Friday, November 28, 2008
SYUKUR
Kita patut bersyukur kerana hari ini kita masih bangun sendiri dan bukan orang lain yang mengejutkan kita. Kita mandi sendiri dan bukan orang lain yang memandikan kita. Kita pilih dan pakai baju sendiri dan bukan orang lain yang pilih dan pakaikan untuk kita kerana kalau dia yang memilih dan memakaikannya sudah tentulah bajunya dari kain yang berwarna putih. Kita berjalan sendiri keluar dari rumah dan bukan orang lain yang membawa kita keluar dari rumah. Kita boleh membaca sendiri dan bukan orang lain yang bacakan untuk kita. Oleh itu bersyukurlah kerana ALLAH masih memanjangkan umur kita. SYUKUR ALHAMDULILLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment