Thursday, November 6, 2008

Kelemahaan anda dipergunakan

Izinkan saya memberi pandangan 20 sen saya, agar anda dapat membuat penilaian yang adil, demi kebaikan anda sendiri.

Saya bukan ahli mana-mana parti Buluh dan pendapat yang saya berikan ini, bukan bertujuan untuk menghukum atau menilai mereka secara keterlaluan. Saya hanya berikan pandangan saya agar ia dapat membantu membuka mata dan menyedarkan anda tentang apa yang berlaku.

------------ ---------

Dari apa yang saya lihat dari respond sahabat2 dan info yang saya korek sikit-sikit tentang kes Buluh XXX ini, saya berpendapat "keinginan anda untuk mencari duit dan mencari peluang mudah" telah dimanipulasi dalam strategi pemasaran mereka sahaja.

Ya-lah, kalau saya ingin memasarkan produk IKS saya, contoh kerepek ke, saya kena buat iklan di merata tempat dan ini akan memakan kos yang sangat mahal, lebih lebih jika iklan di buat di tv, radio atau media cetak spt majalah. Tapi oleh kerana saya seorang businessman yang bijak, saya rasa saya boleh gunakan "kelemahan" orang lain, dengan perkenalkan skim "Buluh XXX".

Dalam bisnes, memang saya kena buat iklan. Tapi daripada saya kena tanggung kos pengiklanan, bukankah lebih baik saya suruh "orang desperate" ni bayar duit iklan kat saya untuk beli sticker kereta yang ada iklan saya, dan kemudian saya kasi balik duit mereka sedikit demi sedikit.

Saya caj mereka RM15, saya cakap ni mereka ni jadi promoter iklan bergerak. Boleh dapat PENCEN SEUMUR HIDUP! Orang kita ni, kalau sebut pasal dapat duit berterusan dengan goyang kaki, diaorang suka terlebih-lebih.

Lepas tu, saya kasilah mereka upah RM1 setiap bulan. Duit ni pun, duit mereka jugak sebenarnya! hehehe.

Dengan advance RM15 tu, boleh cover 15 bulan punya kos iklan. Minyak petrol mereka tanggung sendiri, sykt saya tak tanggung apa-apa melainkan kos buat sticker kereta, tapi iklan sykt saya dipromosikan ke merata rata tempat. BIJAK TAK SAYA? hehehehe

Yang bestnya, anda nak tahu? Kalau ada 10,000 orang bayar RM15, saya dah ada RM150,000 yang boleh saya laburkan dulu untuk hasilkan dividen atau pulangan. Tiap tiap bulan, saya cuma keluarkan RM10,000 saja, untuk bayar upah iklan 10,000 orang ni. Mereka cukup rajin tolong iklankan bisnes saya, dengan tanggung kesemua kos minyak mereka sendiri, tapi bisnes saya yang dapat hasil. BIJAK TAK SAYA? Hehehehe

Lepas 15 bulan, bisnes saya dah kembang dah. Sure dah banyak pelanggan dan ejen ejen promoter yang dah join. Alah, setakat bayar upah sorang RM1, promosikan iklan saya merata tempat, minyak petrol semua mereka tanggung, ok apa, jimat duit saya! Saya cakap ajelah itu pencen, tentu mereka suka! kahkahkah!!!

------------ --------- -----

Honestly speaking, apa reaksi anda bila anda dengar strategi bisnes saya yang sebegitu rupa? In bisnes terms, memang saya seorang businessman yang bijak.

Tapi anda sebagai orang awam, ADAKAH ANDA RASA ANDA BIJAK ATAU "KELEMAHAN" ANDA DIPERGUNAKAN?

Pada saya, kalau saya tolong iklankan bisnes orang lain, sykt tersebut yang sepatutnya bayar kat saya. Macam orang yang buat blog & website sendiri dan terima upah kerana letak iklan orang lain (google Adsense, Bidvertiser etc). Bukan saya yang kena bayar untuk letak iklan sticker kereta orang lain dekat kereta saya!

Dan, kalau saya nak iklan apa apa kat kereta saya, biarlah saya IKLANKAN BISNES SAYA SENDIRI. Kalau orang suka, orang beli barangan tu, saya jugak yang dapat untungnya. Bisnes saya, keuntungan hak milik mutlak saya!

Tak kisahlah nak bisnes apa pun. Jual kerepek ke, jual durian ke, jual orang ke (pembantu rumah), jual sabun ke, jual tong NGV ke, biarlah saya yang buat untung.

Bukan orang lain yang buat untung atas penat lelah saya. Itu bukan buat bisnes atau financial freedom namanya, itu jadi "balachi" / buruh kos murah (upah RM1 sebulan).

No comments: