Bagaimana nak tahu sama ada pilihan kita ini benar-benar menepati citarasa kita atau kita terpaksa terima atas sebab tidak ada pilihan lain lagi dah?
Di bawah ini ada beberapa soalan. Cuba jawab dalam hati (tak perlu beritahu saya atau sesiapa). Jawab dengan ikhlas yer...
- Jika diberi pilihan, apakah kerja yang paling anda sukai?
- Jika diberi kerja ini, apakah anda akan berasa sangat seronok hinggakan Mak Mertua lalu kat belakang pun tak perasan? (Tak sedar masa berlalu)
- Apakah dengan kerja yang dipilih itu, anda berasa sangat seronok dan tidak memerlukan apa-apa bayaran pun? (Saya seronok menulis di blog ini untuk berkongsi pengetahuan secara percuma)
- Apakah yang anda lakukan sangat memuaskan hati anda?
- Apakah yang anda akan lakukan untuk menghasilkan keputusan atau matlamat yang terbaik?
- Siapakah idola anda? Mawi? Ekin? Atau diri anda sendiri?
- Soalan terakhir, apakah pekerjaan atau aktiviti yang bagi anda terlalu mudah untuk melakukannya tetapi menjadi terlalu sukar bagi orang lain?
No comments:
Post a Comment