

| | Picture 40/71 | ||
| | |||
KITA sering bertemu banyak halaman rumah tidak bertanah sama ada disimen ataupun dipasang jubin keseluruhannya. Bila bertanya kepada tuan rumah, antara jawapan yang biasa kita dengar, “Tak pandai tanam pokok; tak serasi; tangan panas, apa yang ditanam semuanya mati”.
Pada saya, sebab utama adalah kerana ramai di kalangan masyarakat kita tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai penanaman itu sendiri. Kita semua suka pada pokok bunga yang cantik, cukup teruja bila melihat pokok mangga siam jiran sebelah rumah berbuah lebat. Tapi ramai yang terlupa, tumbuhan itu adalah makhluk bernyawa, perlu makan minum, serta penjagaan seperti manusia.
Kali ini, saya akan berkongsi dengan pembaca sebab utama pokok atau tumbuhan itu mati.
# Kekeringan Tanah
Semua makhluk perlu air untuk hidup termasuk tumbuhan. Banyak spesies tumbuhan dapat bertahan dalam keadaan tanah kering atau jadual penyiraman tak menentu. Namun kegagalan membekalkan air mencukupi terutama sewaktu tumbuhan mulai bertunas boleh mengakibatkan pucuk muda menjadi layu seterusnya menyebabkan tumbuhan mati.
# Terlebih Siraman
Antara sebab utama tumbuhan berpasu mati adalah akibat terlebih siraman. Siraman yang terlalu kerap atau berlebihan menyebabkan akar rambu sentiasa basah, seterusnya menjadi rosak. Akar yang rosak menyebabkan tumbuhan gagal menyerap air dan nutrien yang diperlukan. Kesudahannya pokok menjadi layu, daun gugur dan akhirnya mati.
# Cahaya Matahari Berlebihan
Kematian tumbuhan akibat pancaran terik matahari terjadi kepada jenis tumbuhan yang berasal daripada tempat teduh atau terlindung, dipindahkan secara mengejut ke kawasan yang terdedah kepada pancaran terus matahari. Perubahan suhu secara mendadak menyebabkan daun seperti tercelur dan hangus, seterusnya pokok boleh mati.
# Kekurangan Cahaya
Tumbuhan memerlukan cahaya yang mencukupi untuk aktiviti fotosintesis. Pencahayaan yang suram di dalam rumah seperti di ruang tamu atau sudut yang jauh dari tingkap, walaupun tidak membunuh tumbuhan dalam jangkamasa pendek, namun suasana sebegini menyebabkan daun cepat bertukar menjadi kuning dan gugur. Kadar pembesaran tumbuhan menjadi terencat dan tidak akan berbunga. Untuk menjamin kesegaran pokok di kawasan seperti ini, tukarkan ia setiap dua minggu sekali.
| Nama (Malay Name) | Mambu |
| = Sadu, Lemambu | |
| Keluarga (Family) | MELIACEAE |
| Nama Saintifik (Scientific Name) | Melia indica Brandis. |
| Azadirachta indica A. Juss. | |
| = Melia azadirachta L. | |
| Saiz Biasa (Size) | 1 cm |
| Nama Lain (Other Names) | Margosa |
| = Nim, Neem | |
| Nama Thai (Thai Name) | Sadao India |
| Jurufoto (Photographer) | CS Ooi |
Buah pokok Mambu (Fruits of the Margosa tree)
Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada
seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai
seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan
seseorang yang anda cintai.Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa.Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.
.Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.
Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta
itu berputik di dalam hatinya. . Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.
Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan .
Oleh HAMZAH SARAH
rencana@kosmo.com.my
Setiap kilogram cacing yang diternak akan bertambah menjadi empat kilogram dalam masa dua bulan dengan harga jualan mencecah RM450 hingga RM500 sekilogram.
Malah, ketika beliau memulakan perusahaan itu, ada segelintir pihak yang bersikap negatif dan memandang serong terhadap usahanya itu.
“Ramai yang ketawa apabila saya memberitahu akan mengikuti kursus penternakan cacing di Kangar, Perlis pada awal tahun lalu.
“Ada juga yang anggap saya kurang siuman kerana mahu melibatkan diri dalam perniagaan yang mereka anggap kotor dan sia-sia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanah Lot Binjai, Kemaman, Terengganu.
Melalui syarikatnya, Agro Bioline Centre, beliau kini menjadi pembekal cacing untuk pasaran luar negara terutama ke China bagi dijadikan salah satu ramuan dalam produk kosmetik.
Menurutnya, beliau sendiri tidak menyangka usahanya menternak cacing menjanjikan pendapatan lumayan dengan harga jualan mencecah RM450 hingga RM500 sekilogram (kg).
MAKANAN cacing yang diternak oleh Amaram Ismali ialah batang pisang yang dipotong dan dicampur dengan najis kambing. |
Menurutnya, setiap kilogram cacing yang diternak akan bertambah menjadi empat kilogram dalam masa dua bulan.
“Sebenarnya, cacing yang diternak bukan cacing yang berasal dari negara ini tetapi diimport dari Australia,” katanya.
Penjagaan cacing tidak sukar kerana cacing tersebut akan diletakkan di dalam satu bekas yang dicampur dengan makanannya iaitu batang pisang yang dipotong dan dicampur dengan najis kambing.
Menurutnya, cacing berkenaan tidak perlu diperiksa setiap hari kerana ia tidak mudah mati.
“Cuma, apa yang perlu dibuat ialah sentiasa membasahkan cacing dan meletakkannya di tempat yang lembap. Makanan perlu ditambah seminggu sekali kerana jika habis, cacing akan merayap untuk melepaskan diri,” tambahnya.
Beliau berkata, setiap kotak yang diisi cacing perlu ditutup dengan jaring halus bagi mengelak dimasuki musuh perosak seperti semut dan kumbang.
Amaram berkata, najis cacing yang terdapat dalam bekas pula boleh dijadikan baja dan dijual pada harga sehingga RM15 sekilogram.
“Baja najis cacing boleh menyubur tanaman dan sayuran manakala airnya pula digunakan untuk menyubur pohon bunga di halaman rumah.
SETIAP kotak yang diisi cacing perlu ditutup dengan jaring halus bagi mengelak dimasuki musuh perosak seperti semut dan kumbang. |
Katanya, cacing dewasa boleh membesar sehingga 12 inci panjang dan boleh bertelur sebanyak 48 biji setahun.
Beliau yang kini menjadi pembekal cacing di pantai Timur terutama Terengganu dan Pahang sentiasa sibuk memenuhi permintaan pelanggan yang tidak pernah putus.
“Maklumlah, ini adalah produk terbaru yang tidak perlu penjagaan rapi tetapi menguntungkan dan semakin mendapat permintaan yang tinggi,” tambahnya.
Mereka yang berminat untuk mencuba atau mendapat keterangan lanjut mengenai penternakan cacing daripada spesies berkenaan boleh menghubunginya di talian 019-9040155.