Friday, January 30, 2009

MOTIVASI


Adakah anda layak menjadi CEO?
  • mempunyai sikap peribadi yang terpuji seperti jujur, berdisiplin, adil, rajin, tekun, menepati janji dan tidak melakukan dosa-dosa besar.

  • berkebolehan dalam hal ehwal bisnes dari segi ilmu, strategi perniagaan, idea bernas dan banyak pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan.

  • suka berurusan dengan angka seperti angka jualan, angka perbelanjaan dan sebagainya.

  • memahami soal kewangan dan akaun seperti tahu membaca penyata kewangan, dapat membuat analisa dan tahu menggunakan maklumat yang berkaitan dengannya bagi memudahkan membuat keputusan.

  • bersikap matang dan sentiasa menggunakan akan dan bukan emosi semasa membuat keputusan.

  • suka mengambil berat soal yang berkaitan dengan pekerja dan menjaga kepentingan mereka.

  • ada kebolehan, berani dan yakin dalam membuat sesuatu keputusan yang penting.

  • senang dihubungi dan sentiasa memberitahu pihak pengurusan di mana anda berada.

  • mempunyai minat yang tulin dalam perniagaan dan melihat perkembangan perniagaan adalah pencapaian peribadi.

  • memiliki kualiti sebenar sebagai seorang pemimpin seperti boleh meyakinkan orang lain, bertolak ansur dan mahu mendengar pendapat pihak lain serta dihormati oleh kakitangan, rakan niaga dan orang luar.

No comments: