Tuesday, November 11, 2008
Renungan
Tidak ada alasan untuk tinggal solat
Mek Selamoh di kotaraya
Mek Selamoh mengikut setiap langkah pelayan itu menuju kebiliknya dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mek Selamoh lantas seperti tergamam dan melihat ke sekeliling dan memarahi pelayan muda itu sambil berkata, " Hei budak muda! Aku mungkin sedikit tua dan kekampungan, tapi aku bukannya bodoh! Aku bayar mahal untuk tinggal dihotel ini tau! Bayaran untuk bilik sekecik ini memang tak berpatutan langsung! Dah la kecik, takde kemudahan, tak de TV, tempat tidur pun tak der!" katanya tanpa henti. " Kak, maafkan saya, ini adalah lif! Bilik akak kat tingkat 18", kata pelayan itu dengan selamba.
Vermicompost 6
fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg vermikompos bersamaan 3 kg baja kimia.
Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.
Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.
Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:
* kurang pembajakan antara musim
* kurang masalah perosak
* pertambahan pengeluaran hasil
* mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)
* penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.
Program Bumi Hijau
Kenaikan harga minyak dunia telah menyebabkan harga barangan keperluan harian meningkat dan seterusnya mengakibatkan inflasi. Pengguna merasai kesan ini dan terpaksa membayar pada harga yang lebih tinggi ke atas barangan keperluan keluarga.
Bagi membantu mengatasi masalah ini, Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengadakan kempen untuk menggalakkan rakyat menanam sayur, ulam-ulaman dan herba serta menternak ikan dan ayam bagi kegunaan sendiri.
Langkah ini akan dapat membantu pengguna berjimat dan berbelanja secara berhemah disamping dapat mengawal inflasi. PROGRAM BUMI HIJAU
Program Bumi Hijau adalah program untuk menggalakkan orang ramai melibatkan diri dengan amalan bercucuk tanam (sayur-sayuran atau ulam-ulaman) dan menternak (ayam kampung atau ikan keli dalam kanvas) di sekitar kediaman mereka (rumah pangsapuri, rumah teres atau rumah kampung).
Konsep program ini adalah bercucuk tanam disamping menghias persekitaran rumah dengan tanaman yang boleh dimakan (konsep edible landscape atau kitchen garden).
Program ini juga bagi menggalakkan orang ramai khususnya penduduk kampung tradisional yang berpendapatan rendah untuk menternak ayam bagi memenuhi keperluan makanan harian.
Program ini juga bertujuan menggalakkan masyarakat umum menternak ikan bagi kegunaan sendiri selain menggalakkan memakan ikan air tawar.
Khasiat Budu
Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Budu
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.
Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.