Thursday, October 23, 2008

Sek Men Keb Chukai Kemaman




Dengar lagu dulu sebelum tengok cacing

Sek Men Keb Chukai Kemaman






Majlis Pelancaran Cyberkids @ School SMK Chukai pada 12 Oktober 2008

Sek Men Keb Chukai Kemaman





Lawatan istimewa dari adik-adik dan cikgu ke tempat saya pada 28 Ogos 2008

Segalanya bermula di sini

Oleh HAMZAH SARAH
rencana@kosmo.com.my

Setiap kilogram cacing yang diternak akan bertambah menjadi empat kilogram dalam masa dua bulan dengan harga jualan mencecah RM450 hingga RM500 sekilogram.


“EIII!!!…geli!.” Biasanya itulah respons orang ramai apabila ternampak cacing yang dianggap kotor dan menjijikkan.Namun, hari ini cacing bukan lagi hidupan yang lazimnya menjadi mainan kaki pancing untuk dijadikan umpan, sebaliknya ia menjadi produk perniagaan yang menguntungkan.Salah seorang penternak cacing, Amaram Ismail, 40, mengakui ramai yang tidak percaya spesies tersebut boleh diternak dan dijadikan satu bisnes berpotensi besar.

Malah, ketika beliau memulakan perusahaan itu, ada segelintir pihak yang bersikap negatif dan memandang serong terhadap usahanya itu.

“Ramai yang ketawa apabila saya memberitahu akan mengikuti kursus penternakan cacing di Kangar, Perlis pada awal tahun lalu.

“Ada juga yang anggap saya kurang siuman kerana mahu melibatkan diri dalam perniagaan yang mereka anggap kotor dan sia-sia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanah Lot Binjai, Kemaman, Terengganu.

Melalui syarikatnya, Agro Bioline Centre, beliau kini menjadi pembekal cacing untuk pasaran luar negara terutama ke China bagi dijadikan salah satu ramuan dalam produk kosmetik.

Menurutnya, beliau sendiri tidak menyangka usahanya menternak cacing menjanjikan pendapatan lumayan dengan harga jualan mencecah RM450 hingga RM500 sekilogram (kg).

MAKANAN cacing yang diternak oleh Amaram Ismali ialah batang pisang yang dipotong dan dicampur dengan najis kambing.


Menurutnya, setiap kilogram cacing yang diternak akan bertambah menjadi empat kilogram dalam masa dua bulan.

“Sebenarnya, cacing yang diternak bukan cacing yang berasal dari negara ini tetapi diimport dari Australia,” katanya.

Penjagaan cacing tidak sukar kerana cacing tersebut akan diletakkan di dalam satu bekas yang dicampur dengan makanannya iaitu batang pisang yang dipotong dan dicampur dengan najis kambing.

Menurutnya, cacing berkenaan tidak perlu diperiksa setiap hari kerana ia tidak mudah mati.

“Cuma, apa yang perlu dibuat ialah sentiasa membasahkan cacing dan meletakkannya di tempat yang lembap. Makanan perlu ditambah seminggu sekali kerana jika habis, cacing akan merayap untuk melepaskan diri,” tambahnya.

Beliau berkata, setiap kotak yang diisi cacing perlu ditutup dengan jaring halus bagi mengelak dimasuki musuh perosak seperti semut dan kumbang.

Amaram berkata, najis cacing yang terdapat dalam bekas pula boleh dijadikan baja dan dijual pada harga sehingga RM15 sekilogram.

“Baja najis cacing boleh menyubur tanaman dan sayuran manakala airnya pula digunakan untuk menyubur pohon bunga di halaman rumah.

SETIAP kotak yang diisi cacing perlu ditutup dengan jaring halus bagi mengelak dimasuki musuh perosak seperti semut dan kumbang.


Katanya, cacing dewasa boleh membesar sehingga 12 inci panjang dan boleh bertelur sebanyak 48 biji setahun.

Beliau yang kini menjadi pembekal cacing di pantai Timur terutama Terengganu dan Pahang sentiasa sibuk memenuhi permintaan pelanggan yang tidak pernah putus.

“Maklumlah, ini adalah produk terbaru yang tidak perlu penjagaan rapi tetapi menguntungkan dan semakin mendapat permintaan yang tinggi,” tambahnya.

Mereka yang berminat untuk mencuba atau mendapat keterangan lanjut mengenai penternakan cacing daripada spesies berkenaan boleh menghubunginya di talian 019-9040155.