Asas Melabur
oleh: Irfan Khairi
Menjadi kaya bukan bererti berapa banyak pendapatan bulana anda. Tetapi, sebenarnya, bererti berapa banyak anda boleh menyimpan dan melabur pendapatan anda tersebut. Seseorang yang berpendapatan RM10,000 sebulan jikalau berbelanja RM9,500 sebulan sudah tentu tidak sekaya seseorang yang berpendapatan RM3,000 sebulan tetapi mempunyai tabiat berbelanja RM1,500 sebulan dan melaburkan bakinya. Betul tak?
Berikut adalah 3 cara bagai mana anda dapat pastikan menambahkan pelaburan bulanan anda:
1: Apabila mendapat gaji, simpankan 10% daripadanya ke dalam akaun simpanan anda yang bersasingan atau laburkan wang tersebut di ASB. Wang 10% ini adalah untuk simpanan masa hadapan dan jangan disentuh. Gunakan baki 90% dari pada gaji anda untuk perbelanjaan bulanan seperti bayaran bil, kad kredit, makan minum, hiburan dan lain lain. Cara ini memastikan anda dapat menyimpan dan melaburkan sebahagian dari gaji anda setiap bulan. Konsep ini di gelar "pay your self first"
2: anda adalah lebih dari rakan anda! Konsep ini digelar "compound interest": Mulakan pelaburan anda sekarang! Walaupun anda memulakan pelaburan anda dengan menetapkan RM100 sebulan dan anda mulakan pelaburan anda sekarang, berbanding dengan rakan anda menunggu 5 tahun dari sekarang dan menetapkan simpanan RM200 sebulan, dalam masa 15 tahun dari sekarang, walaupun anda tidak menambah pelaburan RM100 sebulan, pasti jumlah baki pelaburan
3: Amalkan sikap melabur. Bagi bumiputera, ASB patut dijadikan pilihan pertama oleh kerana ia mudah dan terjamin. Dengan menetapkan satu jumlah tertentu untuk dilaburkan pada setiap bulan (sebagai contoh, RM100 setiap bulan selama setahun), berbanding dengan melaburkan satu jumlah besar pada bulan-bulan yang tertentu dan tidak melabur pada sesetengah bulan (sebagai contoh, melabur RM200 pada bulan March, RM300 pada bulan Julai dan RM500 pada bulan November) anda dapat meraih keuntungan dividen yang lebih secara keseluruhan. Konsep ini digelar "dollar cost averaging"
Moga dengan 3 tips pelaburan ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam dunia pelaburan :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment