Friday, November 21, 2008

BISNES CACING

Selepas meletupnya penternakan lintah secara komersial kini satu lagi bidang penternakan yang dianggap tidak masuk akal memasuki pasaran. Penternakan tersebut adalah PERTENAKAN CACING untuk pengeluaran BAJA VERMIKOMPOS. Bila sebut tentang cacing pada kita ia hanyalah sejenis makluk yang tiada gunanya kepada manusia. Malah kewujudan makluk ini langsung tidak mendapat perhatian.

kINI SeMua ItU teLaH BerUbAH...Cacing kini telah memasuki era baru apabila ia dijadikan binatang ternakan seperti kambing, ayam dan lembu. Namun tujuan penternakan adalah berbeza di negara kita kerana ia hanyalah digunakan untuk mendapatkan bekalan Baja Organik yang dikenali sebagai Baja Vermikompos. Namun di negara maju penternakan cacing ini digunakan sebagai bahan extract untuk kosmetik dan sumber protien alternatif. Namun sumber penternakan kita masih kecil dan tidak mampu untuk membekalkan permintaan seperti di negara maju.


Penternakan ini masih BARU di negara kita! Kerajaan sedang mengusahakan untuk menjadikan negara kita bebas dari penggunaan baja kimia dengan memperkenalkan pertanian Organik. Ini bagi meningkatkan kualiti makanan kita dan menjadikan negara kita pengeluar tanaman untuk makanan yang utama di rantau ASIA.


kerajaan dikatakan sedang berusaha untuk menghapus penggunaan Baja Kimia dan jangkaan tidak berapa lama lagi Pengharaman penggunaan Baja Kimia akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam masa tidak lebih dari 5 tahun lagi. Dan ketika itu permintaan kepada Baja Organik sangat tinggi.


Inilah peluang untuk memulakan perniagaan penternakan. Kita perlu jadi orang terawal. Dengan Modal yang kecil dan pengurusan yang sangat mudah semua isi rumah boleh mengambil peluang keemasan ini.

No comments: