Friday, November 21, 2008

HUJAN oh HUJAN

" Musim tengkujuh bakal menjelang tiba. Kadangkala terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir ini ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramaikah di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
  1. Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je.
  2. Alahai, hujan laaagiiii
  3. Tiap-tiap hari hujan...susah la macam ini
  4. Payah nak buat apa-apa kalau hujan
  5. Tak boleh balik lagi, hujanlah!


Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA:

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).


Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)


Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.

  1. Membersihkan udara
  2. Menyubur tanaman
  3. Membekalkan air sungai berterusan
  4. Menjadi sumber minuman haiwan terutamanya di kawasan kontang
  5. Membekal air ke empangan


Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni?" Macam biasa dengar ayat tu, kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab. Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?


"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH.. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud: "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya.. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita semua.

"Dan ALLAH jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), TUHANmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan."

(Surah Hud: 123)

Alhamdulillah, lepas ini bila hujan janganlah bersungut. Berdoalah banyak-banyak...

KHAS UNTUK ISTERI JER

"Sebagai isteri, tahukah anda apa yang diharapkan oleh suami dalam menjalin hubungan yang penuh kemesraan lagi hangat? Bagaimana pula sentuhan yang digemari si suami. Sebenarnya di sebalik sifat kelelakiannya, lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian wanita. Bagaimana dapat anda, seorang isteri penyayang, memancing ghairah suami tersayang? Dipersilakan membaca panduan-panduan di bawah.

Elakkan Dahulu
Janganlah anda fikir dengan tanpa seuratpun benang di tubuh anda, anda dapat dengan terus menaikkan ghairah suami anda. Anda seharusnya memakai pakaian malam/tidur yang tipis dan menampakkan bentuk dan lekukan-lekukan tubuh anda – keadaan yang mana anda masih berpakaian tetapi kelihatan seperti ‘bertelanjang’ beginilah yang dapat menaikkan nafsu suami untuk hebat menggauli anda.

Urai Rambutmu
Terutama bila anda berada di atas tubuhnya. Rambut anda yang lembut terurai berjuntaian dengan perlahan-lahan dapat menaikkan ghairah suami, apatah lagi bila dia terhidu keharuman rambut anda yang sentiasa berada dalam perapian itu.

Senyap Itu Indah
Adalah sesuatu yang membangkitkan hasrat seks lelaki apabila melihat isterinya membuka butang baju perlahan-lahan tanpa sepatahpun kata-kata. Diiringi senyuman mesra manja, suami tidak akan bersabar-sabar lagi untuk meraih anda ke dalam pelukannya.

Sentuhan Sehangat Kuku
Percaya atau tidak; lelaki boleh teransang apabila bahagian ini disentuh. Usaplah dengan lembut dan mainkan dengan bibir anda yang hangat itu. Ghairah birahinya pasti tidak terperi-peri lagi.

Hadiah Sensasi
Isteri dapat meransang keinginan batin suami dengan membakar mata suaminya melalui ‘hadiah’ yang dianugerahkan. Misalnya, bekas gigitan cinta atau cakaran yang anda tinggalkan di tubuhnya malam tadi membuatkan dia terkenang-kenang kepada anda. Juga, meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur untuk kemudiannya dijumpai olehnya dapat menaikkan semula kelelakiannya.

Zon Rasa
Kulit bahagian dalam paha anda mampu meransang suami anda kerana ianya lembut dan mempesonakan pancainderanya. Apatah lagi bila disentuhnya, anda kegelian. Ini akan menyebabkan suami anda berasa lebih 'macho' perkasa.

Daerah Rangsangan
Mudah sahaja caranya: mainkan hujung lidah anda dengan lembut di bahagian luar cuping telinga suami. Gerakkan lidah turun naik di bahagian belakang telinga hingga terus ke leher. Lakukan perlahan-lahan dengan penuh kemesraan.

Sentuhan Kasih Sayang
Kelembutan sentuhan wanita menjadi impian setiap lelaki. Kucupan lembut dan usapan halus menggunakan hujung jemari anda mampu menggoda suami dan menyebabkan dia terkulai manja di dalam dakapan anda.

Bangkitkan Suasana
Selain pancaran sinar malap lampu tidur atau sebatang lilin dan juga alunan muzik yang lembut mendayu, suasana romantis dapat dihidupkan dengan semburan wangian sekitar kamar tidur. Anda diminta mengenakan wangian kegemarannya, minyak aromaterapi, losyen atau kain sutera yang dibiarkan menyentuh lembut kulit suami.

