Thursday, November 13, 2008

PIAGAM PELANGGAN TEKUN

TEKUN Nasional (TN) sebagai agensi mengurus pinjaman mikro melalui Program TEKUN berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan Kerajaan dengan memberi perkhidmatan kepada usahawan kecil seperti berikut:

Memastikan pinjaman pertama dapat dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja

(dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dan proses)

Memastikan permohonan pinjaman ulangan selesai dalam tempoh 14 hari
(dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dan proses)
Memastikan pengeluaran simpanan peminjam selesai dalam tempoh 14 hari bekerja
(dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dan proses)
Semua pertanyaan mengenai perkhidmatan TEKUN Nasional menerusi surat dan e-mail akan dijawab dalam tempoh 24 jam
Semua aduan yang diterima dari para pelanggan dan orang ramai akan disiasat dalam tempoh 24 jam
Semua cadangan dan maklumbalas yang diterima akan disalurkan kepada pihak yang berkenaan dalam tempoh 24 jam

"Melahirkan Usahawan Cemerlang"

No comments: