Thursday, March 19, 2009

PELIK


Pisang keluar dari batang

TERIMA KASIH


Terima kasih kerana tetap setia mengunjungi blog saya. Dalam sedar tak sedar dah sebulan saya tak posting.

Ada banyak perkara yang membataskan masa saya dan ada juga masalah server.


Tuesday, February 17, 2009

KEBUN


TANDA-TANDA MASALAH PADA POKOK

  • batang gelap, kotor, bercendawan :terlebih siram

  • pokok kerdil : kurang baja

  • tepi daun kerinting : persekitaran terlalu lembab

  • tepi daun terbakar : persekitaran terlalu kering

  • pokok berbunga tidak keluar bunga, daun banyak : baja terlalu banyak unsur nitrogen (N)

  • daun menguning dan bergulung : pokok berada di tempat terlalu panas

  • daun berbintik hitam dan coklat : pokok terlalu terdedah kepada sinaran matahari

  • akar pokok keluar dari medium atau pasu : pembesaran pokok tak sesuai dengan saiz pasu



Monday, February 16, 2009

KEBUN


TANDA-TANDA POKOK TERLEBIH AIR

  • daun nampak seperti layu

  • terdapat bintik-bintik (buruk) pada permukaannya

  • pertumbuhan daun tidak cantik

  • hujung daun berwarna coklat

  • daun-daun kerinting dan menguning

  • bunga kelihatan berlumut

  • daun tua da muda gugur serentak

  • pereputan akar

p/s: adalah lebih baik kurang air dari terlebih air
siram hanya bila media kelihatan agak kering


YAHUDI



SANGGUP MINUM?

TERUSKAN BOIKOT PRODUK YAHUDI


KEBUN




Tanda-tanda pokok kekurangan air

  • daun kelihatan cepat kecut dan layu

  • pertumbuhan daun lambat

  • daun bahagian bawah cepat kerinting dan berwarna kuning

  • daun bahagian bawah gugur lebih cepat

  • tepi daun berwarna coklat dan kering

  • bunga gugur lebih cepat



Saturday, February 14, 2009

USAHAWAN




Pelanggan adalah raja


Dalam sektor peruncitan, pelanggan dianggap raja. Bukan raja yang boleh dibeli tetapi raja yang membeli. Namun "raja" itu adakalanya melakukan kesalahan, mungkin dia merokok di premis perniagaan yang dilarang merokok.

Maka pekerja di ajar dialog ini.

"Harap maaf encik, Di sini tidak boleh merokok"

Perkataan encik boleh digantikan dengan "Tuan" atau "boss"

"Sorry boss, sini tak boleh merokok"


Namun ianya agak lari daripada konsep pelanggan adalah raja. Maka apabila pelanggan merokok di premis larangan merokok, hendaklah ditegur dan dilayan sebagai raja.

"Ampun Tuan beribu-ribu ampun
Mohon Derhaka, Di sini tidak boleh merokok."


MOTIVASI




Peniaga vs Usahawan

Usahawan:

  • berusaha untuk menghasilkan produk sendiri

  • kejayaan lebih utama berbanding keuntungan semata-mata

  • sentiasa mengikut perubahan semasa untuk menambah kreativiti dan inovasi

  • memperkenalkan produk baru yang bakal menembusi pasaran

  • menganggap persaingan sebagai cabaran yang perlu ditangani segera

  • merenung jauh kehadapan dan sentiasa berfikir untuk meningkatkan lagi kejayaan sedia ada


"Orang berjaya sangat yakin apa yang bakal berlaku

sedangkan

orang biasa hanya percaya setelah sesuatu perkara

menjadi kenyataan"


MOTIVASI



Peniaga vs Usahawan


Peniaga:

  • aktiviti utama ialah urusniaga beli dan jual

  • sentiasa berusaha menambah keuntungan

  • tidak berminat kepada perubahan dan perkembangan teknologi

  • menjual barangan yang telah sedia ada dipasaran

  • persaingan dianggap biasa

  • berfikir dan bertindak hanya kepada masalah harian


Thursday, February 12, 2009

MOTIVASI




CIRI-CIRI ASAS USAHAWAN

  • bertenaga

  • bertanggungjawab

  • berdikari

  • matlamat kejayaan

  • kreatif

  • inovatif


.......baca selanjutnya.......



Wednesday, February 11, 2009

MOTIVASI




CIRI-CIRI USAHAWAN

  • semangat ingin berjaya sentiasa berkobar-kobar

  • tahap kecekalan dan aras tenaga yang sangat tinggi

  • tidak takut kepada perubahan sekeliling dan menganggapnya hanyalah suatu cabaran

  • sentiasa bersedia memikul tanggungjawab

  • mempunyai cara tersendiri untuk mencapai matlamat

  • sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan

  • suka bermain dengan risiko yang sederhana

  • sentiasa terbayangkan kejayaan dan yakin boleh dicapai

  • segala kritikan membina dianggap sebagai perangsang prestasi diri

  • mempunyai daya usaha yang lebih tinggi dari orang lain

  • sentiasa kelihatan aktif, langkah yang cepat dan bijak mengatur masa

  • optimis dan berfikiran terbuka dan mengharapkan segalanya berjalan lancar

  • berkebolehan mengatur tugas dan pekerja

  • sentiasa berusaha kearah kejayaan, wang dan keuntungan bukan perkara utama



MOTIVASI

Mengapa kursus keusahawanan penting?

