Monday, December 8, 2008

Crude Oil $43.33

Harga minyak mentah dunia pada hari ini ialah USD43.33.

Berapa harga yang sepatutnya bagi satu liter petrol di stesyen minyak?

Dulu barang-barang keperluan harian naik sebab ada ura-ura minyak nak naik harga. Bila dah betul-betul naik, harga barang naik lagi dan lagi dan lagi.

Bila harga minyak dunia turun mengapa harga barang nampak macam segan nak berubah?

Mengikut pandangan saya yang taraf pendidikan setakat SPM gred 3 ni, harga barang tidak turun sebab keluaran mereka tidak ada persaingan. Nak tak nak kita terpaksa beli juga. Mahal beli, murah pun beli.

Satu lagi ialah sebab networking pengeluar barangan ini sangat kuat, teguh, mantap dll. Bila ketua mereka kata harga barang A mesti dijual dengan harga RM10, maka semua peniaga akan jual pada harga RM10.

Ketua mereka juga cepat meramalkan apa yang akan berlaku bila sesuatu peristiwa berlaku. Kehidupan mereka ialah perniagaan. Budaya mereka ialah perniagaan.

Siapa mereka?

Siapa kita?


No comments: