Thursday, November 6, 2008

Kelemahaan anda dipergunakan 2

Berkenaan skim pelaburan Buluh XXX yang kata :-

PAKEJ2 MENARIK YANG DI SEDIAKAN:-
1) PAKEJ ANAK SEKOLAH=>MODAL RM195 PENDAPATAN RM43.00 TOLAK 15%,PENCEN
BULANAN ANDA RM36.00 TIAP2 BULAN SEUMUR HIDUP.
2) PAKEJ REMAJA=>MODAL RM1215 PENDAPATAN RM281.00 TOLAK 15%,PENCEN
BULANAN ANDA RM238.00 TIAP2 BULAN SEUMUR HIDUP.
3) PAKEJ DEWASA=>MODAL RM3615.00 PENDAPATAN RM841.00 TOLAK 15%,PENCEN
BULANAN ANDA RM714.00 TIAP2 BULAN SEUMUR HIDUP.
===> KEUNTUNGAN 18-20% SEBULAN, SETAHUN DAH LEBIH 200%.
Kalo nk selamat, melabur secara kontrak, dlm masa lapan bulan kita dpt keuntungn 40% dr jumlah pelaburan, tp syarat untk melabur secara kontrak kena melabur lbh dr RM 10k...

Bukankah skim pelaburan ini hampir serupa dengan skim pelaburan internet SwissCash Mutual, di mana untuk setiap pelaburan, jumlah pulangan / keuntungan bulanannya sudah terjamin dari awal?

Kalau merujuk kepada fatwa yang mengharamkan pelaburan internet, apa jua pelaburan yang memberi pulangan atau keuntungan terjamin untuk tempoh tertentu, mempunyai unsur riba pelaburan kerana sykt tersebut terikat (spt meminjam wang) untuk membayar keuntungan sepanjang tempoh pelaburan. Ini yang disebut riba pelaburan.

Unsur gharar (ketidak-pastian) juga akan wujud bila anda sendiri tidak tahu menahu, dari mana datangnya pulangan / keuntungan tersebut?

Kalau keuntungan itu datang dari hasil penjualan barangan IKS, maka bukankah sepatutnya nama anda dicatat sebagai salah seorang pemilik / shareholders dalam perniagaan sykt tersebut?

Ya-lah, anda melabur untuk mendapat sebahagian keuntungan dari penjualan barangan sykt, sudah tentu anda akan turut sama menjadi shareholders sykt, betul tak?

Saya merasa cukup sangsi bila sebuah sykt perniagaan yang menggunakan distributor pelbagai tingkat (multi-level, ada upline dan downline di mana setiap orang yang kita rekomen, kita akan turut mendapat upahnya) dan melakukan pemasaran dan penjualan di luar premis perniagaan, bercakap tentang financial freedom dan usaha nak bantu orang melayu ubah kehidupan dan bangunkan industri IKS, tapi hanya mahu MENGEKALKAN CAJ RM15 KEPADA DISTRIBUTOR STICKER (Buruh kos murah) KERANA ENGGAN MENDAPATKAN LESEN AJL?

Company yang beroperasi macam sykt MLM / Direct-Selling, tapi enggan maju setapak ke hadapan dan berkembang besar kerana enggan patuh kepada lesen AJL?

Lepas tu, boleh pulak kutip deposit dari orang ramai, menawarkan skim pelaburan "Budak sekolah" dan "dewasa" dengan keuntungan bulanan 18% sebulan atau 40% mengikut kontrak 8 bulan?

Unit trust & ASB pun, TAK MAMPU BERI PULANGAN SETINGGI NI SETIAP BULAN. Even melabur dalam bank yang berniaga pinjaman kad kredit pun, dapat kutip pulangan 18% setahun. Ini 18% sebulan? Seumur hidup pulak tu?

WOW!!!!

Most probably, sykt ini akan ditutup kerana kutip deposit dari orang ramai secara haram. Bukan saya nak mendoakan benda tak baik, tapi tanda-tanda awal tuh, dah nampak jelas dah!

Itu yang saya risaukan, lebih-lebih lagi bila anda terlibat sebagai pelabur yang tamak (labur terus beli 10-20 lot).

Jangan sampai nanti anda merungut tepi jalan, jadi orang gila yang cakap... "INGATKAN DAPAT MELABUR, RUPANYA-RUPANYA DUIT AKU YANG LEBUR!!!"

No comments: