Wednesday, January 7, 2009

AMARAN bukan AMARAM

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakkan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini.

TERLALU YAKIN DENGAN SESUATU IDEA DAN TAKSUB DENGANNYA

Jangan terlalu yakin dengan satu-satunya idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan. Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

TIADA PELAN PEMASARAN

Pelan pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran.

Ingat, ia menjadi daya tarikan pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 strategi untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos.

Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.


TIDAK MENGENALI PELANGGAN ANDA

Perubahan kepada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan pesaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali anda 'kenal' pelanggan anda secara dekat, tahu kehendak mereka masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk ataupun perkhidmatan tersebut.

TIDAK PEKA DENGAN KEDUDUKAN ALIRAN TUNAI SYARIKAT

Walaupun anda mempunyai produk yang terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan atau jangkakan.

Oleh itu, kedudukan aliran wang tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh kritikal tersebut.

TIDAK PEDULI @ CAKNA PEKERJA / KAKITANGAN

Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seseorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja.

Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk.

Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dalam sekelip mata!

KELIRU TENTANG KEMUNGKINAN DENGAN REALITI

Usahawan yang berjaya, hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

TIADA PELAN PENJUALAN

Tanpa pelan penjualan, bermakna tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda.

Anda memerlukan pelan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

BERSEORANGAN

Anda mungkin tahu semuanya tetapi anda tidak boleh melakukan semua perkara, secara bersendiri dan berkembang pada masa yang sama.

Ada mesti mendapatkan kakitangan, sub-agen atau rangkaian pengedar untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

TIADA MASTERMIND

Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor!

Bagi mereka yang mempunyai perniagaan kecil, cadangan ini nampak seperti tidak masuk akal.

Lembaga penasihat ini mungkin terdiri daripada anggota keluarga atau sahabat yang boleh anda percayai.

Jadikan mereka sebagai Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka.

Adalah sangat susah @ kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

BERPUTUS ASA

Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan.

Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu.

Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu.

JANGAN SEKALI-KALI BERPUTUS ASA DAN MENDERITA

Jika anda gagal, tidak perlu malu kepada sesiapa.

Jika kita malu kepada manusia, bermakna kita sengaja menyekat keupayaan diri dan fikiran untuk mara ke hadapan.

Jika kita gagal dan malu kepada diri sendiri, kita akan berusaha mencari kelemahan dan kesilapan masa lalu dan membaikinya untuk....

MELOMPAT LEBIH TINGGI