Minggu ni agak sibuk sikit.
20, 21, 22 Dis saya pergi tambah ilmu di Hotel Seri Malaysia, Marang. Bila sampai rumah, banyak benda yang nak kena uruskan dan dibereskan.
Dan berpuluh jenis kursus saya hadiri, tapi kursus yang dianjurkan oleh PMINT dan MeCD ni lain macam sikit. Rasa lebih bersemangat dan hala tuju nampak lebih jelas.
Mungkin ada di kalangan para peserta kursus dan urusetia yang tak senang dengan kehadiran saya tetapi matlamat kursus lebih utama.
Saya berjiwa MERDEKA. Tak berteluk dengan pujukan dan tak berlutut demi segenggam padi. Ada yang terlepas cakap dan ada yang masih mampu dipendamkan.
Yang paling penting sekali, apa yang saya cari dalam kursus keusahawanan itu dah tercapai.
Kelemahan saya dalam perniagaan selama ini dah nampak jelas dan dah dapat jalan penyelesaiannya.
Terima kasih kepada Tuan Haji Samsudin Mohd Radzi, Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PMINT. Saya nampak jelas keikhlasan Tuan dalam penganjuran kursus tersebut.
Terima kasih kepada Tuan Haji Norisham, Naib Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Negeri Terengganu kerana menyenaraikan nama saya ke kursus berkenaan. Ada
kalanya pendapat kita tak sehaluan!!!
Terima kasih yang tak terhingga kepada Cikgu Dr Hj Zulkifli Awang, DBA dari Imbasan Nilai kerana menemukan saya apa itu pemasaran dan kepentingan akaun.
Terima kasih kepada Cikgu Dr HJ Abd Wahab Hashim, DBA dari ASLAH Industries kerana mengingatkna saya supaya mengosongkan 'gelas minda' supaya dapat dicurahkan dengan ilmu-ilmu yang baru.
Terima kasih kepada teman-teman se kursus kerana..........
Ah... terlalu banyak kenangan manis bersama kalian.
Terima kasih kepada Mak Janda kerana gurauan Puan dapat menghilangkan serabut dan pening saya masa buat akaun dan kertas kerja.
Kalau ada lagi yang saya terlupa nak ucap terima kasih, camni lah......
THANKS FOR ALL.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment