Thursday, November 6, 2008

Biologi Cacing

cacing tanah memiliki 5 jantung.ia bernafas melalui kulit.diatas kulitnya terdapat lapisan nipis yang dinamakn KUTIKULA.
pembuluh-pembuluh darah berada tepat di bawah kutikula dan berfungsi mengambil oksigen dari udara dan mengeluarkan carbon dioksida ke udara.syarat yang harus dipenuhi untuk pertukaran udara adalah kelembapan yang tinggi.pada bahagian hadapan cacing terdapat mulut berbentuk bibir
dinamakan PROSTOMIUM yang terdiri dari sel-sel sensor berstruktur seperti lensa yang mengantikan mata.apabila tanah sukar ditembus maka tanah akan dimakan bersama sisa makanan.


FAEDAH CACING TANAH



seekor cacing tanah berupaya memakan 36m ton tanah setahun.aktiviti cacing tanah akan membawa nutrien dalam tanah ke permukan tanah sebagai CASTINGS.cacing tanah juga membantu meningkatkan populasi bakteria yang baik untuk tanah.analisa cacing tanah mendapati ianya lebih kaya dengan nutrien daripada
tanah sekeliling.cacing juga dikenalpasti membantu menjadikan
keadaan tidak sesuai untuk SERANGGA,MAMATOD,dan lain-lain MAKHLUK PEROSAK.megikut kajian yang dilakukan,cacing tanah dikesan dapat mengubati bermacam-macam penyakit dalam tubuh.

SISTEM PEMBIAKAN

caicng tanah adalah HERMAPRODIT,bermakna setiap cacing mempunyai 2 jenis alat kelamin.sesetengah cacing boleh melakukan pembiakan sendiri.tetapi majoriti spesis memerlukan pasangan untuk melakukan pertukaran sperma untuk mengeluarkan kokon.(telur cacing).

CARA MENGENALPASTI KOKON

kokon tersebut berbentuk lonjong dan berukuran sekitar 1/3 saiz kepala mancis.kokon akan menetas dalam masa 14 hingga ke 21 hari.setiap kokon akan menghasilkan 2 hingga ke 20 ekor cacing(purata 4 ekor).100 ekor akan menghasilkan 100,000 cacing dalam masa 1 tahun.cacing tanah dewasa boleh dikenalpasti dengan adanya gelang KLITELUM.

RINGKASAN

satu kilogram cacing akan membiak empat kali ganda dalam mas enam bulan.bermakna
1kg cacing x 4 = 4 kg cacing.
4 kg cacing x 4 = 16 kg cacing
16 kg cacing x 4 = 64 kg cacing
dan seterusnya.

makan cacing adalah terdiri dari campuran habuk kayu dan najis kambing(ini adalah gred campuran yang paling bagus)

1kg cacing tanah akan memakan 1kg makanan sehari.

No comments: