Monday, December 15, 2008

MINAT KITA

Apakah kerja atau kerjaya yang kita pilih sekarang ini adalah yang betul-betul kita suka atau senangi?

Bagaimana nak tahu sama ada pilihan kita ini benar-benar menepati citarasa kita atau kita terpaksa terima atas sebab tidak ada pilihan lain lagi dah?

Di bawah ini ada beberapa soalan. Cuba jawab dalam hati (tak perlu beritahu saya atau sesiapa). Jawab dengan ikhlas yer...

  • Jika diberi pilihan, apakah kerja yang paling anda sukai?

  • Jika diberi kerja ini, apakah anda akan berasa sangat seronok hinggakan Mak Mertua lalu kat belakang pun tak perasan? (Tak sedar masa berlalu)

  • Apakah dengan kerja yang dipilih itu, anda berasa sangat seronok dan tidak memerlukan apa-apa bayaran pun? (Saya seronok menulis di blog ini untuk berkongsi pengetahuan secara percuma)

  • Apakah yang anda lakukan sangat memuaskan hati anda?

  • Apakah yang anda akan lakukan untuk menghasilkan keputusan atau matlamat yang terbaik?

  • Siapakah idola anda? Mawi? Ekin? Atau diri anda sendiri?

  • Soalan terakhir, apakah pekerjaan atau aktiviti yang bagi anda terlalu mudah untuk melakukannya tetapi menjadi terlalu sukar bagi orang lain?

Sunday, December 14, 2008

Jangan cuba-cuba nak mencuba

" Jolly Shandy: Arak Alaf Baru yang mengelirukan !!!
PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE.

Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.


HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM.................

Jolly Shandy now comes in a great new packaging that is energetic and youthful looking. Along with the original Lemon flavour, Jolly Shandy has also introduced a brand new Orange flavour. Both the Lemon and Orange flavours pack a tangy great taste as well as added Vitamin C for that refreshing feeling.

Jolly Shandy is the perfect drink for today's young and trendy who live a lifestyle by the adage 'Refreshingly Different'. Jolly Shandy Lemon & Orange flavours are available in 320ml cans nationwide.

Maaf

Saya minta maaf kerana dah lama tak post.

2,3 hari ni pinggang saya ada rasa sakit-sakit.
Duduk ni pun ada rasa gak.

Fenomena(?) ni bermula pada suatu petang, saya mencabut rumput. Tiba-tiba ada bunyi lak kat pinggang tu.

Makan majun tak ok gak. Pergi hospital, kena satu jarum hilang sakit. Bila balik rumah sakit lagi.

Pergi berurut, lepas urut lega sikit. Hari ni ada rasa sengal-sengal lagi.

Tak apalah. Mungkin Tuhan nak bagi peringatan supaya jangan berlagak sangat sepanjang masa menumpang di muka bumi Dia ni.

Thursday, December 11, 2008

PESANAN PENAJA......

Blog usahawancacingkemaman bukanlah semata-mata ingin mengajak Tuan/Puan ternak cacing. Jangan salah faham, yer!!!

Logo Usahawan Cacing Kemaman seperti di atas adalah untuk membalas jasa Kosmo kerana telah mempromosikan perniagaan saya.

Blog menggunakan nama usahawancacingkemaman pula ialah untuk mempromosikan perniagaan / kegiatan saya sekarang.

Tujuan utama blog ini diujudkan pula adalah untuk berkongsi ilmu, berkongsi cerita dan ada kalanya merapu.

Merapu ini pula adalah dari diri saya sendiri.

Jika ada antara post-post ini menarik perhatian Tuan/Puan, apa salahnya jika Tuan/Puan mengajak kawan-kawan, sahabat dan keluarga Tuan/Puan untuk melayari: usahawancacingkemaman.blogspot.com.

Segala-galanya percuma.

Bila blog ini makin ramai pengunjung, saya jadi semakin bersemangat untuk menulis pengalaman saya dan pengalaman orang lain.

Benda yang baik, ada baiknya dihebahkan.

Wednesday, December 10, 2008

TEKNIK PEMASARAN


Cik Kak
kita ni
nak jual tudung
ke
nak jual
tuan tudung?

TEKNIK PEMASARAN



Kesian kat balak ni.....

RAHSIA MENJADI JUTAWAN

INI ADALAH RAHSIA BAGAIMANA DENGAN DUA PULUH SEN PUN BOLEH MENJADI JUTAWAN.

OLEH KERANA SKRIP ASAL DALAM BAHASA INGGERIS, JADI SAYA POST DALAM BAHASA TU JUGAK LA.

MORAL OF THE STORY IALAH, UNTUK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN, MODAL BUKANLAH PERKARA POKOK.......

A 30-years old young man reached the milestone of having RM100,000,000 in his bank account. A reporter asked the man how he made his money.

The guy fingered his white Pemuda vest and said, "Well, it was 1999. The depth of the Kemelesetan Ekonomi. I was down to my last 20 cents.

"I invested that 20 cents in an apple. I spent the entire day polishing the apple and, at the end of the day, I sold the apple for 40 cents.

"The next morning, I invested those 40 cents in two apples. I spent the entire day polishing them and sold them at 5:00 pm for a ringgit. I continued this system for a month, by the end of which I'd accumulated a fortune of $15.50.

"Then my wife's father became the prime minister and i got loans here and there to buy stakes at companies which eventually got all these government projects.That's how i made my millions."

Warna boleh selesai masalah?


Apakah warna yang paling banyak yang anda gunakan dalam perniagaan anda. Misalnya warna logo, business card dll.

PUTIH - kesucian

HITAM - kemewahan

KUNING - amaran

BIRU - kepimpinan

UNGU - royalty

HIJAU - alam semulajadi

MERAH - menarik perhatian

Tuesday, December 9, 2008

HADIS

"Bekerjalah untuk dunia sekadar mana engkau tinggal di dalamnya, bekerjalah untuk akhirat sekadar mana engkau kekal padanya, bekerjalah untuk neraka sekadar mana engkau mampu bersabar terhadapnya dan beramallah untuk Allah sekadar mana engkau berhajat kepadanya"

Di ceritakan bahawa sesetengah raja pada zaman dahulu kala menyuruh khadamnya menulis hadis ini dengan menggunakan dakwat air emas dan beliau menilik padanya dengan mengambil iktibar, pada setiap hari.

Monday, December 8, 2008

Crude Oil $43.33

Harga minyak mentah dunia pada hari ini ialah USD43.33.

Berapa harga yang sepatutnya bagi satu liter petrol di stesyen minyak?

Dulu barang-barang keperluan harian naik sebab ada ura-ura minyak nak naik harga. Bila dah betul-betul naik, harga barang naik lagi dan lagi dan lagi.

Bila harga minyak dunia turun mengapa harga barang nampak macam segan nak berubah?

Mengikut pandangan saya yang taraf pendidikan setakat SPM gred 3 ni, harga barang tidak turun sebab keluaran mereka tidak ada persaingan. Nak tak nak kita terpaksa beli juga. Mahal beli, murah pun beli.

Satu lagi ialah sebab networking pengeluar barangan ini sangat kuat, teguh, mantap dll. Bila ketua mereka kata harga barang A mesti dijual dengan harga RM10, maka semua peniaga akan jual pada harga RM10.

Ketua mereka juga cepat meramalkan apa yang akan berlaku bila sesuatu peristiwa berlaku. Kehidupan mereka ialah perniagaan. Budaya mereka ialah perniagaan.

Siapa mereka?

Siapa kita?


Sunday, December 7, 2008

PILIH MISKIN ATAU KAYA?

Ada orang bertanya, "Mengapa anda nak jadi kaya sangat? Bukannya boleh bawa ke kubur kalau pun harta bertimbun!"

(maaf, saya kurang suka biru...)

Jawapannya....saya ingin menjadi kaya bukan sebab nak bawa semua harta ke kubur, cukup lah kain kafan jer (kalau mati syahid?) Saya ingin tinggalkan semua harta supaya ia memberikan manfaat kepada orang lain (yang masih hidup).

Kepada bini dan bini-bini untuk digunakan sebagai pemangkin kepada kelangsungan @ keterusan hidup agar tidak mengalami nasib seperti kisah mak janda malang. Dah la mati laki... kesian.....!!!

Kepada anak-anak, agar harta tersebut dapat membantu mereka meneruskan hidup dan mendapat pendidikan yang sempurna untuk masa depan mereka.

Kepada ibu & bapa, untuk mengubat sedikit kesedihan kerana kehilangan seorang anak.

Kepada bank & pemiutang-pemiutang yang lain agar tidak mengganggu di akhirat kelak kerana menuntut hutang yang tertangguh.

Sekarang, cuba tanya pada diri sendiri pula :
"Mengapa anda nak mati dalam keadaan miskin?"

Sudah lah tidak meninggalkan sebarang harta @ kebaikkan kepada keluarga... malah menyusahkan mereka dengan hutang-hutang anda.

Nanti orang kata :
"Sudahlah hidup menyusahkan orang, dah mampooos pun mmenyusahkan orang lagi!!!"

Syahdu bunyinya.............

AZAM 2009

Setiap kali menetapkan sesuatu matlamat, mesti tunggu tahun baru. Nasib baik la tahun baru 2009 tak sampai sebulan lagi dah.

Apa kata mulai saat ini kita (saya) tetapkan matlamat kita (saya) serta-merta. Matlamat atau azam biasanya dikaitkan dengan ingin menjadi kaya. Miskin harta tapi kaya budi bahasa di kira kaya jugak la....

Ramai antara kita (saya) tidak bercita-cita, tidak bermatlamat dan tidak pernah berazam untuk menjadi kaya. Pada masa yang sama, ramai yang mengharapkan kekayaan. Ramai juga yang berdoa mengharapkan kekayaan. Pelik nih! Langkah yang paling penting yang kita (saya) terlupa adalah untuk membuat keputusan menjadi kaya.

Mulai saat ini, tetapkan matlamat kita (saya) untuk membebaskan diri dari masalah kewangan. Tanamkan niat di hati bahawa kita (saya) akan berkorban dan berusaha untuk mencapai matlamat kewangan tersebut.

Tanpa membuat sebarang keputusan, matlamat kita (saya) akan jadi kabur. "Jadi kaya tak apa, tak jadi kaya pun tak apa"

Mulai saat ini, tetapkan keputusan untuk menjadi orang yang bebas dari masalah kewangan. Tetapkan keputusan untuk memulakan perniagaan.

Keputusan ini akan memberi fokus kepada kita (saya) untuk mencapai matlamat.

Friday, December 5, 2008

NIGHT CRAWLER EKOR BERCABANG

Petang tadi masa saya tengah belek-belek cacing kesayangan, saya terjumpa seekor Night Crawler mempunyai ekor bercabang. Ini bukan 'cobaan' tapi kenyataan. Kalau cacing tu masih hidup lagi esok, Tuan/Puan boleh lihat sendiri.

Ekor yang satu lagi tu terletak di tempat yang biasanya keluar telur.

Untuk membesarkan gambar, sila klik pada gambar yang berkenaan. Perhatikan betul-betul.

NIGHT CRAWLER EKOR BERCABANG




NIGHT CRAWLER EKOR BERCABANG



Komen dari seorang pengunjung

1. Vermikompos ialah istilah baja organik yang dihasilkan oleh cacing. Tidak sepatutnya di gunakan untuk jenama produk anda. Pertimbangkan jenama
AMARAM Vermikompos
(alternatif kepada baja kimia)

2. Pertimbangkan untuk menyemak kebaikan produk anda

dari:

  • Mesra alam
  • Membaik pulih struktur tanah
  • Mengurangkan risiko serangan penyakit dan
  • Meningkatkan kesuburan tanah, kualiti & hasil
  • Tanaman
  • Mengurangkan kos pertanian

Kepada

  • Mesra alam
  • Membaik pulih struktur tanah
  • Mengurangkan risiko serangan penyakit
  • Meningkatkan kesuburan tanah, kualiti & hasil Tanaman
  • Mengurangkan kos pengeluaran
3. Apabila bercakap tentang baja pembeli ingin mengetahui kandungan baja anda spt
N:P:K:Mg

4. Apabila bercakap tentang baja organik pembeli yang berpengetahuan dalam pertanian akan bertanya tentang C/N ratio. adakah C/N ratio melebihi 20?

5. komen 3&4 hanya akan terjawab apabila baja anda di hantar ke makmal untuk di analisis. Makmal yang terdekat dgn anda ialah makmal felda di kuantan. kalau tak salah felda mengenakan RM20 setiap analisa kandungan dan C/N ratio.

Dengan adanya perkara diatas produk anda akan lebih dianggap komersil. Saya bercakap atas dasar sebagai seorang pengamal pertanian.

Wednesday, December 3, 2008

Tolong beri komen sikit


Saya akan buat label untuk baja keluaran saya. Tapi saya rasa ada sesuatu yang kurang pada gambar ini.

Kepada pelawat yang disegani, sila beri sedikit komen Tuan/Puan untuk mencantikkan lagi.

Tuesday, December 2, 2008

Entah la... Tak ada idea

When there's a problem, there's an opportunity !!!

Cari sesuatu masalah, kemudian berikan penyelesaian dalam bentuk perniagaan. Nak percaya, percaya. Tak nak percaya, sudah. Kebanyakkan perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang menyelesaikan sesuatu masalah.

Sekarang musim hujan. Apa kata kalau kita jual payung/baju hujan? Ada orang jual ubi kayu.

Idea perniagaan ada di mana-mana. Setiap hari, mungkin kita sendiri menghadapi sesuatu masalah. Mungkin juga beribu-ribu orang lain menghadapi masalah yang sama. Apa kata kita ambil peluang daripada masalah itu?

Musim hujan jual cacing pun laku tapi tak boleh hantar.

Tempahan 20 kg African Night Crawler sepatutnya hantar 01 Dis, terpaksa tangguh dulu. Jalan Marang ke Bukit Kulim terputus di dua tempat. Deposit 50% dah ambil...alahai.

Ketika ini hujan masih turun. Jalan alternatif ke Bukit Kulim ialah melalui jalan Jerangau-Jabor terus ke Bukit Payong kemudian masuk jalan Gondang. Masalahnya bini nak ikut.
Kalau tak, masa balik boleh singgah kedai Mak Janda.

BACA JANGAN TAK BACA

Salah satu rahsia peribadi-peribadi yang menjadi jutawan ialah suka mencari ilmu. Cara paling senang nak dapat ilmu ialah .dengan membaca. Berapa banyak buku (tak termasuk buku 555) yang perlu dibaca? Ala...tak banyak.

Irfan Khairi : 400 buah
Azizi Ali : 700 buah
Dato' Ghazali : 6000 buah. (3 buah seminggu)
Patut la dia jadi multimillionaire.

Saya?
Sepanjang 2008 baru sebuah buku bertajuk Rahsia Bisnes Orang-orang Cina. Itu pun beli masa boring tunggu bas kat Melaka Central nak balik ke Kemaman. Peluang nak jadi jutawan jauh lagi la.

Dari Kreatif Ke Inovatif

Perniagaan style dulu-dulu berasaskan kreativiti. Sekarang cara itu sudah ketinggalan zaman. Cepatnya masa berlalu hinggakan tidak terkejar oleh akal. Naik buntu, lebih-lebih lagi sekarang ni musim hujan.

Inovatif?
Benda apa lak ni?
Cuba tambahkan 10% dari kreativiti untuk menghasilkan inovatif.

Bleh bagi contoh?
Nanti la...
Hujan-hujan ni idea tak mari. Server jam.... hehehehe!!!!

Post yang akan datang saya akan cuba berikan contoh-contohnya.