Wednesday, December 31, 2008

BOIKOT

Soalan Dari Tetamu

Antara soalan-soalan maut yang paling sukar nak jawab ialah :

  • Buat apa bela cacing?
  • Cacing makan apa?
  • Bagaimana nak buat kosmetik dengan cacing?
  • Cacing ada pasaran ker?
  • Kenapa tak bela lintah?
  • Ada orang Kuala Lumpur nak beli cacing?
  • Cacing dah di ekspot ke mana?
  • Ada berapa kilo cacing?
  • Boleh tak kalau nak kursus?
  • Baja vermikompos bagus ker?
  • Baja vermikompos ni baja ke tanah?
  • Kenapa tak buat ladang cacing besar-besaran?
  • Bela cacing ni macam direct selling ker?
Aduh................

Saya tahu apa yang saya buat dan tahu kemana kesudahannya. Inilah jawapan kepada semua soalan diatas dan kepada semua soalan yang akan ditanya selepas ini.

Kalau ada lagi soalan yang tak terjawab, sila selak post yang lepas-lepas. Rasa-rasanya kebanyakkan soalan yang akan ditanya, dah ada kat blog ini.

Rajin-rajin la sikit kawan.........

Zaman orang Melayu makan bersuap dah berlalu dan berakhir.


AMARAN

Kalau search "usahawan cacing kemaman" melalui Yahoo, minta ampun dan maaf banyak-banyak agar jangan buka sex tv on line atau website stowmaszrol.com.pl/sex-tv-on-line.

Ini adalah kerana website tu ada virus yang boleh meng'hang'kan komputer Tuan/Puan.

Tak tau la siapa yang punya angkara.

Hadiah Untuk Pengunjung


Nak hadiah benda lain, kena hantar ke rumah lak.


Ni ha...


Gambar bleh buat kertas dinding

(wallpaper)


Monday, December 29, 2008

AMARAN bukan AMARAM



" Di sebuah kampung terdapat sebuah pokok yang umurnya melebihi umur kampung tersebut. Semasa kampung tersebut di buka, pokok itu telah wujud dan penduduk menngambil keputusan untuk membiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi semakin membesar.

Sejak kewujudannya sehingga kini, pokok tersebut tetap berdiri teguh dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan musnah walaupun seringkali di panah petir dan dilanda banjir besar beberapakali.

Sehinggalah pada suatu hari secara tiba-tiba pokok itu gegur ke bumi dengan sendirinya tanpa disebabkan punca-punca yang besar. Penduduk tertanya-tanya mengapakah pokok itu boleh tumbang, sedangkan selama ini bermacam bencana yang menimpanya, tetapi ia tetap berdiri teguh dengan penuh bangga. Setelah disiasat oleh beberapa orang penduduk, mereka mendapati pokok itu tumbang kerana disebabkan oleh sejenis serangga yang disebut kumbang yang telah memakan pokok tersebut secara perlahan-lahan sejak sekian lama tanpa disedari oleh penduduk di situ. Kumbang-kumbang itu telah memakan bahagian pokok itu yang selama ini dibaluti oleh kulitnya yang keras itu. Akhirnya, dalam masa yang singkat, pokok tersebut telah tumbang, tersembam ke bumi hanya kerana disebabkan kumbang-kumbang yang kecil saiznya.

Sifu : Dr Zulkifli - Imbasan Nilai

Berdebar-debar..........

Dapat Sijil

Teman Kursus PMINT & MeCD

Teman Kursus PMINT & MeCD

Teman Kursus PMINT & MeCD

Teman Kursus PMINT & MeCD

Teman Kursus PMINT & MeCD

Kiosk Vermikompos Pertama


Lokasi : Pasar Chukai, Kemaman.

Sunday, December 28, 2008

Nak Jadi Usahawan?


Keusahawanan jalan atasi pengangguran


Utusan Malaysia 24 Dis 08


UTUSAN Malaysia semalam memilih laporan bertajuk 4,749 bakal diberhenti sebagai tajuk utama di muka depan akhbar. Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pula menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun depan ekoran keadaan ekonomi yang diramal pada suku tahun pertama dan kedua 2009.

Sikap bergantung kepada pekerjaan dan kurang minat kepada bidang keusahawanan sebenarnya menjerumuskan seseorang di dalam situasi yang tidak menentu seperti ini.

Sebenarnya sekiranya seseorang itu melibatkan diri dengan keusahawanan, mereka bukan sahaja dapat mewujudkan pekerjaan untuk diri sendiri malah dapat memberi pekerjaan kepada orang lain yang bekerja dengan mereka.



Wednesday, December 24, 2008

Dah lama tak posting....

Minggu ni agak sibuk sikit.

20, 21, 22 Dis saya pergi tambah ilmu di Hotel Seri Malaysia, Marang. Bila sampai rumah, banyak benda yang nak kena uruskan dan dibereskan.

Dan berpuluh jenis kursus saya hadiri, tapi kursus yang dianjurkan oleh PMINT dan MeCD ni lain macam sikit. Rasa lebih bersemangat dan hala tuju nampak lebih jelas.

Mungkin ada di kalangan para peserta kursus dan urusetia yang tak senang dengan kehadiran saya tetapi matlamat kursus lebih utama.

Saya berjiwa MERDEKA. Tak berteluk dengan pujukan dan tak berlutut demi segenggam padi. Ada yang terlepas cakap dan ada yang masih mampu dipendamkan.

Yang paling penting sekali, apa yang saya cari dalam kursus keusahawanan itu dah tercapai.

Kelemahan saya dalam perniagaan selama ini dah nampak jelas dan dah dapat jalan penyelesaiannya.

Terima kasih kepada Tuan Haji Samsudin Mohd Radzi, Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PMINT. Saya nampak jelas keikhlasan Tuan dalam penganjuran kursus tersebut.

Terima kasih kepada Tuan Haji Norisham, Naib Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Negeri Terengganu kerana menyenaraikan nama saya ke kursus berkenaan. Ada
kalanya pendapat kita tak sehaluan!!!

Terima kasih yang tak terhingga kepada Cikgu Dr Hj Zulkifli Awang, DBA dari Imbasan Nilai kerana menemukan saya apa itu pemasaran dan kepentingan akaun.

Terima kasih kepada Cikgu Dr HJ Abd Wahab Hashim, DBA dari ASLAH Industries kerana mengingatkna saya supaya mengosongkan 'gelas minda' supaya dapat dicurahkan dengan ilmu-ilmu yang baru.

Terima kasih kepada teman-teman se kursus kerana..........
Ah... terlalu banyak kenangan manis bersama kalian.

Terima kasih kepada Mak Janda kerana gurauan Puan dapat menghilangkan serabut dan pening saya masa buat akaun dan kertas kerja.

Kalau ada lagi yang saya terlupa nak ucap terima kasih, camni lah......

THANKS FOR ALL.........

NAMA PERNIAGAAN


Tokey dia nama Aziz