN DAN KEKEJAMAN

MAUT

CEDERA

MUSNAH



APA KOMEN ANDA?

CERITA 1

TG Haji Hadi dikatakan telah bersembahyang isytikarah untuk mendapatkan pertunjuk dari Allah, siapakah calon yang paling sesuai untuk diletakkan dalam PRK Kuala Terangganu.


TG Haji Hadi dikatakan telah bermimpi dimana dalam mimpinya itu beliau terlalu sukar untuk mengambil air sembahyang.

Kemudian bila beliau mahu sembahyang, beliau dikatakan sembahyang menghadap arah matahari naik.

Sedangkan kiblat sembahyang adalah arah matahari jatuh.

Keesokkan harinya TG Haji Hadi telah merujuk mimpi pelik ini kepada seorang rakan dalam Majlis Syura Ulamak.

Lalu mereka berdua mencapai keputusan bahawa mimpi itu ada kaitannya dengan pemilihan calon yang beliau isytikarahkan itu.

Lalu mereka berpendapat ini adalah petanda bahawa, calon yang ada di dalam senarai mereka itu tidak berapa sesuai dan perlukan calon lain.

Maka dari sinilah datangnya nama Abdul Wahid Endut yang tidak pernah ada dalam senarai calon-calon PAS sebelum ini.


CERITA 2

Mesyuarat PAS Kawasan Kuala Terengganu bersama keempat-empat MTD/DUN telah sebulat suara mencalonkan Dr. Syed Azman sebagai calon.

Ustaz Harun Taib yang mewakili PAS Terengganu dalam mesyuarat PAS Pusat telah bertindak menghilangkan nama Dr. Syed Azman dari senarai nama-nama calon yang dicadangkan.

Ekoran dari tindakan Ustaz Harun Taib itu, dikatakan telah menimbulkan perbahasan hangat dalam mesyuarat itu mengenai siapa calon yang paling sesuai untuk PAS di Kuala Terangganu.

Bila satu kajian bebas dibentangkan dalam mesyuarat itu, nama Dr. Syed Azman adalah merupakan nama yang paling popular dan sesuai untuk kerusi Parlimen Kuala Terangganu.

Beliau dikatakan disenangi oleh pengundi-pengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu tetapi Dr. Syed Azman tidak disenangi oleh kumpulan fraksi UMNO (yang merujuk kepada Ustaz Harun Taib dan Datuk Mustapa Ali).


CERITA 3 (komen saya)

  • Sembahyang mengadap matahari naik menunjukkan dunia sudah hampir kiamat atau TG Haji Hadi tidak mengikut kehendak ramai.

  • Mimpi datang dari Allah dan Abdul Wahid Endut akan menang. Jika ditakdirkan kalah? Adakah TG Haji Hadi tersilap membuat tafsiran mimpi?

  • Presiden Pas terkeliru dalam memilih calon sebab dalam Pas sekarang ada antara ahli Pas (semua peringkat) yang tidak menghormati keputusan Presiden seolah-olah Presiden Pas sudah mati!!!