Saturday, November 29, 2008

ANGAN-ANGAN TAK SUDAH

Matlamat tak kesampaian? Pulak dahhh......

Kebiasaannya, sesuatu matlamat tidak tercapai bukan kerana matlamat tidak realistik, tapi jangkamasa yang ditetapkan untuk mencapai sesuatu matlamat tidak realistik (terlalu singkat),

Cara nak selesai, cuba panjangkan tempoh.

Satu cara untuk mengetahui deadline kita realistik atau tidak, bahagikan jangka masa matlamat satu tahun kepada 3 (4 bulan)

Jika anda (bukan saya) sudah kawin dan bercita-cita untuk berbini empat pada 2009. Cuba rancang apa yang perlu anda lakukan dalam 4 bulan pertama (kawin dua), 4 bulan kedua (madu tiga) dan 4 bulan terakhir (complete).

Adakah ianya realistik?

No comments: