Thursday, November 6, 2008

Cacing : Hama

Sebenarnya apa juga bahan mereput yang kita guna akan mengundang hama dan kutu - kebetulan serbuk gergaji is the worst culprit dan untuk mengusir sila gunakan daun limau dan dikebas kebas pada affected area dan kalau dah critical sangat tukarkan kemedia baru. Hama dan kutu ni ada bermacam rupa/jenis, warna putih,warna merah - panjang ceritanya dik oi! (entah siapa tanya) Daun limau yang Parkman maksudkan adakah daun limau purut ,limau kasturi atau limau nipis....saya dah nampak caranya iaitu ambil seranting atau dua kemudian dikebas kebas diatas permukaan media ( buat macam tok bomoh rawat orang sakit).Semua jenis daun limau bolih diguna,okey,okey I cerita panjang sikit,jangan get bored dan jangan kutuk I beri ceramah plak:-Langkah langkah pencegahan: Sarang/media yang terlalu basah akan mengundang pembiakan hama dan kutu - Langkah pencegahan - ELAKAN sarang/media jadi terlalu basah dengan mengatur jadual siraman, perbaiki saliran air dan sarang/media diaduk seminggu sekali. Terlebih beri makan akan menyebabkan fermentasi makanan didalam sarang/media dan mengurangkan pH - buat jadual makanan supaya semua makanan akan habis didalam beberapa hari,pastikan sarang/media pada tahap neutral pH7(guna calcium carbonate)untuk stabil pH.Makanan lembik berair- sayuran yang mengandungi kandungan air tinggi akan menyebabkan banyak ulat/hama, hadkan pengunaan makanan jenis ini.Langkah langkah berikut adalah sementara TERKECUALI pengurusan sarang/media dibuat dengan teratur:
1. Bungkar sarang/media dan jemur untuk beberapa jam dibawah sinar matahari.
2. Hamparkan surat khabar lembab diatas permukaan sarang/media, buangkan selepas hama dan kutu melekat, ulang lagi sehingga hama dan kutu berkurangan.
3. Letak potongan buah tembikai atau potongan kentang diatas sarang/media dan buat seperti no.2 kat atas.
4. Basahkan sarang/media tapi jangan sampai banjir-hama/kutu akan naik kepermukaan,cacing tinggal dibawah dan apa lagi!! guna kaedah pembakaran dipermukaan (surat khabar,bunsen burner)dan bunuh hama dan kutu kutu tuu!!.
5. Basahkan sarang(seperti 4)hama/kutu naik kepermukaan- taburkan belerang (belerang tidak akan memudaratkan cacing) tetapi akan menyebabkan sarang/media jadi acidic..bab ni cacing sure tak suka.

No comments: