Wednesday, December 17, 2008

Malaysia Ku

Naik sekali tapi turun tujuh kali.

Harga barang? Tidak turun sekali-kali.


Jadual berikut menunjukkan harga minyak Malaysia sejak 1990 yang merujuk kepada harga runcit di stesyen minyak bagi RON 97.

Harga runcit minyak Malaysia (RON 97)TarikhHarga baruPerubahanHarga sejagat1Perubahan RM/literPeratus (%)AS$/tongPeratus (%)
Sebelum 19900.89-18.33 (1989)-
19901.102524.4933.6
1 Oktober 20001.20924.680.8
20 Oktober 20011.308.325.904.9
1 Mei 20021.321.530.8619.2
31 Oktober 20021.33124.535.3
1 Mac 20031.351.531.5428.6
1 Mei 20041.371.540.2827.7
1 Oktober 20041.423.653.1391.8
5 Mei 20051.52756.265.9
31 Julai 20051.626.658.704.3
28 Februari 20061.9218.561.645
5 Jun 20082.7041121.0096.3
23 Ogos 200822.55(5.6)114.60(5.3)
25 September 20082.45(3.9)109.20(4.7)
15 Oktober 20082.30(6.1)84.07(23)
1 November 20082.15(6.5)64.38(23)
18 November 20082.00(7.0)55.37(13)
3 Disember 20081.90(5.0)46.96(15)
16 Disember 20081.80(5.3)46.28(1.4)

Masa minyak nak naik, serta-merta dalam masa dua, tiga jam. Kereta saya mati atas jambatan Geliga, Kemaman pada malam sebelum minyak naik. Jalan jem berkilometer. Mungkin para pengunjung yang disegani masih terkenang-kenang peristiwa tragis 4 Jun 2008.

Pada malam itu juga ada sebuah stesyen minyak dekat Pasar Chukai tutup awal. Alasan dia, minyak habis. Sedangkan sebuah lori minyak sedang parking dekat stesyen minyak tu.

Yang peliknya, bila nak turunkan harga minyak, kerajaan terpaksa berfikir berkali-kali sebab kesian kat tokey-tokey minyak yang seramai lebih kurang 2000 orang tu.

Elo tauke! Pengguna minyak ada berapa juta orang?

Inilah untungnya apabila kita dapat 'memegang' ekonomi. Ramai yang akan bela nasib kita. Mungkin lepas ini ada antara peribadi-peribadi yang akan menubuhkan Tabung Basmi Kemiskinan untuk tokey-tokey minyak!!!

Oleh itu.................

Mulai saat ini, tetapkan matlamat kita untuk menjadi 'pemegang' ekonomi. Tetapkan dateline, buatkan kertas kerja dan paling koman pun, berangan-anganlah sepuas-puasnya tetapi secara bertulis. (Rujuk post yang lepas)

Matlamat mungkin boleh disamakan dengan mengayuh basikal. Kalau segan atau malas nak kayuh, basikal akan terbalik. Kalau kayuh laju sangat pun, basikal boleh terbalik gak!

Kayuh tetap kayuh.

Biar apa pun jenis basikal kita, biar buruk mana pun basikal kita, kayuuuuuuh................

Kalau letih berehatlah sebentar. Kalau rosak, fikir kat mana rosak, apa sebab rosak, bagaimana untuk elak dari rosak.

Umur kita sangat singkat Tuan-tuan dan Puan-puan.....

Dengan umur yang sesingkat ini, janganlah kita bercita-cita untuk mengalami sendiri kegagalan orang lain. Jadikanlah kegagalan orang lain itu sebagai peringatan kepada kita untuk tidak mengalami nasib yang sama.

Buktikan sesuatu.........

Buktikan sesuatu, yang kita pernah hidup di muka bumi ini. Ada manusia yang membuktikan yang dia pernah berak dalam tandas dengan lukis gambar lucah!

Kita yang waras ini tidak cukup dengan membuktikan yang kita mempunyai sijil kelahiran dan ada nama pada batu nesan.

MERAPU JER NI.................