Friday, January 30, 2009

MOTIVASI



MINAT BISNES?

BERMAKNA ANDA SANGGUP MENERIMA

RISIKO YANG TAK PASTI...



Dr Mamat MBA, merupakan seorang pensyarah sebuah universiti, sudah bertahun-tahun mengajar subjek pengurusan perniagaan tetapi sekalipun belum pernah memulakan perniagaan sendiri.


Begitu juga dengan En Dollah, seorang pegawai bank yang telah menilai pelbagai jenis cadangan pinjaman perniagaan tetapi beliau sendiri belum pernah mencuba untuk menjalankan perniagaan beliau sendiri.


Apabila ditanya, jawapan yang diberikan oleh kedua-duanya lebih kurang sama, iaitu :


TAKUT MENGAMBIL RISIKO





MOTIVASI


Adakah anda layak menjadi CEO?
  • mempunyai sikap peribadi yang terpuji seperti jujur, berdisiplin, adil, rajin, tekun, menepati janji dan tidak melakukan dosa-dosa besar.

  • berkebolehan dalam hal ehwal bisnes dari segi ilmu, strategi perniagaan, idea bernas dan banyak pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan.

  • suka berurusan dengan angka seperti angka jualan, angka perbelanjaan dan sebagainya.

  • memahami soal kewangan dan akaun seperti tahu membaca penyata kewangan, dapat membuat analisa dan tahu menggunakan maklumat yang berkaitan dengannya bagi memudahkan membuat keputusan.

  • bersikap matang dan sentiasa menggunakan akan dan bukan emosi semasa membuat keputusan.

  • suka mengambil berat soal yang berkaitan dengan pekerja dan menjaga kepentingan mereka.

  • ada kebolehan, berani dan yakin dalam membuat sesuatu keputusan yang penting.

  • senang dihubungi dan sentiasa memberitahu pihak pengurusan di mana anda berada.

  • mempunyai minat yang tulin dalam perniagaan dan melihat perkembangan perniagaan adalah pencapaian peribadi.

  • memiliki kualiti sebenar sebagai seorang pemimpin seperti boleh meyakinkan orang lain, bertolak ansur dan mahu mendengar pendapat pihak lain serta dihormati oleh kakitangan, rakan niaga dan orang luar.