Saturday, November 29, 2008

BOLEH TOLONG SAYA TAK?

Tolong jawab soalan ini.

Mungkin ia akan mengubah hidup anda, InsyaAllah.

Soalannya:

"Berikan 10 idea perniagaan yang boleh dijalankan sepanjang tempoh 01 Disember 2008 hingga 01 Disember 2009"

Jawapan hendaklah yang berkaitan dengan diri anda sendiri. Jangan main hentam keromo jer. Fikir dulu.........

MAT JENIN

Apabila kita menulis matlamat hidup di atas kertas, ia menjadi sesuatu yang nyata (boleh disentuh)

Seterusnya membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang dapat kita menggenggamkannya!!!

Sama dengan tujuan matlamat kita....

AKU AKAN MENGGENGGAMNYA..................

Apa akan jadi kalau matlamat tidak ditulis?

Anda kenal Mat Jenin?

Samalah tu.............


MATLAMAT HIDUP

Susah ke nak tulis matlamat hidup?

Memang susah.......

Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menceritakan matlamat mereka di atas kertas.

98% yang lain tu tidak mempunyai matlamat hidup.

Dengan ayat yang lebih manis dan menyejukkan telinga : tidak tahu nak menulis apa matlamat hidup yang sebenar.

ANGAN-ANGAN SECARA BERTULIS

TULISKAN ANGAN-ANGAN KITA

Angan-angan yang dalam bentuk tulisan, menjadi sesuatu yang boleh dipegang dan boleh dilihat.


Seterusnya ia akan masuk ke dalam minda separuh sedar...

Seterusnya ia akan diproses untuk mencari jalan untuk...

ANGAN-ANGAN MENJADI KENYATAAN

Tulis berkali-kali sehingga ianya meresap dan kejap di dalam hati sanubari

Chewahhh..........

ANGAN-ANGAN TAK SUDAH

Matlamat tak kesampaian? Pulak dahhh......

Kebiasaannya, sesuatu matlamat tidak tercapai bukan kerana matlamat tidak realistik, tapi jangkamasa yang ditetapkan untuk mencapai sesuatu matlamat tidak realistik (terlalu singkat),

Cara nak selesai, cuba panjangkan tempoh.

Satu cara untuk mengetahui deadline kita realistik atau tidak, bahagikan jangka masa matlamat satu tahun kepada 3 (4 bulan)

Jika anda (bukan saya) sudah kawin dan bercita-cita untuk berbini empat pada 2009. Cuba rancang apa yang perlu anda lakukan dalam 4 bulan pertama (kawin dua), 4 bulan kedua (madu tiga) dan 4 bulan terakhir (complete).

Adakah ianya realistik?

TETAPKAN MATLAMAT

Matlamat atau cita-cita yang ingin dicapai mestilah yang mudah dicapai.

Anak-anak faham ke ni?

Jangan bercita-cita untuk menambah pendapatan 3 kali ganda pada 2009, tapi cuba tetapkan matlamat untuk menambah pendapatan 20 - 30 peratus.

Lebih realistik, kan...kan...kan...!!!

TIADA KEYAKINAN DIRI

"Penyakit paling kronik dalam diri saya ialah tidak yakin pada diri sendiri"


Kepada pengunjung yang disegani, saya nak tanya pendapat Tuan/Puan/Cik. Mengapa kita tidak memiliki keyakinan diri? Tidak yakin kepada diri sendiri.


Sekiranya kita dulu pernah tidak yakin pada diri sendiri, tapi kini dah yakin....


Apa kata kita kongsi pengalaman...........


Apa yang pernah kita lakukan untuk membina keyakinan diri?

CITA-CITA TERBENGKALAI???

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita, kita perlu mempunyai keyakinan yang tinggi di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai.

Dengan keyakinan yang tinggi sahaja lah yang akan menjadi penggerak kepada kita untuk tidak menoleh ke belakang lagi.

JANGAN PANDANG BELAKANG

Keyakinan diri yang tinggi tidak bermaksud untuk menjadi sombong dan ego. Dengan lain ayat, kita tidak perlu meyakinkan orang ramai.

KITA HANYA PERLU MEYAKINKAN DIRI SENDIRI

Orang yang berjaya sangat yakin pada apa yang bakal berlaku, sedangkan orang biasa hanya percaya setelah sesuatu menjadi kenyataan...

U CAN DO IT...!!!

BAGAIMANA UNTUK JADI POPULAR???

  • Keluar dari kebiasaan (mainstream) yang orang lain buat.

  • Ketengahkan sesuatu yang mengejutkan. (bela cacing boleh kaya ke?)

  • Sampaikan mesej yang sama.
Cuba tiga perkara ni dulu yer anak-anak.........

Kekerapan iklan

Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada mesej promosi, akan dilupakan oleh prospect dalam jangkamasa dua minggu pertama.

Oleh itu anak-anak.......

Kita perlu mengulangi mesej yang sama berulang-ulang kali.

PEMASARAN

Berapa peratus dari keuntungan diperuntukan untuk kos pemasaran?

20% cikgu..............

Tepat sekali.

Jika kita meraih keuntungan sebanyak RM5000, RM 1000 mesti diperuntukkan untuk kos pemasaran.

Ingat tu anak-anak.....................


PEMASARAN

Lebih banyak anda mencuba teknik-teknik pemasaran yang berbeza, sebenarnya kita lebih hampir kepada kejayaan.

Jika 10 teknik yang digunakan, mungkin salah satu darinya dapat menarik pelanggan yang ramai.

Cuba bayangkan jika kita mencuba 20 @ 30 teknik pemasaran.

Selepas menjumpai teknik yang ideal, GUNAKAN SETIAP MASA.

Perniagaan dan Internet

Bolehkah internet membantu meluaskan empayar perniagaan anda?

  • Menaikkan Imej Perniagaan Anda & Sekaligus Mengalahkan Pesaing Anda.

  • Bisnes Anda Terbuka Setiap Masa:24 Jam Sehari, 7 Hari Seminggu, 365 Hari Setahun.

  • Pelanggan Dari Seluruh Dunia Boleh Melayari Laman Web Anda.

  • Laman Web Anda Bertindak Sebagai Wakil Perniagaan Anda Yang Mengambil Tugas Mempromosi Perniagaan & Produk Anda.

  • Memudahkan Pelanggan Mendapat Maklumat Mengenai Perniagaan Anda & Menghubungi Anda.

BERFIKIRAN POSITIF UNTUK CAPAI MATLAMAT HIDUP

KUNCI MOTOSIKAL 2009

Dari Website USM

BENGKEL CACING DAN KEGUNAANNYA DALAM PELUPUSAN SAMPAH ANDA.

Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Bengkel Bertajuk ‘Cacing dan Kegunaannya Dalam Pelupusan Sampah Anda’ (Worms, Let Them Eat Your Garbage!) pada 25 & 26 Jun 2005 di USM, Pulau Pinang.

Bengkel satu setengah hari ini akan dikendalikan oleh pensyarah, Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM, Dr. Hasnah Md. Jais yang berpengalaman di dalam mengendalikan penyelidikan mengenai cacing dan pelupusan sampah.

Antara aktiviti menarik adalah lawatan ke Kebun Bunga, Rumah Cacing USM dan taklimat mengenai peranan cacing dalam kehidupan seharian. Untuk maklumat lanjut, irang ramai bolehlah menghubungi talian 04-653 4372 (Zaila)/ 653 4138 (Fadzonah)/ 658 3655 (Catherine) atau e-mel: zaila@usainsgroup.com.

Bela cacing??? Boleh kaya ke??? - 10

Menurut Dr Hasnah lagi, Eisenia Foetida mengandungi zat protien yang tinggi berbanding bijirin soya yang digunakan sekarang.

Kacang soya hanya mengandungi 30% protien sedangkan cacing spesies ini mengandungi 65% protien.

Bukan saya kata, tapi doktor yang kata...!!!

Bela cacing??? Boleh kaya ke??? - 9

Eisenia Foetida boleh membesar dalam jangkamasa dua setengah hingga tiga bulan dan dijadikan makanan haiwan ternakan seperti ayam, itik dan ikan.

Kos penjagaan yang murah dan mudah, menyebabkan ramai yang berminat mengendalikan projek ini.

Apapun, penjagaan cacing spesies ini memerlukan kesabaran yang tinggi.