Saturday, February 14, 2009

USAHAWAN




Pelanggan adalah raja


Dalam sektor peruncitan, pelanggan dianggap raja. Bukan raja yang boleh dibeli tetapi raja yang membeli. Namun "raja" itu adakalanya melakukan kesalahan, mungkin dia merokok di premis perniagaan yang dilarang merokok.

Maka pekerja di ajar dialog ini.

"Harap maaf encik, Di sini tidak boleh merokok"

Perkataan encik boleh digantikan dengan "Tuan" atau "boss"

"Sorry boss, sini tak boleh merokok"


Namun ianya agak lari daripada konsep pelanggan adalah raja. Maka apabila pelanggan merokok di premis larangan merokok, hendaklah ditegur dan dilayan sebagai raja.

"Ampun Tuan beribu-ribu ampun
Mohon Derhaka, Di sini tidak boleh merokok."


MOTIVASI




Peniaga vs Usahawan

Usahawan:

  • berusaha untuk menghasilkan produk sendiri

  • kejayaan lebih utama berbanding keuntungan semata-mata

  • sentiasa mengikut perubahan semasa untuk menambah kreativiti dan inovasi

  • memperkenalkan produk baru yang bakal menembusi pasaran

  • menganggap persaingan sebagai cabaran yang perlu ditangani segera

  • merenung jauh kehadapan dan sentiasa berfikir untuk meningkatkan lagi kejayaan sedia ada


"Orang berjaya sangat yakin apa yang bakal berlaku

sedangkan

orang biasa hanya percaya setelah sesuatu perkara

menjadi kenyataan"


MOTIVASI



Peniaga vs Usahawan


Peniaga:

  • aktiviti utama ialah urusniaga beli dan jual

  • sentiasa berusaha menambah keuntungan

  • tidak berminat kepada perubahan dan perkembangan teknologi

  • menjual barangan yang telah sedia ada dipasaran

  • persaingan dianggap biasa

  • berfikir dan bertindak hanya kepada masalah harian