Monday, November 10, 2008

Strategi Pemasaran

1. Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.
2. Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati.
3. Lakukan promosi dan pengiklanan - usaha menyebaran maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi.
4. Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos.
5. Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli "jiwa" pelanggan.
6. Justeru itu peniaga/ usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan.
7. Kekalkan hubungan dengan pelanggan - ingat namanya dan senyum selalu.

Camna Nak Layan Pelanggan

1. Peniaga mesti bijak dalam perhubungan dengan pelanggan.
2. Wajah peniaga mesti/harus sentiasa senyum , mesra dan ramah semasa melayan.
3. Pakaian hendaklah bersih,kemas dan sesuai.
4. Peniaga hendaklah menggunakan bahasa yang manis dan sentiasa bersopan santun dan sabar.
5. Peniaga perlu menumpukan minat atau perhatian terhadap pelanggan
6. Peniaga hendaklah melayan mengikut tertib, jujur dan adil serta mendapatkan keyakinan pelanggannya.
7. Peniaga harus cuba mengenali pelanggannya dengan mengingati nama dan juga jenama serta jenis barangan yang selalu dibeli oleh pelanggan.
8. Perlu ingat perolehan hasil jualan, maju mundur , berdaya maju perniagaan anda adalah terletak pada tangan pelanggan.
9. Perwatakan peniaga akan mempengaruhi maju mundur perniagaan anda.

Umumnya pelanggan adalah Raja yang perlu anda hormati dan layani. Kejayaan melariskan jualan anda akan wujud jika anda berjaya membeli jiwa pelanggan anda. Lakukan sekarang untuk menawan jiwa pelanggan anda.

Ciri-ciri Usahawan Berjaya

1. Keperluan yang tinggi untuk berjaya.

2. Hasrat untuk menerima cabaran.

3. Bebas dari segi fikiran dan tindakan.

4. Penyelesai masalah.

5. Sering mengharapkan masa depan yang baik.

6. Sentiasa peka kepada persekitaran dan sering mencari peluang.

7. Memiliki kepercayaan timbal balik dengan orang lain.

8. Kesudian menerima tanggungjawab.

9. Mahir berkomunikasi

10. Konsep diri yang positif.

11. Mahu dan sentiasa belajar dari kesilapan dan orang berjaya.

12. Berperasaan tidak puashati dan mahu perubahan.

13. Berorietasikan perancangan.

14. Berkemahiran dalam pengurusan.

15. Menetapkan matlamat.

16. Mahukan kemajuan.

17. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat.

18. Berkepimpinan.

19. Bersungguh dan berusaha.

20. Pandai membuat keputusan

21. Melihat satu-satu perkara dari sudut positif .

22. Bersyukur dengan kehendak Tuhan.