Wednesday, November 12, 2008

Manusia Saling Memerlukan

  • Untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan, Allah menjadikan manusia saling memerlukan antara satu dengan yang lain
  • Sifat ini menyebabkan wujudnya pelbagai bentuk hubungan antara manusia
  • Allah memberi ilham kepada manusia supaya melakukan muamalat sesama mereka untuk menjadikan kehidupan lebih baik
  • Kesemua bentuk hubungan itu pula dipandu oleh Allah yang telah menetapkan beberapa dasar untuk diikuti
  • Muamalat atau kira bicara Islam adalah tukar menukar antara barangan, perkhidmatan atau sesuatu yang memberi manfaat dengan cara yang ditentukan seperti jualbeli, sewa, upah, pinjam, berkongsi, bercucuk tanam dan sebagainya.

Konsep Kejayaan Menurut Islam

Menurut Imam Al-Qurthubi:

  • Rezeki yang halal
  • Qanaah (redha setelah berusaha)
  • Taufik (petunjuk yang di kurnia)
  • Saadah (bahagia jiwa dengan iman dan takwa)
  • Jannah (syurga - kemuncak kebahagiaan yang hakiki dan kekal abadi)

Konsep Kejayaan

  • Setiap manusia berusaha dan berjuang untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
  • Perjuangan untuk mencapai kejayaan dalam hidup telah ujud sejak zaman awal kewujudan manusia di muka bumi.

  • Pelbagai pandangan berbeza digunakan oleh manusia untuk mengukur kejayaan.