untuk mengusir sila gunakan daun limau dan dikebas kebas pada affected area dan kalau dah critical sangat tukarkan ke medium baru
Semua jenis daun limau boleh digunakan
FAKTOR UTAMA:
Sarang/media yang terlalu basah akan mengundang pembiakan hama dan kutu
LANGKAH PENCEGAHAN
1. ELAKAN sarang/media jadi TERLALU BASAH dengan mengatur jadual siraman, perbaiki saliran air dan sarang/media diaduk seminggu sekali.
2. TERLEBIH BERI MAKAN akan menyebabkan fermentasi makanan didalam sarang/media dan mengurangkan pH -buat jadual makanan supaya semua makanan akan habis didalam beberapa hari,pastikan sarang/media pada tahap neutral pH7(guna calcium carbonate)untuk stabil pH.
3. MAKANAN LEMBIK BERAIR- sayuran yang mengandungi kandungan air tinggi akan menyebabkan banyak ulat/hama, hadkan pengunaan makanan jenis ini.
Langkah langkah berikut adalah sementara TERKECUALI pengurusan sarang/media dibuat dengan teratur:
1. Bungkar sarang/media dan jemur untuk beberapa jam dibawah sinar matahari.
2. Hamparkan surat khabar lembab diatas permukaan sarang/media, buangkan selepas hama dan kutu melekat, ulang lagi sehingga hama dan kutu berkurangan.
3. Letak potongan buah tembikai atau potongan kentang diatas sarang/media dan buat seperti no.2 kat atas.
4. Basahkan sarang/media tapi jangan sampai banjir-hama/kutu akan naik kepermukaan,cacing tinggal dibawah dan apa lagi!! guna kaedah pembakaran dipermukaan (surat khabar,bunsen burner)dan bunuh hama dan kutu kutu tuu!!.
5. Basahkan sarang(seperti 4)hama/kutu naik kepermukaan- taburkan belerang (belerang tidak akan memudaratkan cacing) tetapi akan menyebabkan sarang/media jadi acidic..bab ni cacing sure tak suka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment