Friday, December 5, 2008

Komen dari seorang pengunjung

1. Vermikompos ialah istilah baja organik yang dihasilkan oleh cacing. Tidak sepatutnya di gunakan untuk jenama produk anda. Pertimbangkan jenama
AMARAM Vermikompos
(alternatif kepada baja kimia)

2. Pertimbangkan untuk menyemak kebaikan produk anda

dari:

  • Mesra alam
  • Membaik pulih struktur tanah
  • Mengurangkan risiko serangan penyakit dan
  • Meningkatkan kesuburan tanah, kualiti & hasil
  • Tanaman
  • Mengurangkan kos pertanian

Kepada

  • Mesra alam
  • Membaik pulih struktur tanah
  • Mengurangkan risiko serangan penyakit
  • Meningkatkan kesuburan tanah, kualiti & hasil Tanaman
  • Mengurangkan kos pengeluaran
3. Apabila bercakap tentang baja pembeli ingin mengetahui kandungan baja anda spt
N:P:K:Mg

4. Apabila bercakap tentang baja organik pembeli yang berpengetahuan dalam pertanian akan bertanya tentang C/N ratio. adakah C/N ratio melebihi 20?

5. komen 3&4 hanya akan terjawab apabila baja anda di hantar ke makmal untuk di analisis. Makmal yang terdekat dgn anda ialah makmal felda di kuantan. kalau tak salah felda mengenakan RM20 setiap analisa kandungan dan C/N ratio.

Dengan adanya perkara diatas produk anda akan lebih dianggap komersil. Saya bercakap atas dasar sebagai seorang pengamal pertanian.

No comments: