Saturday, November 15, 2008

Motor Oil

Kreativiti adalah hak milik peribadi. Sesiapapun boleh menjadi seorang yang kreatif. Jika kreativiti seseorang itu ditambah lagi dengan usaha, inilah yang terhasil.

Minyak masak sawit sebenarnya boleh dijadikan sebagai minyak hitam kereta. Agak kelakar kenyataan ini tetapi itulah yang telah dilakukan oleh segelintir daripada rakyat Malaysia. Kisah mengenai minyak masak yang dijadikan sebagai minyak kereta bukanlah satu perkara baru. Kalau tidak silap aku, Majalah 3 pernah membuat slot untuk cerita beberapa tahun lepas tetapi tu hanyalah sekadar tontonan umum sahaja.

Tetapi apabila “kisah benar” ini dipaparkan secara rasminya di akhbar Kosmo, aku rasa sudah sampai masanya bagi badan-badan yang terlibat (NGO mahupun kerajaan) membuat satu kajian yang khusus dan serious kepada kebenaran minyak masak sawit ini.

Sebenarnya aku sungguh terkesima dengan cubaan ataupun testimonial yang dibuat oleh sesetengah dari kita mengenai minyak masak sawit ini:

“Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10,” katanya.

Itu jika dipandang dari segi harga. Mari kita lihat dari segi penggunaannya pula:

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat ren dah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Dan ini pula adalah kebenaran yang tidak dapat dinafikan lagi:

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

Cuma satu yang perlu diberi penekanan bahawa hanya minyak masak SAWIT sahaja. Bukan minyak masak jagung, bunga matahari dan sebagainya. Ini adalah kerana minyak sawit bersifat sintetik (aku tak pasti tentang ini). Apapun, aku percaya minyak masak sawit boleh dikomersialkan menjadi minyak hitam kereta. Secara tidak langsung, mungkin ini juga akan memberikan peluang besar bagi peneroka FELDA untuk mendapat durian runtuh (walaupun pada hakikatnya poket kita semua akan runtuh sebab minyak masak akan naik harga!).

No comments: