Thursday, November 6, 2008

EM

Effective Microorganisms

KE ARAH PERTANIAN MESRA ALAM.......

Industri pertanian, perikanan dan peternakan negara makin kian membangun..pelbagai kemudahan yang disediakn oleh kerajaan dari dulu sampai sekarang namun dengan RMK-9 sektor ini terus maju berkembang pesat. Ramai usahawan tani dari golongan siswazah telah menunjukkan minat yang amat positif terhadap sektor ini.

Terdapat banyak kursus-kursus dan teknologi baru diperkenalkan dan ini boleh membantu memberi maklumat kepada usahawan tani yang baru. Mengikut pengalaman penulis ramai orang beralih kepada sektor ini disebabkan potensi besar yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dan boleh dijadikan satu kerjaya. Kepada yang ingin melibatkan diri dalam industri perlu memahami aspek-aspek teknikal dalam setiap bidang yang diceburi. Setakat menghadiri khusus dan seminar belum tentu dapat menjalankan projek-projek dengan sempurna. Oleh itu jaringan perniaagaan di kalangan usahawan ternakan amat digalakkan.

Ramai dikalangan usahawan tani masih lagi lemah dalam aspek teknikal seperti pengurusan projek, ubatan-ubatan dan penyelenggaraan. Oleh itu, blog ini bertujuan untuk memberi sebanyak info yang mengikut pengalaman penulis. Mengikut maklumat terbaru yang diperolehi negara kita akan melaksanakan satu sistem pertanian yang mesara alam dengan menggunakan produk semulajadi iaitu Effective Microorganism atau EM. Produk ini sudah lama digunakan di dunia tetapi negara kita masih lagi baru. Ianya juga dipanggil sebagai probiotik atau ‘bakteria baik’ yang amat sesuai digunakan berbanding antibiotik yang biasa digunakan. Apabila kita menggunakan produk ini tidak perlu risau tentang antibiotik lain, maknanya usahawan baru pun boleh belajar menggunakan EM ini dengan mudah.

Bagi yang baru tentang EM....disini saya ingin berkongsi info tentang produk ini....

No comments: