Friday, November 21, 2008

BISNES CACING 2

Pengenalan
Penternakan cacing kompos boleh di katakan masih baru di Malaysia walaupun telah lama diperkenalkan di negara-negara membangun yang lain seperti di Indonesia, Korea, Brazil, Australia dll. Terdapat 1800 spesis cacing yang dikenalpasti dan hanya 9 jenis yang sesuai dikomersialkan dan hanya 5 jenis yang sesuai di ternak di Malaysia iaitu:

1. Lumbricus Rubellus
2. Eisenia Foetida
3. Pheretima Asiatica
4. Pherionyx Excavatus
5. Diplocardia

Daripada lima jenis di atas jenis yang paling sesuai dan mudah di ternak ialah Lumbricus Rubellus atau dikenali dengan nama cacing harimau atau cacing merah. Di bawah adalah antara ciri-ciri cacing dari jenis Lumbricus Rubellus

1. Bentuk tubuhnya seakan-akan pipih
2. Dihujungnya ada tanda kekuningan
3. Jumlah segmen sekitar 90 hingga 195, dimana Klitelum terdapat pada segmen 27 hingga 32
4. Jenis ini memiliki tubuh kecil, tetapi apabila diternak secara intensif, saiz tubuhnya boleh membesar, menyamai jenis yang lain
5. Pergerakan cacing ini lambat, dan sering diam apabila dipegang. Kenapa Cacing Kompos?
Potensi kegunaan:-

1. Penyuburan tanah
2. Memperbaiki dan memelihara struktur tanah
3. Pelupus sampah organik
4. Menjadi bahan campuran makanan ternakan.
5. Menjadikan bahan buangan industri kepada baja organik.
6 . Menjadi ramuan perubatan merawat penyakit seperti meredakan demam, tekanan darah tinggi, bronchitis dll.
7. Menjadi bahan campuran dalam pembuatan kosmetik.

Struktur Tubuh Cacing
Ia juga mempunyai lendir yang digunakan untuk memudahkan pergerakan, melicinkan lubang di dalam tanah,serta sebagai alat mempertahankan diri. Lendir ini dihasilkan oleh kelenjar Epidermis.Pada bahagian depan cacing tanah, terdapat mulut berbentuk bibir yang dinamakan Prostomium. Ianya digunakan untuk menembusi tanah.Apabila tanah sukar untuk ditembusi, maka tanah akan dimakan bersama sisa makanan dan keluarmenjadi kotoran yang kaya dengan unsur unsur organik juga mineral dan sangat diperlukan oleh tanaman. Ia juga dapat meneutralkan bakteria yang merbahaya.

Pencernaan Makanan
Prostomium mengambil makanan dan dimasukkan ke dalam Faring (tenggorok). Kemudian melalui Esogafus (kerongkong),dan seterusnya ke perut.Makanan disimpan sementara, kemudian disalurkan ke lambung otot. Di dalam lambung otot, makanan dihancurkan dengan dibantu oleh pasir dan benda-benda keras yang dimakannya.Hasil pencernaan masuk ke dalam usus, kemudian, zat-zat makanan diserap. Di sini, makanan diproses dari bentuk yang kompleks menjadi bentuk sederhana.Di dalam proses ini, enzim, bakteria, protoza bersama-sama melakukan aktiviti tersebut. Zat-zat makanan kemudiannya diserap oleh dinding usus halus masuk ke dalam pembuluh darah, dan disalurkan ke seluruh tubuh.Sisa-sisa makanan yang tidak tercerna keluar bersama kotoran lainya dalam bentuk kotoran cacing.

Produk dari ternakan cacing
Terdapat 2 jenis produk yang terhasil dari penternakan ini iaitu Biomas (cacing itu sendiri) dan juga kascing ( baja organik dari sisa makanan cacing tersebut).
Biomas adalah produk yang boleh dihasilkan daripada tubuh cacing tersebut. Banyak produk-produk yang boleh dihasilkan dari badan cacing tersebut seperti bahan campuran kosmetik, ubat-ubatan, campuran dalam makanan ternakan seperti ayam, kambing, lembu dan banyak lagi. Dinegara-negara seperti Amerika, Eropah, Jepun, Australia, Indonesia telah banyak memajukan industri ini, manakala di Malaysia ini ialah titik permulaan dan kajian-kajian terus di buat untuk memanfaatkan produk cacing ini.

Manakala kascing (baja organik dari sisa makanan cacing) dan juga cecair cacing (worm tea) adalah produk yang boleh di komersialkan dan mempunyai potensi yang besar. Dengan adanya pertumbuhan penternak-penternak kecil dan sederhana, tidak mustahil baja organik ini dapat menggantikan baja kimia sepenuhnya.

No comments: