Sunday, December 7, 2008

PILIH MISKIN ATAU KAYA?

Ada orang bertanya, "Mengapa anda nak jadi kaya sangat? Bukannya boleh bawa ke kubur kalau pun harta bertimbun!"

(maaf, saya kurang suka biru...)

Jawapannya....saya ingin menjadi kaya bukan sebab nak bawa semua harta ke kubur, cukup lah kain kafan jer (kalau mati syahid?) Saya ingin tinggalkan semua harta supaya ia memberikan manfaat kepada orang lain (yang masih hidup).

Kepada bini dan bini-bini untuk digunakan sebagai pemangkin kepada kelangsungan @ keterusan hidup agar tidak mengalami nasib seperti kisah mak janda malang. Dah la mati laki... kesian.....!!!

Kepada anak-anak, agar harta tersebut dapat membantu mereka meneruskan hidup dan mendapat pendidikan yang sempurna untuk masa depan mereka.

Kepada ibu & bapa, untuk mengubat sedikit kesedihan kerana kehilangan seorang anak.

Kepada bank & pemiutang-pemiutang yang lain agar tidak mengganggu di akhirat kelak kerana menuntut hutang yang tertangguh.

Sekarang, cuba tanya pada diri sendiri pula :
"Mengapa anda nak mati dalam keadaan miskin?"

Sudah lah tidak meninggalkan sebarang harta @ kebaikkan kepada keluarga... malah menyusahkan mereka dengan hutang-hutang anda.

Nanti orang kata :
"Sudahlah hidup menyusahkan orang, dah mampooos pun mmenyusahkan orang lagi!!!"

Syahdu bunyinya.............

AZAM 2009

Setiap kali menetapkan sesuatu matlamat, mesti tunggu tahun baru. Nasib baik la tahun baru 2009 tak sampai sebulan lagi dah.

Apa kata mulai saat ini kita (saya) tetapkan matlamat kita (saya) serta-merta. Matlamat atau azam biasanya dikaitkan dengan ingin menjadi kaya. Miskin harta tapi kaya budi bahasa di kira kaya jugak la....

Ramai antara kita (saya) tidak bercita-cita, tidak bermatlamat dan tidak pernah berazam untuk menjadi kaya. Pada masa yang sama, ramai yang mengharapkan kekayaan. Ramai juga yang berdoa mengharapkan kekayaan. Pelik nih! Langkah yang paling penting yang kita (saya) terlupa adalah untuk membuat keputusan menjadi kaya.

Mulai saat ini, tetapkan matlamat kita (saya) untuk membebaskan diri dari masalah kewangan. Tanamkan niat di hati bahawa kita (saya) akan berkorban dan berusaha untuk mencapai matlamat kewangan tersebut.

Tanpa membuat sebarang keputusan, matlamat kita (saya) akan jadi kabur. "Jadi kaya tak apa, tak jadi kaya pun tak apa"

Mulai saat ini, tetapkan keputusan untuk menjadi orang yang bebas dari masalah kewangan. Tetapkan keputusan untuk memulakan perniagaan.

Keputusan ini akan memberi fokus kepada kita (saya) untuk mencapai matlamat.