Mengapa Ternak Cacing???
Ternakan cacing ini merupakan ternakan yang paling cepat mendapat hasil kerana ada dua produk dari cacing ini, baja kompos dan juga cacing itu sendiri. Baja kompos datang dari najis cacing itu sendiri dan dapat dihasilkan daripada hari pertama ia diternak dan mempunyai pasaran yang meluas kerana pertanian tidak akan pupus. Manakala cacing pula merupakan produk sekunder dan berbaloi dijual selepas ianya matang atau proses pembiakannya telah menurun.
Penternakan cacing kompos boleh di katakan masih baru di Malaysia walaupun telah lama diperkenalkan di negara-negara sedang membangun yang lain seperti di Indonesia, Korea, Brazil, Australia dll. Terdapat 1800 spesis cacing yang dikenalpasti dan hanya 9 jenis yang sesuai dikomersialkan dan hanya 5 jenis yang sesuai di ternak di Malaysia iaitu:
1. Lumbricus Rubellus
2. Eisenia Foetida
3. Pheretima Asiatica
4. Pherionyx Excavatus
5. Diplocardia
Daripada lima jenis di atas jenis yang paling sesuai dan mudah di ternak ialah Lumbricus Rubellus atau dikenali dengan nama cacing merah. Di bawah adalah antara ciri-ciri cacing dari jenis Lumbricus Rubellus
1. Bentuk tubuhnya seakan-akan pipih
2. Dihujungnya ada tanda kekuningan
3. Jumlah segmen sekitar 90 hingga 195, dimana Klitelum terdapat pada segmen 27 hingga 32
4. Jenis ini memiliki tubuh kecil, tetapi apabila diternak secara intensif, saiz tubuhnya boleh membesar, menyamai jenis yang lain
5. Pergerakan cacing ini lambat, dan sering diam apabila dipegang.
No comments:
Post a Comment