Membeli Rumah
oleh: Irfan Khairi
Membeli rumah barangkali adalah pelaburan paling mahal anda akan lakukan seumur hidup anda. Tetapi, tahukah anda, dengan mengikuti beberapa tips mudah, anda akan dapat mengurangkan kadar bayaran bagi rumah anda? Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh anda gunakan untuk bayaran rumah anda:
1: Bayar bayaran bulanan rumah anda 2 kali sebulan. Sekali pada awal bulan, dan bakinya di pertengahan bulan. Sebagai contoh, jika selalu anda membayar RM1,000 tiap tiap hujung bulan, ubah cara anda dan bayar RM500 pada awal bulan, dan selebihnya RM500 pada pertengahan bulan. Dengan melakukan ini, anda berjaya mengurangkan kadar faedah sepanjang hayat pinjaman perumahan anda. Dengan cara ini sahaja, anda akan berjaya mengurangkan kadar jangka hayat pinjaman rumah anda tanpa menambah jumlah bayaran bulanan. Ini adalah kerana kadar fauedah pada tiap-tiap bulan dapat dikurangkan dengan membahagikan bayaran anda.
2: Apabila membeli rumah, bayar 2 bulan bayaran rumah anda terlebih dahulu. Jikalau bayaran bulanan rumah anda adalah RM1,000. Cuba cari jalan untuk membayar RM2,000 pada mulanya jangka hayat pinjaman rumah. Dengan membayar dua kali ganda bayaran bulanan rumah anda pada permulaan walaupun sekali, anda akan mengurangkan jumlah jangka hayat pinjaman anda kepada beberapa tahun. Dengan hanya membayar lebih pada permulaan pinjaman, anda dapat menjimat beberapa tahun bayaran bulanan!
3: Bayar 10% lebih dari bayaran bulanan rumah anda. Jikalau bayaran bulanan adalah RM1,000, cuba bayar RM1,100 sebulan. Dengan melakukan ini, anda akan dapat menjelaskan jumlah bayaran rumah anda dengan lebih pantas. Tahukah anda, selepas menjelaskan kesemua bayaran rumah anda (kebiasaannya 30 tahun), anda sebenarnya telah membayar berkali-kali ganda harga rumah tersebut? Ini adalah kerana sejumlah besar dari bayaran anda akan membayar faedah pinjaman. Oleh itu, dengan menambahkan jumlah bayaran bulanan walaupun sedikit, anda berjaya mengurangkan faedah yang dikenakan.
Moga dengan tips ini, anda akan dapat berjimat atas aset anda yang paling berharga!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment