Tuesday, November 4, 2008

SEMBELIH

Membunuh dengan pancung dengan yang tajam. Pancung nampak menakutkan, tetapi itulah cara membunuh yang paling baik sebab amat cepat matinya. Manakala gantung menyeksakan kerana melambatkan mati orang. Kerusi karan juga lambat. Itu menyeksakan. Tembak juga kadang2 tidak mematikan dengan cepat. Pancung memang sah mati dengan paling cepat. Bila kepala tercerai dari badan, tidak mungkin masih hidup orang itu.

Tapi tidak diketahui persamaan pancung dengan penyembelihan kepada yang dihukum.

Walaubagaimanapun pernah dibuat kajian tentang penyembelihan mengikut kaedah sains. Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu. Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP. Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan. Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.

TALI GANTUNG

" Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling
bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan
kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh
poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada
empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas
Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung
dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi
sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka
dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang
bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga
habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di
mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad
pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan
beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada
hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman
gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar
dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan
harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata
Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya
yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu
di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan
terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai
RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman
gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk
hukuman dilaksanakan.

'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan
tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi
agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka
lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila
kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak
tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka
akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada
hari hukuman.

' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar
sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai
kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan
jenaka,' cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk
pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari
hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan
secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian
5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian
suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar
dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat
kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya
membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan
akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati
jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada
dia, semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan
letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-
bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada
anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi
penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

org Islam yg kena hukum gantung semua digantung hari Jumaat....bukan senang nak dpt kelebihan mati hari Jumaat...hmmm. ..

AMARAN

MALWAREadalah terma yang digunakan untuk sebarang perisian yang dipasang secara jarak jauh tanpa dapat dikesan dan diketahui oleh pengguna komputer bertujuan untuk mendapatkan maklumat.

Antara malware yang dikenal pasti :

ADWARE - memaparkan iklan apabila anda melayari web.

SPYWARE - perisian yang akan mengumpulkan maklumat dan menghantarnyasecara rahsia kepada pihak ketiga. - maklumat ini terdiri daripada laman web yang pernah anda lawati, jenis pelayar web dan maklumat sistem serta alamat IP anda.

BROWSER HIJACKING SOFTWARE @ PERISIAN PERAMPAS PELAYAR - perisian iklan yang merubah tetapan pelayar seperti : 1. laman web tetap 2. carian dan toolbar pelayar 3. membina ikon 4. memaparkan pop-up iklan secara banyak - apabila pelayar berjaya dirampas perisian itu terus menerus membawa pengguna ke laman web pengiklan

-Tidak semua malware itu sama kerana ia mempunyai ciri-ciri yang berbeza di antara satu sama lain. - Malware berikut disenaraikan menurut ciri-ciri unik yang ada pada mereka sepanjang separuh tahun 2006.

Paling SEKSI : Cecacing Tearac.A atau lebih dikenali KAMASUTRA - Ia tersebar melalui e-mail dengan mesej E-mail Sex atau Video Sex

Paling BERMETOD : Bagle - Ia merupakan variasi Bagle yang melemahkan aplikasi keselamatan dengan menjangkitinya. - Variasi Bagle.IB pergi lebih jauh dan ganas di mana ia mampu melemahkan sehingga 525 proses berlainan.

Paling TIDAK WARAS : Biwili.A - Ia boleh menjangkiti Windows atau Linux.

Paling MENAKUTKAN : BlackAngel.B - Ia memaparkan gaya imej filem seram sejati dengan teks dalam bahasa Sepanyol yang bermaksud : - On the 1st day, you will be SCARED. - On the 2nd day, you will be DESPERATE. - On the 3rd day, you will look for HELP, and -On the 4th day, you DIE. - Komputer anda yang sebenarnya mati di mana ia membuat beberapa kekunci penting dalam Windows Registry.

Paling LUCAH : PornMagPass - Spyware ini menjanjikan capaian percuma ke laman-laman porno tetapi sebenarnya meletakkan program jahat (malicious) dalam sistem anda.

Paling BERSEMANGAT KESUKANAN : Sixem.A dan Bagle.GZ - Pertama, Sixem.A - menawarkan foto berkaitan FIFA World Cup 2006, Germany. - Kedua, Bagle.GZ - yang merujuk kepada Sukan Musim Sejuk di Torino.

Paling KOMPLEKS : Virus Detnat.A - Ia mendapat gelaran ini kerana ia menggunakan enkripsi polimorfik untuk melindungi kodnya dan mengelak pengesanan. - Namun begitu ia boleh dikesan perisian anti virus dengan mudah.

Paling INOVATIF : Leap.A, Inqtana.A dan Oomp.A - Kod jahat pertama yang menjangkiti MAC OS X.

Pencinta Alam Semulajadi : Hoots.A - Ia akan menghantar gambar Snowy Owl kepada setiap pencetak yang ada dalam rangkaian.

Paling BERGAYA : Cxover.A - Kod jahat yang boleh berpindah dari komputer ke PDA apabila mereka disambungan.

Paling RAJIN : PGPCoder.D - Kategori ini pencipta PGPCoder.D telah menggunakan RSI encryption (assymetic key) untuk digunakan dalam versi terbarunya.

Paling CEKAP : Clickbot.A - Ia akan mengklik pada iklan bayar-per-klik untuk mendapatkan wang tambahan; which automatically clicks on pay-per-clicks advertisements, learning (albeit fraudulently) an extra income.

Walaupun malware adalah sesuatu yang menarik tetapi adalah lebih baik anda menjauhi nya dan tidak berhadapan dengan akibatnya. Dengan itu saya cadangkan anda menggunakan TruPrudent yang akan melindungi PC anda daripada serangan malware yang telah tersebar dan yang bakal muncul. Atau anda boleh menggunakan pengimbas malware dalam talian terus menerusi laman web; http://www.activescan.com

p/s :pe2 pun jgn biarkan diri anda diselubungi malware...hahahaha blh rujuk majalah pc (pc xtra :10) keluaran oktober 08 #142.

Tidur vs Letih

Badan letih dan lesu walaupun kita merasakan telah berehat dan tidur secukupnya. Mengapakah hal ini berlaku?. Lazimnya kita bangun awal pada hari bekerja dan bangun lewat pada hari tidak bekerja atau cuti umum. Kita seolah-olah "balas dendam" kerana merasakan tidak cukup tidur pada hari bekerja. Namun yang berlaku adalah sebaliknya, badan kita semakin letih dan lesu.

Sebenarnya, pola tidur sedemikian telah mengganggu putaran biologi dalam badan anda atau "biological clock". Gangguan inilah yang menyumbang kepada keletihan tubuh badan anda. Menurut Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry Ford di Detroit, AS, badan kita mengeluarkan sejenis hormon kecergasan yang dipanggil cortisol. Sekiranya anda bangun tidur jam 7 pagi, cortisol akan dirembeskan 3 jam awal iaitu jam 4 pagi sebagai persediaan untuk anda bangun dan aktif.

Oleh itu, sekiranya anda mengamalkan corak tidur seperti di atas, jadual cortisol terganggu. Cortisol telah dikeluarkan pada jam 4 pagi tetapi pada hari itu anda bangun jam 11 pagi. Akibatnya, ketika anda bangun hormon kecergasan telah tiada. Anda akan merasa letih dan lesu walaupun tidur melebihi 8 jam sehari.

Jadi, jika anda mahukan kecergasan berpanjangan, jagalah amalan tidur anda agar tidak mengganggu putaran biologi di dalam tubuh anda. Tiada gangguan ini bermakna anda akan cergas, bertenaga dan aktif

Warna boleh selesai masalah?

Anda mengalamai masalah sakit kepala,tertekan atau sering rasa mengantuk?
Tahukah anda warna mampu menyelesaikan masalah tersebut....

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA - WARNA MERAH
kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala.oleh itu jika anda mengalaminya,letakka n tuala lembab berwarna merah diatas mata anda.ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin.

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA - WARNA BIRU
anda rasa tertekan?cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah.cuba ubah"screen saver" komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang.

ELAKKAN INSOMNIA - WARNA MERAH JAMBU
jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam,apa kata anda mencuba petua ini.hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut.kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa.suasana yang romantik.......!

CERIAKAN MOOD ANDA - WARNA JINGGA
apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda,cuba sesuatu yg berwarna jingga.insyaallah pasti mood anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN - WARNA HIJAU
terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni dalam badan.