Pesona Pandangan
Tatapan mempesonakan yang penuh perasaan kasih juga sayang terhadap suami anda cukup untuk mempamerkan perasaan anda terhadapnya. Tidak perlu anda berkata-kata, renungan anda yang meruntun itu cukup untuk membuatkan dia terkesima.

Membelai Nyata
Suami akan berasa lebih disayangi jika anda pandai mengusap rambutnya. Apabila duduk bersama, belailah mahkota lebatnya itu. Usaplah perlahan-lahan menyisir dengan jemari anda dari dahi hingga ke belakang lehernya.

Intipan Geram
Perbuatan mengendap merupakan salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya sendiri. Tanpa disedari oleh wanita, dorongan seks lelaki mudah timbul oleh ransangan visual terutama pabila wanita mengenakan pakaian ataupun ketika mandi. Oleh demikian, usah menolak apabila si dia suami anda tiba-tiba mahu bersama anda sebaik sahaja anda melangkah keluar daripada kamar mandi.

Puputan Nafas
Hembusan nafas anda yang hangat akan menaikkan ghairah suami anda. Sentuhlah perlahan bibir anda ke bibirnya. Nafas hangat anda akan menyebabkan dia tidak sabar-sabar lagi mahu mencumbui anda.

Planet G-Spot
Suami juga mempunyai g-spotnya (hot-spot) yang tersendiri. Cari dan terokalah. Pancinglah si dia dengan memainkan peranan anda di zon sensasi miliknya itu .

Elak Sahaja Menyentuh Kelemahannya
Jangan sentuh kelemahan yang ada di tubuh suami anda. Tumpukan pada bahagian yang menjadi kebanggaannya seperti dadanya yang bidang, bahu atau hujung lengannya.

Sepantas Kilat
Bila mana anda mahu membuat suami anda lekas ghairah, ambillah tindakan yang agak agresif. Tarik dia ke sofa dan bertindak secepat kilat. Tetapi, sebelum itu pastikan keadaan sekitar ‘selamat.’

Kejutan Halwa Mata
Suami akan mengagumi anda, andai anda senantiasa membuat kejutan dari masa ke semasa untuk disaksikannya. Ini termasuk, membuat perubahan daripada segi penampilan anda, seperti dandanan rambut fesyen terbaru atau mengenakan pakaian dalam yang terseksi yang baru anda temui di gedung atau butik pakaian kegemaran anda

MALAM PERTAMA : Di alam kubur

Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

MATI

UNTUK BAKAL PENGANTIN

" Menjelang cuti persekolahan, banyak majlis kenduri kendara untuk meraikan pengantin baru. Zaman moden ni, jemputan ke majlis perkahwinan disertakan dengan sekeping kad jemputan perkahwinan.

Macam-macam jenis laa bentuk kad jemputan. Ada panjang, ada pendek, ada bunga, ada gambar bakal pengantin.

Dalam reka bentuk kad tersebut ada sesetengah kad ditulis dan ayat-ayat al Quran dalam tulisan jawi. Niatnya baik tetapi caranya tidak baik. Penulisan begini sebenarnya menghina ayat Quran. Kad-kad yang diberikan kepada kenalan dan saudara mara, tidak mungkin disimpan dengan baik. Kad-kad ini akan bersepah sana sini, jatuh ke lantai dan di pijak-pijak. Dalam tidak sedar bakal pengantin akan dapat dosa. Apalah salahnya jika tulisan ayat Quran di tulis dalam tulisan rumi.

15 PERKARA PENYEBAB BALA

" Untuk renungan bersama. Semoga kita mendapat menafaat.

Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu

2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)

5. Anak menderhakai ibunya

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya

7. Ayahnya (pula) disingkir jauh

8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)

9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)

10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya

11. Arak menjadi minuman lumrah

12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)

13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung

14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut..."dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu”.

(Hadith riwayat Tirmizi)

BISNES CACING 2

Pengenalan
Penternakan cacing kompos boleh di katakan masih baru di Malaysia walaupun telah lama diperkenalkan di negara-negara membangun yang lain seperti di Indonesia, Korea, Brazil, Australia dll. Terdapat 1800 spesis cacing yang dikenalpasti dan hanya 9 jenis yang sesuai dikomersialkan dan hanya 5 jenis yang sesuai di ternak di Malaysia iaitu:

