Saturday, November 8, 2008

MESTI BACA

PERMULAAN KEHANCURAN SESEBUAH NEGARA...

Assalamualaikum...

Semalam ada pelajar yang menelefon menyatakan kebimbangan takut tak dapat masuk aliran sains tahun depan tingkatan 4. Ketakutan itu meliputi takut mak bapak rasa kecewa, sedih dan sebagainya. Takut malu dengan kawan-kawan, malu dengan saudara mara dan sebagainya.

Isu sebenarnya tentang masuk aliran sains ni telah lama berlaku. Rasanya sudah berlarutan lebih 10 tahun. Masyarakat rata-rata melihat jika anak dapat masuk kelas sains maka ianya menjadi satu kebanggaan. Hinggakan ada yang memandang rendah jika anak-anak tidak dapat masuk kelas sains. Pihak sekolah juga rata-rata begitu menekankan, mengiklankan tentang cerahnya masa depan jika masuk kelas sains. Betulkah begitu? Adakah ianya benar?

Hingga kini, barulah baru-baru ni para menteri dan ahli politik serta beberapa cerdik pandai mengeluarkan kenyataan bahawa negara perlu juga seimbangkan antara penekanan kepada bidang sains dan satera ini. Inipun berlaku setelah keputusan pilihanraya umum ke 13 lalu menyedarkan pemerintah bahawa kiya sebenarnya kurang pakar, penganalisa,bijak pandai dalam sains politik, perancangan strategik dsbg. Hinggakan dikatakan pula perlunya diujudkan penubuhan dana khas untuk research dibidang sastera seperti sains politik, sosiologi dsbg.

Sebenarnya dasar kerajaan yang begitu mengagungkan aliran sains, arahan kementerian pendidikan agar kuota pelajar aliran sains dipenuhi walaupun syarat tak berapa mencukupi sebenarnya amat menyusahkan malah memberi impak yang cukup negatif pada masa panjang. Matlamat menghalalkan cara (teori machieveli) yang diamalkan kementerian ini menjejaskan banyak aspek kehidupan pada jangka panjang. Pelajar yang tak berapa layakpun boleh masuk kelas sains semata-mata untuk penuhi kuota. Akhirnya ambil add math, fizik, kimia dan sebagainya di peringkat SPM yang akhirnya membawa padah.

Kesan teori dan pelaksanaan dasar yang dilaksanakan tanpa kajian yang menyuluruh ini telah banyak memberikan impak negatif. Pelaksanaan dasar sepatutnya melihat bahawa kebolehan individu itu Allah taala jadikan berbeza. Ada orang yang dilahirkan dengan kebolehan A dan ada kebolehan B. Amat tidak lojik jika kita mengatakan masuk aliran sains cerah masa depan kerana berapa ramai yang berjaya di Malaysia ini adalah dari aliran sains? Apakah peluang pekerjaan di Malaysia ini hanya ada pada aliran sains? Bagaimana kerja bank, pengurus dana, akauntan, ahli politik, wartawan, peguam dan banyakk lagi kerjaya lain selain dari bidang sains.

Satu masa dulu kerajaan begitu mewar-warkan tentang bidang BIOTEKNOLOGI. Hinggakan sesiapa sahaja yang habis SPM dari aliran sains jika ditanya nak sambung kat IPTA bidang apa ramai yang cakap bidang BIOTEK. Bila saya tanya balik bidang BIOTEK tu apa? Yang itupun mereka tak tahu... yang mereka tahu cikgu sains kata bidang tu cerah masa depan? Benarkah begitu? Banyak sangatkah peluang pekerjaan bidang tersebut? Sudah tersediakah infrastruktur bidang tersebut dinegara kita? Kalau ada pun mampukah kita menampung lambakan graduan IPT dalam bidang tersebut?

Saya masih ingat satu masa dulu adik saya mendapat 4A dalam PMR disekolahnya. Sekolah kampung sepertinya keputusan 4A tu sudah jadi best student dan melayakkan diri masuk aliran sains di tingkstan 4. Saya sendiri pergi ke sekolahnya dan tukarkan dia masuk aliran sastera perakaunan. Disebalik pujukan guru kelas dan kaunselor serta pihak sekolah yang lain kami bertegas untuk letakkan adik saya itu dikelas sastera perakaunan. Tujuannya tidak lain kerana kami sudah dapat tengok kepututusan PMR tersebut 4A (Math, Agama Islam, Bahasa Melayu, Sejarah)... ini bukannya layak masuk kelas sains. Ini cari nahas !! Dan akhirnya bila SPM dua tahun kemudian adik saya dapat jadi best student sekolahnya (sekolah kampung) dengan mendapat 8A aliran sastera perakaunan melayakkan dia masuk matriks seterusnya masuk UiTM buat ijazah bidang Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia). Adik saya kini bekerja di KL dengan syarikat swasta sebagai human resource manager berpendapatan RM3000 lebih...

Saya masih ingat sewaktu saya tukarkan adik saya ke aliran sastera masa tingktan 4, ada saudara yang mengejek sebab anak dia masuk aliran sains ... dengan bangganya tiap2 tahun selama 2 tahun tingkatan 4 dan 5 tu dia puji anak dia yang belajar di aliran sains... kononnya nak jadi doktor laa nanti... anak dia tupun masa PMR dapat 4A macam adik saya. Tup..tup.. bila SPM anak dia just dapat 1A subjek bahasa Melayu ... nak masuk matrikpun tak layak... at last masuk form 6 aliran sastera jugak... kuang..kuang kuang....

Jelas sekali kita telah silap meletakkan satu gambaran bahawa aliran sains adalah segala2nya. IANYA TIDAK TEPAT SAMA SEKALI!! Bukan aliran sains ataupun sastera tetapi kebolehan, minat secara individu, kebolehan semula jadi adalah merupakan faktor yang diambil kira. Masa adik saya yang sorang lagi masuk MRSM Kuala Berang .. dia adalah antara pelajar cemerlang disana. Keputusan SPMnya straight A tapi oleh kerana beliau tidak minat dengan sains maka dia sambung ke USM buat Ijazah dalam bidang Pure Mathematic. Bagi kami itu adalah minat dan kebolehan dia... walaupun semua ahli keluarga nak sangat dia jadi doktor tapi kami akur dengan minat dia... kami tetap bagi sokongan... kenapa kita perlu lebih2 memaksa dia buat aliran sains sedangkan yang nak belajar tu dia... bukan kita?

Lagi satu... bila pelajar yang lemah ni masuk aliran sains sudah tentu mereka tidak mampu bawa mata pelajaran Add Math, Fizik dan sebagainya tu. Akhirnnya first test dalam kelaspun dapat 0%. Ada cikgu mengadu kat saya ada pelajarnya masih dapat 15% dalam ujian disaat sebulan sebelum SPM. Inilah puncannya! Kita terlalu nak masuk kelas sains tanpa memikirkan minat dan kebolehan anak2 kita. Bila pelajar ni asyik dapat keputusan rendah dikelas sains sepanjang tingkatan 4 dan 5 maka mereka akan jadi demotivated untuk belajar. Mereka jadi tak seronok. Bila tak seronok maka disitulah bermulanya perlakuan langgar disiplin, bercinta, jenayah dsbg. Sebab fokus para pelajar ni sudah lari... mereka tidak minat lagi beljar sebab mereka merasakan mereka tidak boleh cemerlang disitu... so mereka akn cari alternative lain dimana mereka boleh lepaskan tekanan tersebut. So what!!! Kadar jenayah dikalngan remaja sekolah meningkat... kes bersalin dalam dewan peperiksaan pun ada....

Masalah ni belum berakhir lagi... ditambah pula dengan pengajaran math sains dalam bahasa inggeris maka lagilah hancur!! Yang diajar dalam bahasa melayupun ramai yang kantoi diajar pulak dalam bahasa inggeris. Kalau iapun kenapa tak mulakan di MRSM dan SM Sains atau SBP terlebih dahulu. Biar budak2 yang cream ni dulu lalui pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Langkah ini akhirnya membawa kementerian memudahkan soalan dan sistem pemarkahan subjek2 ni agar nampak kepada masyarakat pengajaran math sains dalam bahasa inggeris ni BERJAYA kononnya...agar tidak di tempelak pembangkang dan cerdik pandai yang menentang dasar ini diperingkat awal lagi ...Siapakah yang menanggung beban hasil dari langkah bodoh kerajaan untuk berbisnes LCD Projektor dan LAPTOP ini? Siapa lagi kalau bukan rata-rata rakyat miskin yang rata-ratanya orang melayu.

Akhirnya bila soalan dan sistem pemarkahan dipermudahkan maka masuklah IPT pelajar2 yang sebenarnya lemah sangat2 subjek2 sains tapi buat kursus engineering, medic dan sebagainya... nampak tak rentetan masalah akibat dari satu langkah mempolitikkan institusi pendidikan ini? Haaaa... saya ke politeknik dan IPTA / IPTS seluruh Malaysia mendapati rata2 pensyarah mengeluh sebab mereka menerima pelajar yang mana SPM aliran sains .. result nampak macam OK tapi persamaan serentakpun tak tahu apa... Y=mX + c pun tak tahu apa? Just imagine ...

Apa akan jadi pada generasi akan datang...???!!! Bila pensyarah bagi markah teruk atau menggagalkan pelajar2 itu.. maka timbul pula isu... arahan dari orang atas agar permudahkan juga marking di IPT ... sampai ke IPT campurtangan orang politik ni berlaku... akhirnya keluarlah ramai graduan IPT yang rata2 melayu ... ada ijazah... ada diploma tapi tak boleh buat kerja. Buat jambatan... jambatan runtuh... operate ibu bersalin tertinggal tuala dalam perut... jadi hakim... orang yang terang-terang bersalah dibebaskan... orang yang terang2 tak salah takde bukti ... mereka akan gubal undang2 biar dia didapti bersalah ... even jadi ustaz, ustazah atau penceramah... yang betul tak dicakap... cakap semuaaaaa yang membodek ... jaga periuk nasik!!!!

INILAH PERMULAAN KEHANCURAN SESEBUAH TAMADUN!


DR.RAJA SHAMRI

1 comment:

Anonymous said...

bnar sekali..saya juga menempatkan adik saya ke aliran perakaunan..

manusia ada kemahiran tersendiri,,berjayalah dalam bidang dan skop masing..tak guna ameik science masa spm,,result hancur..

ibubapa pula malas ambil tahu soal sekolah,,tahu pon yang surface je,,,inilah masalah kita..bodoh tak boleh diajar,cerdik tak mahu ditegur,,