Thursday, December 11, 2008

PESANAN PENAJA......

Blog usahawancacingkemaman bukanlah semata-mata ingin mengajak Tuan/Puan ternak cacing. Jangan salah faham, yer!!!

Logo Usahawan Cacing Kemaman seperti di atas adalah untuk membalas jasa Kosmo kerana telah mempromosikan perniagaan saya.

Blog menggunakan nama usahawancacingkemaman pula ialah untuk mempromosikan perniagaan / kegiatan saya sekarang.

Tujuan utama blog ini diujudkan pula adalah untuk berkongsi ilmu, berkongsi cerita dan ada kalanya merapu.

Merapu ini pula adalah dari diri saya sendiri.

Jika ada antara post-post ini menarik perhatian Tuan/Puan, apa salahnya jika Tuan/Puan mengajak kawan-kawan, sahabat dan keluarga Tuan/Puan untuk melayari: usahawancacingkemaman.blogspot.com.

Segala-galanya percuma.

Bila blog ini makin ramai pengunjung, saya jadi semakin bersemangat untuk menulis pengalaman saya dan pengalaman orang lain.

Benda yang baik, ada baiknya dihebahkan.