1. Lumbricus Rubellus
2. Eisenia Foetida
3. Pheretima Asiatica
4. Pherionyx Excavatus
5. Diplocardia

Daripada lima jenis di atas jenis yang paling sesuai dan mudah di ternak ialah Lumbricus Rubellus atau dikenali dengan nama cacing harimau atau cacing merah. Di bawah adalah antara ciri-ciri cacing dari jenis Lumbricus Rubellus

1. Bentuk tubuhnya seakan-akan pipih
2. Dihujungnya ada tanda kekuningan
3. Jumlah segmen sekitar 90 hingga 195, dimana Klitelum terdapat pada segmen 27 hingga 32
4. Jenis ini memiliki tubuh kecil, tetapi apabila diternak secara intensif, saiz tubuhnya boleh membesar, menyamai jenis yang lain
5. Pergerakan cacing ini lambat, dan sering diam apabila dipegang. Kenapa Cacing Kompos?
Potensi kegunaan:-

1. Penyuburan tanah
2. Memperbaiki dan memelihara struktur tanah
3. Pelupus sampah organik
4. Menjadi bahan campuran makanan ternakan.
5. Menjadikan bahan buangan industri kepada baja organik.
6 . Menjadi ramuan perubatan merawat penyakit seperti meredakan demam, tekanan darah tinggi, bronchitis dll.
7. Menjadi bahan campuran dalam pembuatan kosmetik.

Struktur Tubuh Cacing
Ia juga mempunyai lendir yang digunakan untuk memudahkan pergerakan, melicinkan lubang di dalam tanah,serta sebagai alat mempertahankan diri. Lendir ini dihasilkan oleh kelenjar Epidermis.Pada bahagian depan cacing tanah, terdapat mulut berbentuk bibir yang dinamakan Prostomium. Ianya digunakan untuk menembusi tanah.Apabila tanah sukar untuk ditembusi, maka tanah akan dimakan bersama sisa makanan dan keluarmenjadi kotoran yang kaya dengan unsur unsur organik juga mineral dan sangat diperlukan oleh tanaman. Ia juga dapat meneutralkan bakteria yang merbahaya.

Pencernaan Makanan
Prostomium mengambil makanan dan dimasukkan ke dalam Faring (tenggorok). Kemudian melalui Esogafus (kerongkong),dan seterusnya ke perut.Makanan disimpan sementara, kemudian disalurkan ke lambung otot. Di dalam lambung otot, makanan dihancurkan dengan dibantu oleh pasir dan benda-benda keras yang dimakannya.Hasil pencernaan masuk ke dalam usus, kemudian, zat-zat makanan diserap. Di sini, makanan diproses dari bentuk yang kompleks menjadi bentuk sederhana.Di dalam proses ini, enzim, bakteria, protoza bersama-sama melakukan aktiviti tersebut. Zat-zat makanan kemudiannya diserap oleh dinding usus halus masuk ke dalam pembuluh darah, dan disalurkan ke seluruh tubuh.Sisa-sisa makanan yang tidak tercerna keluar bersama kotoran lainya dalam bentuk kotoran cacing.

Produk dari ternakan cacing
Terdapat 2 jenis produk yang terhasil dari penternakan ini iaitu Biomas (cacing itu sendiri) dan juga kascing ( baja organik dari sisa makanan cacing tersebut).
Biomas adalah produk yang boleh dihasilkan daripada tubuh cacing tersebut. Banyak produk-produk yang boleh dihasilkan dari badan cacing tersebut seperti bahan campuran kosmetik, ubat-ubatan, campuran dalam makanan ternakan seperti ayam, kambing, lembu dan banyak lagi. Dinegara-negara seperti Amerika, Eropah, Jepun, Australia, Indonesia telah banyak memajukan industri ini, manakala di Malaysia ini ialah titik permulaan dan kajian-kajian terus di buat untuk memanfaatkan produk cacing ini.

Manakala kascing (baja organik dari sisa makanan cacing) dan juga cecair cacing (worm tea) adalah produk yang boleh di komersialkan dan mempunyai potensi yang besar. Dengan adanya pertumbuhan penternak-penternak kecil dan sederhana, tidak mustahil baja organik ini dapat menggantikan baja kimia sepenuhnya.

