Monday, June 15, 2009

MAAFKAN AKU


Jika yang disuruh pilih, ukurannya adalah memberi maaf...

Maka kemaafan itu aku berikan.

Andai yang disuruh pilih, hitungannya adalah memohon maaf...

Maka kemaafan itu juga boleh dipohon.

Tetapi jika yang disuruh pilih, ketentuannya adalah dendam...

Maka selama-lamanya sudah pasti keburukkan yang menjadi ketentuannya.





Mengapa menjadi terlalu sukar untuk memberi kemaafan kepada orang lain?




Mengapa merelakan diri diselubungi dendam yang tidak pernah padam?




Sedarlah....




Setiap insan ada kelemahan dan kekurangannya.

Mungkin hari ini hari kita.

Apakah kita dapat menjamin yang kita tidak akan melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan?




Ingatlah.....



Bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari Allah jua.

Dia mahu melihat apakah kita dapat menerima masalah itu dengan cara yang sebaik-baiknya atau pun tidak.





Namun...




Jika kita tetap tidak mahu memaafkan kesilapan orang lain, tidak ada apa-apa keuntungan darinya.




Yang tinggal...


Hanyalah sebuah kehidupan yang serba tidak tenang.




Sabda Rasulullah s.a.w :

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang lambat marahnya dan segera pula redha apabila sudah marah dan sejahat-jahat manusia ialah orang yang cepat marah dan lambat pula redha marahnya itu"






ADAKAH AKU SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ?





.