  • mengurangkan jumlah usahawan yang gagal terutama pada peringkat usia muda.

  • untuk mengenalpasti potensi diri terhadap keusahawanan.

  • membentuk personaliti yang menepati ciri-ciri seorang usahawan berjaya.

  • mencipta peluang pekerjaan dan mengurangkan jumlah pengangguran.

  • membuka peluang peniaga tempatan memenuhi kehendak dan permintaan masyarakat tempatan.

  • meninggikan taraf hidup rakyat.

  • mendedahkan peluang kerjaya.

  • mendorong peserta kursus mengenali bakal pelanggan berdasarkan bidang perniagaan yang diceburi.



Tuesday, February 3, 2009

VERMIKOMPOS



KHAS UNTUK PENDUDUK
MUKIM BINJAI KEMAMAN

Cara Mudah Untuk Mendapatkan Vermikompos


Taip nama dan alamat

hantarkan ke 019 - 904 0155

(harga bagi setiap peket ialah RM 3.00)

(pesanan akan dihantar dalam masa 24jam selepas SMS diterima)




Saturday, January 31, 2009

CACING



Nampak macam berat jer poket tu......






PAS FOR ALL


Pas yang menang di PRK P036,

lembu kerbau yang jadi mangsa.






Friday, January 30, 2009

MOTIVASI



MINAT BISNES?

BERMAKNA ANDA SANGGUP MENERIMA

RISIKO YANG TAK PASTI...



Dr Mamat MBA, merupakan seorang pensyarah sebuah universiti, sudah bertahun-tahun mengajar subjek pengurusan perniagaan tetapi sekalipun belum pernah memulakan perniagaan sendiri.


Begitu juga dengan En Dollah, seorang pegawai bank yang telah menilai pelbagai jenis cadangan pinjaman perniagaan tetapi beliau sendiri belum pernah mencuba untuk menjalankan perniagaan beliau sendiri.


Apabila ditanya, jawapan yang diberikan oleh kedua-duanya lebih kurang sama, iaitu :


TAKUT MENGAMBIL RISIKO





MOTIVASI


Adakah anda layak menjadi CEO?
  • mempunyai sikap peribadi yang terpuji seperti jujur, berdisiplin, adil, rajin, tekun, menepati janji dan tidak melakukan dosa-dosa besar.

  • berkebolehan dalam hal ehwal bisnes dari segi ilmu, strategi perniagaan, idea bernas dan banyak pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan.

  • suka berurusan dengan angka seperti angka jualan, angka perbelanjaan dan sebagainya.

  • memahami soal kewangan dan akaun seperti tahu membaca penyata kewangan, dapat membuat analisa dan tahu menggunakan maklumat yang berkaitan dengannya bagi memudahkan membuat keputusan.

  • bersikap matang dan sentiasa menggunakan akan dan bukan emosi semasa membuat keputusan.

  • suka mengambil berat soal yang berkaitan dengan pekerja dan menjaga kepentingan mereka.

  • ada kebolehan, berani dan yakin dalam membuat sesuatu keputusan yang penting.

  • senang dihubungi dan sentiasa memberitahu pihak pengurusan di mana anda berada.

  • mempunyai minat yang tulin dalam perniagaan dan melihat perkembangan perniagaan adalah pencapaian peribadi.

  • memiliki kualiti sebenar sebagai seorang pemimpin seperti boleh meyakinkan orang lain, bertolak ansur dan mahu mendengar pendapat pihak lain serta dihormati oleh kakitangan, rakan niaga dan orang luar.

Thursday, January 29, 2009

MOTIVASI


Nenek ni memang bersemangat memberi tunjuk ajar
bagaimana nak serang musuh.


VISUAL MERCHANDISING


Ini cara Mydin Kuantan

Cuba lihat jentera Bomba dan TNB




Mydin suka main dalam gelap


Suasana agak kelam kabut sedikit.
Masing-masing berasak-asak nak nak keluar.
Perhatikan asap berkepul-kepul keluar.

11.00am / 28 Januari 2008

VISUAL MERCHANDISING



Ini penjual kasturi

Kasturi dipanaskan untuk menghasilkan bau bagi menarik perhatian bakal pelanggan

Gambar nampak gelap sikit sebab dah nak masuk waktu Maghrib


VISUAL MERCHANDISING



Tauke Kopi Arab

Cuba lihat cara susunan produk, risalah, hadiah percuma, sample dan lain-lain


Perempuan kat sebelah dia tu bukan bini dia....