BISNES CACING

Selepas meletupnya penternakan lintah secara komersial kini satu lagi bidang penternakan yang dianggap tidak masuk akal memasuki pasaran. Penternakan tersebut adalah PERTENAKAN CACING untuk pengeluaran BAJA VERMIKOMPOS. Bila sebut tentang cacing pada kita ia hanyalah sejenis makluk yang tiada gunanya kepada manusia. Malah kewujudan makluk ini langsung tidak mendapat perhatian.

kINI SeMua ItU teLaH BerUbAH...Cacing kini telah memasuki era baru apabila ia dijadikan binatang ternakan seperti kambing, ayam dan lembu. Namun tujuan penternakan adalah berbeza di negara kita kerana ia hanyalah digunakan untuk mendapatkan bekalan Baja Organik yang dikenali sebagai Baja Vermikompos. Namun di negara maju penternakan cacing ini digunakan sebagai bahan extract untuk kosmetik dan sumber protien alternatif. Namun sumber penternakan kita masih kecil dan tidak mampu untuk membekalkan permintaan seperti di negara maju.


Penternakan ini masih BARU di negara kita! Kerajaan sedang mengusahakan untuk menjadikan negara kita bebas dari penggunaan baja kimia dengan memperkenalkan pertanian Organik. Ini bagi meningkatkan kualiti makanan kita dan menjadikan negara kita pengeluar tanaman untuk makanan yang utama di rantau ASIA.


kerajaan dikatakan sedang berusaha untuk menghapus penggunaan Baja Kimia dan jangkaan tidak berapa lama lagi Pengharaman penggunaan Baja Kimia akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam masa tidak lebih dari 5 tahun lagi. Dan ketika itu permintaan kepada Baja Organik sangat tinggi.


Inilah peluang untuk memulakan perniagaan penternakan. Kita perlu jadi orang terawal. Dengan Modal yang kecil dan pengurusan yang sangat mudah semua isi rumah boleh mengambil peluang keemasan ini.

18SX

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil sepasang suami isteri yang telah LANJUT USIA baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tetapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....

Si isteri bersuara, 'Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido...' Suaminya dengan separuh sedar menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula...


Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,&! nbsp;
'Kemudian tu.... abang selalu cium saya...'
Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tido balik...


Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,
'Kemudian tu kan.... abang selalu gigit-gigit leher saya...'
Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.


Si isteri heran dan terus bertanya,
'Abang nak gi mana tu?' Dengan nada marah suaminya menjawab, 'Nak gi amik gigi la ni...'

Perempuan Oh Perempuan

M enurut satu kajian; kebanyakan wanita akan berkata,tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita! Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-esaran! Wanita memang pemurah... sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!

Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu... tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!

Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami. Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!

Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per...per...! Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up! Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja,enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah - tengok muka sendiri!

Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata. Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit.

Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah! Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang-kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!

Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja. Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!

Menurut satu perangkaan, orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda. Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa mengibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...

KOPERASI PALSU

Kelmarin, saya berkesempatan merasmikan seminar 'Perniagaan Melalui Internet Di Dalam Gerakan Koperasi' yang dianjurkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia. Seminar ini bersesuaian dengan senario semasa koperasi yang telah dikenal pasti sebagai sektor ketiga yang boleh membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara. Dewasa ini, kemahiran dalam menjalankan urusan perniagaan melalui internet dan portal adalah sangat penting.

Mengikut statistik daripada World Stats, sehingga 31 Disember 2007 terdapat 1.3 billion pengguna internet seluruh dunia. Pengguna internet di Malaysia sahaja berjumlah 14.9 juta orang bersamaan 40.2% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Nah, betapa luasnya pasaran yang bakal diperolehi dengan menggunakan internet sebagai medium pengantaraan perniagaan.

Walaubagaimanapun, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab talah menyalahgunakan nama 'koperasi' dan medium ini. Di sini, saya ingin memaklumkan kepada bloggers di luar sana bahawa Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengenalpasti empat koperasi palsu iaitu :

i)Koperasi Nabinco
ii) Koperasi Gagasan Berjaya Enterprise
iii)Koperasi Usahawan Siswazah Gagasan
iv)Koperasi Siswazah Islam Malaysia

Mereka telah mengelirukan orang awam sebagai koperasi yang berdaftar dengan SKM, menawarkan peluang perniagaan, pelaburan dan kemudahan pinjaman yang boleh memberi pulangan keuntungan dalam masa yang singkat, secara tetap, lumayan dan mengenakan kadar kaedah yang amat tinggi serta tempoh bayaran yang terlalu lama sehingga 15 tahun. Mereka menggunakan pelbagai cara seperti iklan dan tawaran melalaui internet, akhbar, email dan risalah-risalah serta menggunakan agen.

Saya menyeru orang ramai supaya berwaspada dengan pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Sekiranya anda mempunyai maklumat atau sebarang kemusykilan mengenai koperasi bolehlah menghubungi pihak SKM di talian : 03-20935098 sambungan 5805 /5828.