Thursday, November 6, 2008

Cacing : Vermitea

Bahan diperlukan:

  1. Bekas plastik (5-10 liter)
  2. Pam akuarium (beli yg paling murah pun tak pa)
  3. Kain buruk yang jarang
  4. Vermikompos
  5. Gula merah (molases)
  6. Air paip bertapis


Cara buat.

  1. Bungkus vermikompos, agak-agak segengam dalam kain yg jarang
  2. Masukkan air pada paras 3 suku dalam bekas plastik (bekas cat 5 liter)
  3. Campurkan dua sudu gula merah
  4. Pasangkan pam aquarium dalam air (untuk tujuan circulation dan pengudaraan.
  5. Kemudian masukkan bungkusan kompos dalam air, pastikan ianya terendam
  6. Kemudian biarkan selama 48 jam
  7. Lepas tu guna secepat mungkin, sebab tak boleh simpan lama. Cara guna dengan semburan foliar atau siram pada pangkal pokok.

Nota:

Teh vermikompos dipercayai mempunyai banyak mengandungi bakteria baik dan juga mempunyai kualiti sebagai zat penggalak tumbuh dan juga penghalang serangga dan penyakit.
Tujuan membuat kompos teh adalah untuk membiakkan bakteria baik tersebut dengan banyak.

No comments: