Saturday, November 1, 2008

Galak Bela Cacing

TEMERLOH, PAHANG 8 Sept (Hrkh) - Pengerusi Pertanian, Industri Asas Tani dan Tembatan Banjir Negeri, Law Choo Kiang menggesa masyarakat petani berani menceburi bidang ternakan cacing kerana ia mempunyai potensi besar pada masa hadapan.

Ujarnya, ternakan cacing baka Indonesia dan Australia boleh menambah pendapatan petani moden kerana ia tidak perlu keluasan tanah sebaliknya boleh dilaksanakan secara bertingkat di bawah satu bumbung.

“Kerajaan Negeri Pahang percaya ternakan cacing berbaka baik bukan sahaja menambah pendapatan seseorang malahan turut membantu negeri memperkembangkan ekonomi,” jelasnya pada Harakahdaily ketika mengadakan lawatan kerja ke Kampung Kubang Menerong, Tasek Gelugor melihat projek usahawan muda, Abdul Halim Saidin, 40.

Kerajaan Negeri Pahang sentiasa menggalakan mana-mana individu yang datang daripada kelompok petani agar berusaha sama ada perseorangan atau berkelompok memandangkan industri itu masih baru.

Kata Law, tanpa keluasan tanah seseorang itu boleh menambah kewangan peribadi asalkan minat yang mendalam serta menyertai kursus yang ditawarkan dari semasa ke semasa.

“Kerajaan negeri Pahang sentiasa mengalakan mana-mana individu yang berminat melaksanakan pertanian bercorak moden berteraskan pertanian seperti ternakan lintah, burung walid serta cacing,” tegasnya.

Menyentuh mengenai pasaran, beliau menegaskan, permintaan terhadap ternakan ini tidak mencukupi untuk kegunaan domestik.

“Bila cacing cukup besar penternak akan menjual kepada pemborong atau pusat ternakan di Sungai Besar, Selangor,” tambahnya. - mns/mks.

Sumber: Harakahdaily.net

Vermikompos

Penghasilan baja kompos menggunakan cacing tanah adalah salah satu lagi cara bagaimana baja organik bermutu tinggi boleh dihasilkan. Aktiviti ini dapat menjana pendapatan sampingan dan tambahan kepada petani. Aktiviti in hanya melibatkan penggunaan bahan buangan pertanian dari sisa ladang seperti jerami padi, batang jagung, hampas kelapa atau bahan-bahan pertanian terbuang yang separuh reput dan sesuai di campur dangan najis haiwan seperti tahi lembu, tahi kambing dan tahi ayam yang usang sebagai bahan makanan kepada cacing tanah yang diternak.

Baja kompos berkualiti yang akan diperkenalkan adalah “Vermikompos”. Ianya adalah bahan organik hasil dari campuran vermicast iaitu tahi cacing yang dikeluarkan selepas memakan sisa bahan tumbuhan dengan najis haiwan tadi dengan tinggalan reputan bahan organik yang tidak sempat dimakan oleh cacing tetapi mengalami proses pereputan sepenuhnya oleh mikrob.

Komponen vermicast yang terbentuk dari aggregat-aggregat kecil yang disatukan oleh sebatian organik polisakarida dapat memperbaiki struktur tanah dan mengandungi pelbagai jenis hormon dan enzim yang dikeluarkan oleh jutaan mikrob yang terdapat dalam perut cacing.

Campuran vermicast dengan kompos hasil dari reputan bahan organik oleh microorganisma disahkan kaya dengan humus dan unsur-unsur pemakanan seperti nitrogen, kalium, fosforus, kalsium, magnesium dan boron serta mengandungi 1000 kali-ganda mikrob lebih dari tanah biasa. Antara bakteria-bakteria yang didapati dalam vermikompos ini adalah aerobik dan ‘nitrogen leberating backteria’, Lactobacillus sp. (penguraian bahan organik), Pseudmonas sp. terutama P. aeruginosa (mengeluar hormon dan enzim untuk pembesaran pokok), Alkaligenes sp., Azobacter sp. (pengikat nitrogen kepada nitrites), Aktinomisit sp. dan lain-lain. Hasil daripada penyelidikan di Canada, New Zealand dan Amerika Syarikat menunjukkan penggunaan vermikompos pada tanaman boleh menambah hasil tanaman dari 70% hingga 300%.

Petikan dari Buku Pembiakan Cacing (Vermilultur) & Pengeluaran Vermikompos
Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2008

Vermicompos Halal Ke Haram?

vermi yg bermaksud tahi cacing terhasil dari proses pembuangan tinja cacing selepas proses pemberian makanan kepada cacing yg diternak. Persoalan yang timbul dewasa ini sesetengah vermikompos boleh dikategorikan sebagai haram, walhal semua kita tahu cacing bukanlah binatang yang haram dipegang/dimakan oleh umat Islam.

Hal ini dapat diketahui setelah melihat dgn teliti cara penjagaan atau lebih tepat iaitu pemberian makanan kepada cacing tersebut. Semua kita tahu bahawa hanya sesetengah cacing sahaja yg boleh dikomersialkan kerana menghasilkan kompos atau kerana jenis cacing ini adalah jenis menguraikan tinja haiwan lain.

Dalam mana-mana kursus ternakan cacing, penternak disyorkan menggunakan tinja kambing/lembu kerbau atau mana2 tinja ternakan ruminan sebagai makanan/media cacing. Apa yang menjadikan sesuatu vermikompos itu haram adalah apabila penternak khasnya penternak yang bukan muslim menggunakan tinja khinzir sebagai ramuan kepada penghasilan media cacing. Hal ini mungkin tidak diketahui kesalahannya oleh penternak bukan muslin itu sendiri, tetapi sebagai pengguna muslim, kita haram menggunakan baja hasil dari tinja khinzir ini kerana ianya haram dari sudut syarak.

Oleh itu pengguna baja organik di luar sana dinasihatkan bertanya kepada penjual/pengeluar sesuatu jenis baja organik itu kandungan yang digunakan utk menghasilkan baja yg di beli. Kami sebagai pengeluar baja organik muslim tidak ada kompromi dalam mengunakan tinja khinzir ini sebagai ramuan dalam penghasilan baja organik kami, ianya dijamin HALAL.

Awas! Baja Organik Dari Tahi Babi

KUALA LUMPUR 30 Mac - Selepas digemparkan isu makanan halal dan haram tidak lama dahulu, Persidangan Dewan Rakyat hari ini didedahkan pula dengan penggunaan baja organik dari China yang mempunyai bahan utama berasaskan najis babi.

Lebih mengejutkan, Datuk Seri Syed Razlan Jamalullail (BN-Arau) yang membangkitkan perkara itu berkata, baja berasaskan najis babi itu telah digunakan secara meluas khususnya di kawasan penanaman padi sejak kira-kira empat atau lima tahun lalu.

Beliau yang ditemui pemberita selepas itu berkata, kewujudan baja tersebut disedarinya kira-kira dua tahun lalu apabila dimaklumkan oleh seorang pegawai pertanian berketurunan Cina yang kebetulan terbaca mengenai makluman kandungan yang tertera pada bungkusan baja itu.

“Waktu itu saya sedang melawat kawasan penanaman padi dan kemudiannya pesawah di situ pun terkejut sebaik dimaklumkan kerana tidak tahu yang selama ini mereka guna baja berasas najis babi memandangkan makluman kandungan yang tertera adalah dalam bahasa Mandarin.

“Ini satu perkara yang perlu ditangani segera kerana ia melibatkan soal hukum, jika tidak mengenai makanan sekalipun, ia tetap terkena para petani yang menggunakannya,” katanya.

Tambah Syed Razlan, menurut maklumat yang diterimanya, baja organik China mula dibawa masuk ke negara ini kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding negara lain seperti Jerman, Jepun dan keluaran tempatan.

“Harga modal baja organik China hanya sekitar RM100 setiap tan berbanding baja organik tempatan yang berharga RM800 setiap tan dan dari Jepun pula mencecah RM4,000 setiap tan.

“Bagaimanapun janganlah kita lihat ia dari segi harganya sahaja kerana jauh lebih penting apakah orang yang beragama Islam tergamak hendak makan sesuatu hasil tanaman yang menggunakan najis babi sebagai baja.

“Pesawah di tempat yang menggunakan baja China ini terus mandi longkang untuk samak apabila saya beritahu tentang hal ini dan ini menunjukkan para petani sendiri tidak mahu gunakan baja jenis ini walaupun harganya rendah,” jelasnya.

Menurut Syed Razlan, sebagai jalan keluar daripada masalah ini, baja-baja organik yang diimport iaitu bukan sahaja dari China tetapi juga dari negara-negara lain harus diselidiki terlebih dahulu untuk pastikan bahan asasnya.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Tuesday, October 28, 2008

Kursus Ternak Cacing 23 Feb 08

Photo Album: /Kursus/Perlis2008
Prev Picture:
IMG_2683
Picture 40/71
IMG_2684
2008:02:23 15:41:08

Teknik Ternak Cacing

Photo Album: /GambarUmum/FBSB
BajaBelumDiProses.JPG
BangsalSistemKolahSimen.JPG
FBSB1.JPG
FBSB2.JPG
FBSB3.JPG
FirstBrickBukitMertajam.JPG
Medium.JPG
RAkKolahAAOAGRO.JPG
Rak2-1.JPG
Rak3.JPG
SistemRakAAOAGRO.JPG

Sifu

afizal
"AAO Agro Centre telah pun berjaya melahirkan beberapa usahawan cacing yang mampu berdiri sendiri di dalam bidang ini hasil daripada kursus, latihan dan tunjuk ajar secara berterusan dari syarikat."
Afizal Abu Othman
Perunding/Unit Latihan

Produk Cacing

Terdapat 2 jenis produk yang terhasil dari penternakan ini iaitu Biomas (cacing itu sendiri) dan juga kascing ( baja organik dari sisa makanan cacing tersebut).

Biomas adalah produk yang boleh dihasilkan daripada tubuh cacing tersebut. Banyak produk-produk yang boleh dihasilkan dari badan cacing tersebut seperti bahan campuran kosmetik, ubat-ubatan, campuran dalam makanan ternakan seperti ayam, kambing, lembu dan banyak lagi. Dinegara-negara seperti Amerika, Eropah, Jepun, Australia, Indonesia telah banyak memajukan industri ini, manakala di Malaysia ini ialah titik permulaan dan kajian-kajian terus di buat untuk memanfaatkan produk cacing ini.

Manakala kascing (baja organik dari sisa makanan cacing) dan juga cecair cacing (worm tea) adalah produk yang boleh di komersialkan dan mempunyai potensi yang besar. Dengan adanya pertumbuhan penternak-penternak kecil dan sederhana, tidak mustahil baja organik ini dapat menggantikan baja kimia sepenuhnya.

Bagaimana Cacing Makan?

Prostomium mengambil makanan dan dimasukkan ke dalam Faring (tenggorok). Kemudian melalui Esogafus (kerongkong),dan seterusnya ke perut.
Makanan disimpan sementara, kemudian disalurkan ke lambung otot. Di dalam lambung otot, makanan dihancurkan dengan dibantu oleh pasir dan benda-benda keras yang dimakannya.Hasil pencernaan masuk ke dalam usus, kemudian, zat-zat makanan diserap. Di sini, makanan diproses dari bentuk yang kompleks menjadi bentuk sederhana.Di dalam proses ini, enzim, bakteria, protoza bersama-sama melakukan aktiviti tersebut. Zat-zat makanan kemudiannya diserap oleh dinding usus halus masuk ke dalam pembuluh darah, dan disalurkan ke seluruh tubuh.Sisa-sisa makanan yang tidak tercerna keluar bersama kotoran lainya dalam bentuk kotoran cacing.

Struktur Tubuh Cacing

Ia juga mempunyai lendir yang digunakan untuk memudahkan pergerakan, melicinkan lubang di dalam tanah,serta sebagai alat mempertahankan diri. Lendir ini dihasilkan oleh kelenjar Epidermis.Pada bahagian depan cacing tanah, terdapat mulut berbentuk bibir yang dinamakan Prostomium. Ianya digunakan untuk menembusi tanah.Apabila tanah sukar untuk ditembusi, maka tanah akan dimakan bersama sisa makanan dan keluarmenjadi kotoran yang kaya dengan unsur unsur organik juga mineral dan sangat diperlukan oleh tanaman. Ia juga dapat meneutralkan bakteria yang merbahaya.

Cacing Kompos

Ternakan cacing ini merupakan ternakan yang paling cepat mendapat hasil kerana ada dua produk dari cacing ini, baja kompos dan juga cacing itu sendiri. Baja kompos datang dari najis cacing itu sendiri dan dapat dihasilkan daripada hari pertama ia diternak dan mempunyai pasaran yang meluas kerana pertanian tidak akan pupus. Manakala cacing pula merupakan produk sekunder dan berbaloi dijual selepas ianya matang atau proses pembiakannya telah menurun.


Penternakan cacing kompos boleh di katakan masih baru di Malaysia walaupun telah lama diperkenalkan di negara-negara sedang membangun yang lain seperti di Indonesia, Korea, Brazil, Australia dll. Terdapat 1800 spesis cacing yang dikenalpasti dan hanya 9 jenis yang sesuai dikomersialkan dan hanya 5 jenis yang sesuai di ternak di Malaysia iaitu:

1. Lumbricus Rubellus
2. Eisenia Foetida
3. Pheretima Asiatica
4. Pherionyx Excavatus
5. Diplocardia

Daripada lima jenis di atas jenis yang paling sesuai dan mudah di ternak ialah Lumbricus Rubellus atau dikenali dengan nama cacing merah. Di bawah adalah antara ciri-ciri cacing dari jenis Lumbricus Rubellus

1. Bentuk tubuhnya seakan-akan pipih
2. Dihujungnya ada tanda kekuningan
3. Jumlah segmen sekitar 90 hingga 195, dimana Klitelum terdapat pada segmen 27 hingga 32
4. Jenis ini memiliki tubuh kecil, tetapi apabila diternak secara intensif, saiz tubuhnya boleh membesar, menyamai jenis yang lain
5. Pergerakan cacing ini lambat, dan sering diam apabila dipegang.

Mengapa Ternak Cacing???

Ternakan cacing ini merupakan ternakan yang paling cepat mendapat hasil kerana ada dua produk dari cacing ini, baja kompos dan juga cacing itu sendiri. Baja kompos datang dari najis cacing itu sendiri dan dapat dihasilkan daripada hari pertama ia diternak dan mempunyai pasaran yang meluas kerana pertanian tidak akan pupus. Manakala cacing pula merupakan produk sekunder dan berbaloi dijual selepas ianya matang atau proses pembiakannya telah menurun.


Penternakan cacing kompos boleh di katakan masih baru di Malaysia walaupun telah lama diperkenalkan di negara-negara sedang membangun yang lain seperti di Indonesia, Korea, Brazil, Australia dll. Terdapat 1800 spesis cacing yang dikenalpasti dan hanya 9 jenis yang sesuai dikomersialkan dan hanya 5 jenis yang sesuai di ternak di Malaysia iaitu:

1. Lumbricus Rubellus
2. Eisenia Foetida
3. Pheretima Asiatica
4. Pherionyx Excavatus
5. Diplocardia

Daripada lima jenis di atas jenis yang paling sesuai dan mudah di ternak ialah Lumbricus Rubellus atau dikenali dengan nama cacing merah. Di bawah adalah antara ciri-ciri cacing dari jenis Lumbricus Rubellus

1. Bentuk tubuhnya seakan-akan pipih
2. Dihujungnya ada tanda kekuningan
3. Jumlah segmen sekitar 90 hingga 195, dimana Klitelum terdapat pada segmen 27 hingga 32
4. Jenis ini memiliki tubuh kecil, tetapi apabila diternak secara intensif, saiz tubuhnya boleh membesar, menyamai jenis yang lain
5. Pergerakan cacing ini lambat, dan sering diam apabila dipegang.

Janda Merana

Tangan Panas

KITA sering bertemu banyak halaman rumah tidak bertanah sama ada disimen ataupun dipasang jubin keseluruhannya. Bila bertanya kepada tuan rumah, antara jawapan yang biasa kita dengar, “Tak pandai tanam pokok; tak serasi; tangan panas, apa yang ditanam semuanya mati”.

Pada saya, sebab utama adalah kerana ramai di kalangan masyarakat kita tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai penanaman itu sendiri. Kita semua suka pada pokok bunga yang cantik, cukup teruja bila melihat pokok mangga siam jiran sebelah rumah berbuah lebat. Tapi ramai yang terlupa, tumbuhan itu adalah makhluk bernyawa, perlu makan minum, serta penjagaan seperti manusia.

Kali ini, saya akan berkongsi dengan pembaca sebab utama pokok atau tumbuhan itu mati.

# Kekeringan Tanah

Semua makhluk perlu air untuk hidup termasuk tumbuhan. Banyak spesies tumbuhan dapat bertahan dalam keadaan tanah kering atau jadual penyiraman tak menentu. Namun kegagalan membekalkan air mencukupi terutama sewaktu tumbuhan mulai bertunas boleh mengakibatkan pucuk muda menjadi layu seterusnya menyebabkan tumbuhan mati.

# Terlebih Siraman

Antara sebab utama tumbuhan berpasu mati adalah akibat terlebih siraman. Siraman yang terlalu kerap atau berlebihan menyebabkan akar rambu sentiasa basah, seterusnya menjadi rosak. Akar yang rosak menyebabkan tumbuhan gagal menyerap air dan nutrien yang diperlukan. Kesudahannya pokok menjadi layu, daun gugur dan akhirnya mati.

# Cahaya Matahari Berlebihan

Kematian tumbuhan akibat pancaran terik matahari terjadi kepada jenis tumbuhan yang berasal daripada tempat teduh atau terlindung, dipindahkan secara mengejut ke kawasan yang terdedah kepada pancaran terus matahari. Perubahan suhu secara mendadak menyebabkan daun seperti tercelur dan hangus, seterusnya pokok boleh mati.

# Kekurangan Cahaya

Tumbuhan memerlukan cahaya yang mencukupi untuk aktiviti fotosintesis. Pencahayaan yang suram di dalam rumah seperti di ruang tamu atau sudut yang jauh dari tingkap, walaupun tidak membunuh tumbuhan dalam jangkamasa pendek, namun suasana sebegini menyebabkan daun cepat bertukar menjadi kuning dan gugur. Kadar pembesaran tumbuhan menjadi terencat dan tidak akan berbunga. Untuk menjamin kesegaran pokok di kawasan seperti ini, tukarkan ia setiap dua minggu sekali.

Cacing Sebagai Ubat

Sebagaimana kita tahu, ikan adalah pembekal protin kepada tubuh kita tetapi sedarkah kita bahawa protin pada ikan hanya 50%, daging mamalia 65% sedangkan cacing mempunyai protin sebanyak 76%. Ianya juga 35 kali ganda lebih baik daripada kacang soya. So adakah anda bersedia untuk beralih kepada cacing sebagai lauk anda ?

Sebetulnya tanpa kita ketahui ada diantara biskut dan juga minuman penyegar sudah dimasukkan ekstrak cacing di dalamnya terutama yang diperbuat dari US, Kanada, Jepun dan Taiwan.Nah, mari kita lihat lagi di siniLumbrica, obat herbal yang dibuat dari ekstrak Lumbricus rubellus, mengandung zat-zat yang diperlukan penderita typus iaitu: protein tinggi 76%, karbohidrat, enzim, dll. Hasil penelitian menunjukkan bahwa ekstrak Lumbricus rubellus mengandung asam yang bekerja pada 2 sisi dalam pengobatan typus, iaitu membunuh bakteri penyebab typus (Salmonella Typhi) dan sekaligus menurunkan demam.

Selain mengatasi typus, Lumbrica juga mampu menyembuhkan hepatitis, jantung koroner, maag, radang usus dan lambung, ambeien, stroke, diabetes, dan keputihan pada wanita.Di Korea Selatan dan Cina telah tersedia obat baru dari cacing (lumbrokinase) secara komersial untuk pencegahan dan pengobatan penyakit jantung dan otak. Lumbrokinase stabil dalam lama waktu penyimpanan pada suhu kamar. Obat ini juga nyaman digunakan melalui oral. Cacing tanah sebagai bahan baku obat dapat dengan mudah diperbanyak untuk pembuatan obat antitrombosis murah dan masal.


Lumbrokinase murni dari cacing tanah Eisenia fetida misalnya telah dikarakterisasi dan terdiri lebih dari tiga buah subunit enzim. Masing-masing subunit adalah satu polipeptida yang memiliki aktivitas protease sendiri-sendiri. Pada percobaan in vitro, salah satu komponen subunit ini tidak hanya aktif sebagai aktivitas fibrinolitik langsung tetapi juga berfungsi sebagai aktivator plasminogen melalui pengubahan plasminogen menjadi plasmin yang selanjutnya menghancurkan serat fibrin. Oleh karena itu enzim ini memiliki aksi ganda dalam mengobati penyakit trombosis.Gambar 2 berikut adalah aksi lumbrokinase Lumbricus rubellus dalam mencairkan darah beku tikus (dari Nakajima dkk di Departemen Sains Nutrisi, Okayama Prefectural University, Jepang).

Dalam waktu tidak lebih satu setengah jam, gumpalan darah beku tikus berhasil dilarutkan kembali. Aktivitas lumbrokinase inilah yang menarik untuk obat jantung atau stroke akibat trombosis.Manakala di Indonesia telah terdapat banyak kapsul yang menggunkan cacing merah ini dan di antaranya ialah Kapsul Lumbrica yang dijual dengan harga Rp17000 sebotol. Ianya telah terbukti dapat :i. menurunkan kadar kolesterolii.meningkatkan daya tahan tubuh ( antibodi )iii.menurunkan tekanan darah tinggiiv.meningkatkan nafsu makanv.mengubati saluran pencernaan spt typus, disetri, gangguan perutvi.mengubati saluran penafasan - batuk, asma, influenza,TBCvii.menurunkan kadar gula - diabetesviii.mengubati alergi, luka dan sakit gigi.viv.mengubati sakit sendi2

Dan ini pula pengalaman Ling Ling ( 24 tahun ), mengalami deman disertai suhu badan yang tinggi, ia di duga terkena tifus. Oleh itu sensei di kedai ubat memberi ramuan berupa 10 gram estrak cacing merah, disuruh rebus dengan 5 gelas air sehinggakan air rebusan tadi tinggal 2 gelas dan perlu di minum selama 2 hari. Setelah itu keadaan ling ling pulih sepeti sediakala.Dan satu lagi kalau anda berani dan tak geli anda boleh proses sendiri, he he...

ni cara yang di bagitahu, mudah aja katanya, ambil tiga ekor cacing lalu di cuci dengan air bersih dengan sebersih2nya, setelah bersih, lalu dipotong2 kecil2 dan sekali lagi dibersihkan sebersih2nya. Lalu dicampukan dengan buah-buahan yang anda suka seperti jus apukat supaya tidak terasa hanyir, campurkan beberapa titis perahan jeruk dan sedikit madu lebah, lalu di minum. Aduh sedap sekali, he....Selamat mencuba (tanggung sendiri )

Berita Cacing

Cacing jana pendapatan lumayan
Utusan Malaysia, 6 Feb 2008

SHAH ALAM - Usahawan tani di Selangor digalak menceburi bidang ternakan cacing secara komersial kerana ia mampu menjana pendapatan bulanan yang lumayan.

Pengarah Pertanian Selangor, Noorazimah Taharim berkata, ini kerana cacing kini digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata, antara kegunaan cacing ialah sebagai ejen penguraian bahan buangan industri untuk dijadikan baja organik, pemusnah sampah organik dan bahan campuran dalam makanan ternakan serta pembuatan kosmetik.

”Sebagai galakan, kerajaan Selangor menyediakan peruntukan sebanyak RM14 juta dalam sektor pertanian termasuk kegiatan penternakan cacing.

”Ia bertujuan membolehkan lebih ramai petani atau usahawan bumiputera menceburi bidang ini selain mengelakkan penggunaan bahan kimia dalam pembuatan baja,” katanya di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pertanian, AZR Agro Centre, Mustafa Abdul Wahab berkata, kegiatan penternakan cacing hanya memerlukan modal yang kecil iaitu RM450 bagi sekilogram benih cacing selain kos penyediaan kandang mengikut keluasan.

Menurutnya, para petani yang berminat boleh memperoleh benih cacing itu daripada syarikatnya di samping mendapatkan khidmat bimbingan.

“Penternakan cacing pada dasarnya sangat mudah kerana ia dapat memanfaatkan bahan buangan yang sedia ada untuk kegunaan tempat pembiakan atau makanan cacing selain tidak mempunyai risiko jangkitan penyakit.

”Setakat ini, pihak kami berjaya menghasilkan seramai 30 usahawan bumiputera dalam kegiatan penternakan cacing secara komersial,” katanya.

Dari segi pemasaran pula, Mustafa menjelaskan, para petani yang telah mengeluarkan hasil seperti baja organik boleh menjual kepada syarikatnya atau mana-mana ejen pemasaran yang dipilih sendiri.

Kata beliau, pihaknya sedia membantu mana-mana individu yang berminat.

February 7th, 2008 Posted in Berita, Penternakan Cacing No Comments


Masalah Penternakan Cacing : Kematian Cacing Tanah
Penternakan cacing tanah mempunyai potensi yang besar. Namun begitu, saya dapati terdapat beberapa orang kawan yang merupakan pengusaha cacing tanah yang menghadapi masalah kematian induk cacing tanah yang mereka lepaskan kedalam kolah.

Mengikut maklumat dari penternak-penternak tersebut, cacing mereka menjadi semakin kurang setelah mereka membelanya selama dua bulan, mereka dapati setelah bulan ke dua, jumlah induk cacing mereka menjadi semakin berkurang.

Mengikut pandangan beliau (nama dirahsiakan) kemungkinan besar masalah ini terjadi adalah kerana beliau menggunakan najis lembu sebagai mediumnya dan tidak mencampurkannya dengan apa-apa bahan lain. Selain itu, beliau tidak pernah menggemburkan medium tersebut.

Menurut beliau, beliau menyedari cacing beliau menjadi semakin kurang setelah beliau melawat tapak projek beliau sewaktu malam dan mendapati semakin kurang cacing yang merayap di permukaan medium. Apabila mengesyaki baka cacing beliau menjadi semakin kurang, beliau membuat keputusan untuk mengeluarkan cacing dalam salah satu daripada kolah.

Seperti yang beliau jangkakan, memang cacing beliau tinggal amat sedikit dan hanya ada anak-anak cacing kecil sahaja yang kelihatan. Menurut beliau, medium yang beliau gunakan itu sudah menjadi sangat basah dibahagian dalamnya dan beliau mengesyaki ianya terlaly ‘padat’ lalu banyak cacing-cacing yang mati.

Saya ingin berterima kasih kepada beliau kerana sudi menceritakan kisah ini kepada saya dan saya harap beliau berjaya mengatasi masalah ini dan di harap selepas ini kesemua 10 kolah cacing beliau akan dapat menghasilkan hasil yang lumayan.

December 11th, 2007 Posted in Penternakan Cacing No Comments

Penternakan Cacing Tanah
Saya dapati terdapat ramai orang yang mula berminat dalam bidang penternakan cacing tanah. Beberapa syarikat sudah membuat kursus dalam bidang ini dan sudah ramai perbincangan-perbincangan di internet tentang penternakan cacing tanah.

Namun apa yang saya muskil ialah terdapat terlalu banyak perbezaan pendapat dan pandangan terhadap hasil yang akan diperolehi. Menurut sesetengah orang setelah 6 bulan, sekilo cacing tanah boleh menghasilkan kira-kira 5-6 kilo cacing tanah. Manakala bagi sesetengah orang pula, mereka menyatakan bahawa hasilnya lebih kurang 20-100 kg setelah 6 bulan diternak. Nampaknya terlalu besar jurangnya - antara 5-6kg dengan 20-100kg.

Mengikut apa yang saya baca, cacing tanah jenis cacing tanah boleh menghasilkan kukun (telur) sebanyak 2-3 kali seminggu dan ia mampu menghasilkan telur selama 6-1 tahun secara berterusan. Setiap kukun boleh mengandungi antara 1-40 ekor anak cacing, namun biasanya lebih kurang 2-4 ekor sahaja yang menetas menjadi anak cacing.

Kalau berdasarkan maklumat tersebut, mungkin logik juga sekiranya ia mampu mencapai 100kg setelah 6 bulan. namun begitu, terdapat terlalu banyak faktor lain yang mungkin mempengaruhi kadar pembesaran dan jumlah cacing yang hidup. sekiranya banyak yang mati, memang ia tidak akan dapat mencapai 100kg dalam masa itu.

Biasanya cacing yang selalu diternah adalah dari jenis cacing merah (red worm), cacing harimau (tiger worm) serta cacing nighcrawler. Apa yang saya perhatikan, di Malaysia, biasanya penternah akan menternak cacing merah ataupun cacing harimau sahaja.

Senyum Kambing

Jom Ternak Kambing; kambing

POKOK SEMAMBU/NIM


Nama (Malay Name) Mambu

= Sadu, Lemambu
Keluarga (Family) MELIACEAE
Nama Saintifik (Scientific Name) Melia indica Brandis.

Azadirachta indica A. Juss.

= Melia azadirachta L.
Saiz Biasa (Size) 1 cm
Nama Lain (Other Names) Margosa

= Nim, Neem
Nama Thai (Thai Name) Sadao India
Jurufoto (Photographer) CS Ooi


Buah pokok Mambu (Fruits of the Margosa tree)

Selingan.......

Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada
seseorang,
sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai
seseorang tetapi
mengambil masa seumur hidup untuk melupakan
seseorang yang anda cintai.Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa.
Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.
.Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.
Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta
itu berputik di dalam hatinya. . Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba.
Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.
Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan .

HUKUM BISNES CACING

Dari segi fiqh, cacing termasuk dalam kategori binatang-binatang yang melata di atas muka bumi seperti ulat, serangga, lipan kala dan sebagainya. Dalam menjelaskan hukum memakannya, para ulama terbahagi kepada dua pandangan.

Pertama; haram memakannya kerana ia adalah keji. Mereka berdalilkan firman Allah (bermaksud) "Dan Dia menghalalkan untuk mereka yang baik-baik dan melarang ke atas segala yang keji-keji" (al-A'raf; 157)

Pandangan yang pertama ini adalah pandangan jumhur ulama. Bagi mereka, maksud keji dalam ayat di atas ialah yang dipandang jijik oleh manusia terutama masyarakat Arab. Setiap yang dipandang keji oleh tabiat manusia yang normal, maka memakannya adalah haram sekalipun tidak disebut pengharamannya secara khusus oleh al-Quran atau Hadis.

Kedua; ulama-ulama mazhab Maliki berpandangan; tidak haram memakannya kecuali jika diketahui boleh mendatangkan mudharat kepada tubuh badan. Hujah mereka ialah, tidak ada nas yang menunjukkan pengharamannya.

Adapun mengenai ayat diatas, mereka tidak sependapat dengan jumhur ulama di atas. Bagi mereka, maksud keji dalam ayat di atas, bukanlah diukur berdasarkan perasaan atau fitrah manusia, tetapi berdasarkan nas Syarak (al-Quran atau Hadis Nabi s.a.w.) Jadi "yang keji-keji" dalam ayat di atas maksudnya ialah yang diharamkan oleh Syarak seperti bangkai, darah, babi dan sebagainya.

Adapun binatang-binatang yang melata itu , tidak ada dalil dari Syarak yang mengharamkannya, maka ia kekal atas hukum asalnya iaitu harus, kecuali jika boleh mendatangkan bahaya atau mudharat maka haramlah ia dengan sebab tersebut, bukan yang sebab kedudukkannya sebagai binatang yang melata.

Itu adalah hukum memakannya. Bagaimana pula hukum memanfaatkannya dengan kegunaan-kegunaan lain dari sebagai makanan?

Katakanlah kita berpegang kepada jumhur yang mengharamkan kita memakannya, adakah ia bermakna haram juga kita memanfaatkannya untuk kegunaan lain? Jawapannya tidak. Tahi lembu, tahi ayam dan sebagainya haram kita memakannya, namun Syarak mengharuskannya untuk digunakan sebagai baja tanaman. Malah ulama-ulama mazhab Hanafi mengharuskan menjualnya melihat kepada manfaatnya walaupun dari segi zatnya ia adalah najis.

Tegasnya; tidak semua yang haram dimakan, haram pula dimanfaatkan untuk kegunaan lain selain makanan. Dalam sebuah Hadis Ibnu 'Abbas r.a. menceritakan, "Nabi s.a.w. telah melihat seekor kambing yang mati, lalu Nabi s.a.w. berkata kepada sahabat-sahabatnya; "Kenapa kamu tidak mengambil kulitnya, kemudian menyamaknya dan memanfaatkannya?" Mereka menjawab; "Ia adalah bangkai, wahai Rasulullah". Baginda menjawab; "Yang haram ialah memakannya" (HR Iman Muslim).

Hadis ini menunjukkan bahawa tidak semua yang haram dimakan, haram pula memanfaatkannya untuk kegunaan lain selain sebagai makanan. Kita telah menjelaskan di awal tadi bahawa semua yang bermanfaat bagi manusia di atas muka bumi ini hukumnya adalah harus selagi tidak ada nas yang melarang atau menegahnya.

Maka sekalipun kita berpegang dengan pandangan jumhur yang mengharamkan kita memakan cacing namun itu tidak bermakna haram pula untuk kita memanfaatkannya untuk kegunaan lain, kecuali jika ada nas lain pula yang mengharamkan kita memanfaatkannya. Selagi tidak ada nas yang melarang, haruslah kita memanfaatkannya.

Satu persoalan lagi; adakah semua yang haram dimakan dianggap najis oleh Syarak? Jawapannya tidak. Semua najis haram dimakan, namun tidak semua yang haram dimakan adalah najis.

Para ulama menjelaskan, asal setiap benda yang wujud di atas muka bumi ini adalah suci hinggalah terdapat nas dari al-Quran atau Hadis yang menegaskan ia adalah najis dan perlu dikeluarkan dari hukum yang asal itu.

Cacing; walaupun haram memakannya kerana dianggap keji oleh manusia (berdasarkan pandangan jumhur), namun ia tidak boleh dianggap najis melainkan ada nas yang menjelaskan ianya adalah najis. Selagi tidak ada nas yang menyebutkan ianya sebagai najis, kekallah ia atas hukum yang asal iaitu suci.

Kesimpulannya, berdasarkan penerangan di atas, saya berpandangan (wallahu a'lam); harus menternak dan menjual cacing untuk tujuan-tujuan dan kegunaan-kegunaan lain selain dari sebagai makanan manusia sama ada dijadikan baja, bahan kosmetik, makanan ternakan dan sebagainya kerana tidak ada nas yang melarang kita dari memanfaatkannya dan tidak ada nas yang menyebutkan ianya sebagai najis.

Adapun untk dijadikan makanan manusia, hukumnya tidak harus kerana ia tergolong dalam makanan yang menjijikkan yang dilarang oleh Allah dalam ayat 157 dari Surah al-A'raf di atas berdasarkan tafsiran jumhur ulama.

Rujukan:
1. Al-At'Imah Wa az-Zabaih Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Abu Sari' 'Abdul-Hadi.
2. Majmu' al-Fatwa, Imam Ibnu Taimiyyah, juzuk 5.
3. Fiqh at-Toharah, Dr. Qardhawi.
4. Tafsir al-Qurtubi (ayat 157, Surah al-A'raf).
5. Tafsir Ibnu Kathir (ayat 157, Surah al-Araf)